Langkau ke kandungan utama

Psikologi: Eksperimen Sosial Yang Ringkas

Dalam banyak-banyak bidang psikologi, ada satu yang diberi nama social psychology atau dalam Bahasa Malaysianya ialah psikologi sosial. Secara ringkas melalui pemahaman yang saya belajar daripada tahun lepas, social psychology ni dia mengkaji tentang tindak-tanduk manusia dalam konteks sosial. Sebagai contoh, bagaimana manusia membuat keputusan apabila buat pilihan untuk menolong orang yang dalam kesusahan: Adakah diorang akan terus tolong atau akan berfikir tentang faedah dan kos yang mereka bakal hadapi bila buat keputusan tersebut? Bacaan yang bagus tentang kajian mengenai ini boleh dibaca di sini.

Dalam posting blog kali ini saya akan bawa anda kepada langkah-langkah membuat eksperimen psikologi sosial yang ringkas. Topiknya pula adalah amat senang sekali iaitu tudung, atau bahasa urban sikit: shawl. Adalah amat penting untuk pembaca tahu yang saya tiada niat buruk nak memecahkan periuk nasi orang ke apa ke. Cuma, ini adalah contoh yang amat relevan dengan masa sekarang.



LANGKAH 1 - CARI SOALAN YANG BOLEH DIUJI

Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu benda, kita cuba untuk buat satu rule yang boleh menjelaskan keadaan tu. Sebagai contoh, saya lihat fanpage jual tudung dan pakaian muslimah popular semuanya menggunakan model yang cantik. Lepas tu bila orang nampak model cantik, mereka akan berasa teruja lalu nak beli shawl tersebut, hanya kerana model tu cantik. Soalan eksperimen saya ialah: Orang cantik pakai apa pun cantik.

LANGKAH 2 - BUAT EKSPERIMEN DAN KUTIP DATA

Seorang pengkaji psikologi perlu tahu perkara ringkas dalam eksperimen. Perlu ada pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerakbalas, dan pembahagian kumpulan secara rawak (random assignment).

Independent variable: Jenis kain (tudung yang dipakai). Untuk kekalkan pemahaman di peringkat paling ringkas, kita gunakan dua jenis kain sahaja. Kain shawl dalam gambar dan kain alas meja
Dependent variable: Bilangan orang yang berminat dengan produk tersebut 

(juga boleh manipulasikan model cantik/tak cantik sebagai pembolehubah manipulasi, kalau berminat)

Kemudian kita akan upload gambar tudung alas meja ke Facebook dan tengok berapa orang yang tidak akan perasan pun tu sebenarnya ialah pattern alas meja, dan kita lihat berapa orang yang berminat untuk beli produk tersebut. Bilangan pembeli dan yang berminat hendaklah direkodkan dalam jadual


LANGKAH 3 - ANALISIS DATA

Step ini memerlukan 3 tahun menuntut ilmu dalam Psychology Research Method kalau nak jelaskan setiap jenis data analisis yang kita guna. Untuk eksperimen ni, kita gunakan t-test sahaja sudah memadai. Biasanya data dikira menggunakan program SPSS. Kita nak tengok ada tak perbezaan antara minat terhadap kain shawl atau kain bercorakkan alas meja

Ho: Tiada perbezaan signifikan dari kedua-dua jenis tudung
Ha: Kain shawl yang betul mendapat perhatian yang lebih tinggi daripada alas meja

LANGKAH 4 - DATA INTERPRETATION (PEMAHAMAN DATA?)

Alkisahnya begini, kalau jumlah orang yang berminat dengan kedua-dua jenis tudung adalah berbeza, maka tentulah sebab shawl sebenar tu lebih cantik daripada alas meja. Dan kalau tiada perbezaan, maka ini bermakna pembeli hanya berminat sebab model dia cantik.

LANGKAH 5 - LAPORAN KAJIAN (LAB REPORT)

Dalam lab report, kita kena nyatakan implikasi dan aplikasi kajian kepada orang umum. Kajian yang tak mendatangkan faedah takkan diterbitkan dalam journal dan akan dianggap sampah lah senang cerita. Implikasi yang mungkin boleh dipakai daripada kajian ini ialah menunjukkan betapa orang ramai mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti kecantikan dalam membuat keputusan dan boleh diaplikasikan dalam kaedah penjualan produk, di mana orang cantik akan dapat menjual barang dengan lebih banyak. Tidak kira lah produk yang dijual memberikan kesan atau tidak.

Banyak lagi yang perlu diceritakan dalam lab report tapi cukuplah setakat itu sahaja.

Akhir sekali, bila dah siap semua kita boleh keluarkan teori yang berbunyi:

"ORANG CANTIK PAKAI APA PUN CANTIK. TAK KISAHLAH SHAWL KE, TUDUNG BAWAL KE, TUDUNG SAJI KE, ASALKAN MUKA CANTIK, CANTIKLAH DIA"

Setuju?

Ulasan

  1. Setuju...

    Kalau orang yang mukanya ada jerawat batu, lepas tu dia jual ubat untuk hilangkan jerawat, pasti akan ada yang kata, mesti ubat ni tak bagus sebab muka diapun berjerawat...

    Beruntunglah siapa yang berada dalam kategori cantik itu...

    p/s: Bukan penggemar shawl.. Setia dengan tudung bawal je.. :-)

    BalasPadam
  2. Sy doakan semoga awk score A+ dlm subjek Research Method. Sy dulu mampu dpt A- jer tp tuh pun dah sujud syukur :)

    BalasPadam
  3. Betul tu.. Orang cantik pakai apa pun nampak cantik.

    BalasPadam
  4. @Anonymous test saya Research Method dah tamat. Tinggal tunggu result je. Thank you :)

    BalasPadam
  5. Mmg tk byk beza pon alas meja corak bunga2 dgn shawl bunga2 maybe beza sket kat material, size n packaging. Aku dpt rasakan result yg bakal dpt adaah sama je minat org dkt dua2 brg tu. Sbb model cun yg pakai

    BalasPadam
  6. yep.. marketing strategy. so haruslah gunakan model yang cantik..

    hypothesis is accepted. lol. dah lama tak masuk lab..

    BalasPadam
  7. betul orang cantik pakai apa pun cantik.
    dan ade je 2 blogshop jual item yang sama cuma yang berbeza marketing strategy 1 guna model cantik 1 guna model biasa2 je. yang model cantik laku mcm pisang goreng panas dari yng biasa2 nie..

    BalasPadam
  8. yup sgt betol, org kalau dah lawa pakai apa pon lawa..cantik the bomb jugak..tp klu org gemok hitam...ermmmmmm

    BalasPadam
  9. @Anonymous

    kan? exactly apa yg aku cakap dalam design lg 1 haha

    BalasPadam
  10. @AyuE SurihanyOt xyah nak low self-esteem sangat ah ayue hahahahha

    BalasPadam
  11. study jugak aku malam nie.kahkahkah *go go RM*

    BalasPadam
  12. sebab itulah model2 semuanya cantik2 + photogenic..bila org tengok ajer gambar cantik, terus tertarik hati nk beli barang tue...
    dlm hati berkata " kalau aku pakai mesti cantik macam model tue jugak nie.."
    lumrah hdiup..huhuhu..:p

    BalasPadam
  13. kan? cube org tak cantik yg jadi model..haram tak heran pon..haha..naseb la aku bukan jenis mudah terpengaruh dengan online shopping ni..lantak le modelnye cantik ke tidak..aku sikit pun tak heran..:P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...