Antara kerja aku adalah memberikan perkhidmatan sokongan kepada sekolah dalam aspek pengurusan tingkah laku dan emosi murid. Biasanya dokumen yang kita bincangkan adalah Rancangan Pendidikan Individu aka RPI. Bila bercakap pasal RPI, memang kerap juga kita jumpa istilah-istilah seperti peneguhan dan hukuman. Namun begitu, tahun ini aje aku dah jumpa kadar kesalahan sebanyak 100% dalam penggunaan istilah positif dan negatif ni. Tapi tak apa. Mana yang kurang tepat kita ajar sampai pandai sebab definisi yang betul adalah wahana kepada penyelesaian yang tepat dari sumber dalam talian. Gituw.
Ya udah mengarutnya mari imbas semula.
Reinforcement/peneguhan = apa-apa yang akan menyebabkan tingkahlaku berulang
Punishment/hukuman = apa-apa yang menyebabkan tingkahlaku berkurang
Positif = yang diberikan. Bukan yang baik.
Negatif = yang di"hilang"kan. Bukan yang jahat.
----
Positive reinforcement = sesuatu yang diberikan dan buat tingkahlaku berulang. E.g. anak kemas mainan, kita beri (+) pujian supaya dia kemas lagi besok-besok (R); R+
Positive punishment = sesuatu yang diberikan dan buat tingkahlaku tu berkurang e.g. jiran main mercun lalu diberikan (+) pelempang dengan menggunakan selipar TatSing (P); P+
Negative reinforcement = sesuatu yang dihilangkan supaya tingkahlaku berulang e.g. murid siap kerja di sekolah, jadi murid tak perlu lagi buat kerja rumah (-) supaya besok pun dia boleh cepat siap kerja di sekolah (R); R-
Negative punishment = sesuatu yang dihilangkan supaya tingkah laku berkurang e.g. kawan kita ada yang attention seeker lepas tu kita tak like (-) pun gambar instaharam®️ dia supaya kuranglah dia menagih kasih sayang penonton di laman sosial (P); P-
dan tambahan....
Auto reinforcement = yang ni ganjaran datang dari dalam diri sendiri i.e. isu sensori (deria) e.g. anak-anak ASD (autisme) berpusing-pusing sebab perbuatan itu menyebabkan kehendak deria imbangan dia dipenuhi (auto). Kesannya, dia rasa seronok dan akan berpusing lagi (RA+). Baca untuk tahu je sebab ulasan dia lagi panjang umpama lebuhraya Pan Borneo yang dah siap (tak berapa panjang la tu)
------------
Soalan 1: Apekehey murid saya tak jugak reti diam dalam kelas bila saya suruh dia berdiri di luar kelas seperti zaman 90-an?
Jawapan: Ganjaran/hukuman yang kita berikan tu tak berkesan besar kebarangkaliannya sebab kita kurang memahami sebab sebenar kenapa murid buat perangai. Boleh jadi dia rasa seronok bila berdiri di luar kelas sebab tak perlu belajar dan boleh usya awiks.
Jadi, dari P- dah bertukar kepada R-
Ataupun bila kita berikan hadiah kepada murid dengan sesuatu yang tak menerbitkan rasa seronok, tinggi kebarangkaliannya tingkahlaku baik yang kita berikan hadiah tadi tak akan berulang lagi. Malah, dari R+ boleh pula jadi P+ atau P- sebab dia rasa sedih pula lepas dapat "ganjaran" kita tu.
Ibarat kita bekerja tapi tak diberikan duit, tapi diberikan buku mewarna. Nak beli laksam kat bazar Ramadan Kem Lok Kawi pun tabley. Tiber.
Soalan 2: Lepas bagi pengkelasan pengurusan tingkah laku yang terpaling betul, nak buat apa?
Jawapan: Kita boleh gunakan kata kunci "positive+reinforcement+technique+in+classroom" atau "negative+reinforcement+in+special education+classroom".Ikut suka tekak sendirilah apa yang korang nak cari.
Ingat ya cikgu, ini perkara paling asas. Cuba dulu lihat sekeliling atau buat refleksi dengan sistem ganjaran/hukuman yang guru-guru buat di sekolah untuk kuasai topik ini.
Semoga bermanfaat
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming