Masa zaman sekolah dulu, ada tak cikgu korang kata yang korang ni mungkin manusia yang jenis dominan otak kanan ataupun jenis dominan otak kiri? Baru haritu saya terjumpa 1 website yang bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan sama ada korang ni berotak kanan ataupun kiri. Kefahaman umum adalah bahawa orang yang dominan otak kanan adalah lebih artistik manakala yang berotak kiri adalah lebih menggunakan proses logikal dan pengiraan. Betul ke?
Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/
Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/
Dah dapat result? Sebenarnya kajian baru mendapati bahawa penggunaan otak kanan dan kiri ni hanyalah satu mitos dan tidak benar sama sekali. Pengkaji di Utah University dah buat analisis terhadap 1000 orang dan mereka mendapati bahawa manusia menggunakan otak secara sama rata dan tidak dominan pada mana-mana bahagian otak.
Biasanya orang cakap bahawa orang yang menulis dengan tangan kanan, otak kirinya lebih aktif. Ini adalah separa benar kerana untuk orang bukan kidal, aktiviti percakapan menggunakan sumber yang ada di hemisfera kiri. Tetapi, tak bermakna lah pulak yang otak kiri kita ni lebih banyak neuron atau kita lebih banyak menggunakan hemisfera kiri berbanding hemisfera kanan
Sebenarnya, proses menghasilkan sesuatu yang kreatif atau proses pengiraan tidak tertakluk pada otak sebelah kanan atau kiri secara khusus. Manusia yang melakukan aktiviti ini sebenarnya menggunakan kedua-dua hemisfera otak mereka yang dicantumkan oleh corpus callosum.
Secara peribadi, saya rasa penemuan ni sangat menarik dan akan membentuk pengetahuan-pengetahuan psikologi yang baru sebab pengetahuan yang sebelum ini banyak yang dibina berdasarkan brain lateralization. Teknik terapi dan pemahaman dalam gangguan proses pembacaan seperti aphasia pun turut dibina atas pengetahuan tu maka besar kemungkinan kajian ni akan dibuat dengan lebih mendalam untuk mencari kaedah sesuai untuk menambah baik kualiti minda manusia.
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming