Pengalaman Terjun Dari Langit New Zealand

Selepas gian buat bungy di Queenstown pada cuti Summer tahun lepas, tahun ni aku melompat dari ketinggian 16000 kaki la pulak di Bay Of Islands New Zealand. Actually untuk sukan extreme di New Zealand, kalau korang takde banyak duit, well, katakan on a tight budget ataupun duit tu nak gunakan untuk benda lain, always look for deals on the internet. Voucher aktiviti kali ni aku beli dekat Grabone pada harga 49% lebih murah dari biasa. Harga asal ialah $420 untuk ketinggian 16000 kaki tapi dengan Grabone kami beli pada harga $225 sahaja.


Semalam kitorang drive hampir 4 jam dari Auckland City ke Bay of Islands untuk ke tempat skydiving yang diberi nama Skydive Zone Bay of Islands. Memang penat, kereta pulak tahap-tahap kancil je. Kalau korang nak tau New Zealand ni struktur mukabuminya memang bergunung-ganang sikit so agak leceh menekan minyak nak naik bukit. Gambar pertama ni diambil masa kami dah ada pada ketinggian 12000 kaki, iaitu tahap kedua yang ada kat sini. Tempat ni menawarkan 3 tahap lompatan iaitu 8000 kaki, 12000 kaki, dan 16000 kaki.

So, apa bezanya 12000 kaki dengan 16000?
 

Pada ketinggian 16000 kaki, aku rasa semalam dah sampai pada lapisan awan kedua dekat New Zealand tu. Masa naik kapal terbang kecik untuk ke atas, dapat nampak lah cebisan-cebisan awan tu kami langgar. Sejuk tak hingat kat atas tu! View sekeliling memang Subhanallah cantik gila.

Yang ajaibnya, kapal terbang kecik tu boleh memuatkan 4 orang New Zealand yang tinggi dan besar dengan 2 orang Malaysia kecik comel. Memang sesak gila dalam tu sebab tu lah dia bagi topeng oksigen tu kot? lol. Anyway, kalau ada sesiapa nak tanya aku takut ke tak lompat benda ni, jawapannya TIDAK. 


Lepas instructor ingatkan benda-benda berkaitan safety measures dan betapa berharganya nyawa kami berdua, maka kami pun melompat keluar dari aircraft tu. Time ni sumpah tak takut tapi muka huduh gila babi masa terjun sebab aku tak boleh bernafas dekat atas tu dan kepala terasa sangat sakit. Bila aku cuba bernafas ikut mulut, maka muka dalam video bawah ni terjadi. Gambar atas ni dikaburkan sebab maaflah, artis mana boleh tayang muka kat orang kebanyakan haha.


Maka itulah alkisahnya semalam. Aku sebenarnya agak tak berpuas hati dengan servis tempat ni. Perempuan yang jaga kaunter tak friendly langsung dan juga tak informatif. Aku sebenarnya nak hire cameraman professional yang terjun sekali dengan kitorang untuk ambil gambar dan video tapi takde pulak. Dekat website dia tulis ada. Dahla kena tunggu lama gila untuk turn kitorang lompat. Nasib baik ada meja pool

Lagi satu, aku mungkin ada buat salah masa lompat tu. Ada position tangan aku yang salah tapi rasanya aku dah cuba sedaya upaya ikut arahan awal. Bila tengok balik video aku tak jumpa pun part mana yang aku buat salah tapi instructor kat belakang aku tu marah gila dan buat racist statement.

Anyway, dah boleh cross Skydive daripada to-do list New Zealand. Lepasni nak buat apa lagi agaknya? Tahun depan dah balik Malaysia dah. Kerja dulu la kumpul duit baru boleh jalan-jalan.

Ulasan

  1. Whoaaaa.....hang memang extreme la.
    Sy nk trust fall 6 kaki (6 kaki saje ok) amik masa 15 minit nak tenangkan diri..
    Takutttt...hahaha

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. best lah kau wey.tapi kalau orang belanja pun sumpah aku takkan terjun wey.mahu tercabut jantung aku.kah kah kah

    BalasPadam
  4. Nampak cool gilerstt!!



    *apesal ntah tgk gambar tu tetibe rase gayat...lolz*

    BalasPadam
  5. Wallaaaahh best gila, bukan senang nak dapat chance macam ni lD

    BalasPadam
  6. hahahah nampak sangat tengah maintain macho. trololol

    BalasPadam
  7. @ShahizanAzmi

    serius susah, nak kena kumpul duit lagi :P

    BalasPadam
  8. gila weh.bila tengok video,lagi gayattttt oi.kecut perut aku.and yes,ko pnye instructor tu mmg betul2 team WWE la.mmg selamat laaa bgantung atas dia.hahaha.

    BalasPadam
  9. Wowww..

    Berani sungguh buat aksi macam tu... Tabik springgg laaa...

    Kalau akak la, mau pengsan dulu agaknya... Gayatttt... huhu...

    BalasPadam
  10. awesome! cool gila! bila boleh buat ntah

    BalasPadam
  11. dia ade periksa keadaan kesihatan sebelum lompat tak?

    BalasPadam
  12. awesome..
    excited pulak aku nak terjun gak..

    BalasPadam
  13. yeee....muka artis da kantoi dlm vid tuh..hahaha anda tlh d knali...

    BalasPadam
  14. aaaaa.. aku tgk gambo beza 12000 ngan 16000 pun dh gayat, ape lg klu betul2 haha..

    aku penah gak berangan konon2 nk beranikan diri lombat2 gini, tp lepas tgk gambo kat atas ni aku ubah pikiran la haha..

    BalasPadam
  15. aku rasa jeles.. haha seronok la pengalaman sume ni ;) good job..

    BalasPadam
  16. @namaakulynn

    dia garang wehh. and pas pikir2 baru aku ingat yang dia racist. before kitorg fly dia ada cakap something pasal Indian.

    BalasPadam
  17. @Zulfikar Hazri

    xde la pulak. Dalam agreement signing pun takde tanye pape pasal health

    BalasPadam
  18. perhh.. terbaikk dari ladang lah bro..

    BalasPadam
  19. kalau terpaksa buat memang boleh..kalau sesaja nak wat tak munkin...;d

    BalasPadam
  20. Paling tinggi saya lompat adalah tembok 12 kaki kat UUM.

    BalasPadam
  21. bestnye!!! sangat bestnye!!!

    BalasPadam
  22. besh giler kot..my heart thump seeing ur cool vid..

    BalasPadam
  23. omg..gua mmg nak sgt ohhhh!!tp entah bile laaa..tdk berkesempatan lg...

    BalasPadam
  24. whooaaaaaaaaaaaaa bestnya jeles! tak pernah travel luar negara. untungnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming