Sebuah cerpen kisah benar yang berlaku pada hari Selasa 30 Julai 2013 di sebuah sekolah yang kena dirashsiakan namanya...
Masa tu aku baru je selesai solat berjemaah di barisan hadapan. Sistem di sekolah kami, kalau masuk waktu solat, guru lelaki terutamanya dan murid-murid kelas pendidikan khas diwajibkan solat berjemaah. Kalau tak nanti mereka malas solat (juga boleh digunapakai pada guru). Jadi, bila tengah berzikir tu terdengar lah suara Penyelia Petang bercakap dengan sorang budak ni yang diberi nama Sayyid (sumpah, bukan nama sebenar) di saf belakang. Maka terjadilah perbualan seperti di bawah ni...
Penyelia: Awak masuk solat jemaah lambat ye?
Sayyid: Ye ustaz
Penyelia: Kalau tak tau, nanti ustaz ajar (sambil merujuk kepada diri sendiri)
Maka aku pun berfikir. Ustaz ni walaupun selalu ugut nak tampar budak yang main-main nak masuk surau, tapi understanding rupanya dia pada Sayyid ni, budak pendidikan khas yang masbuq solatnya. Siap offer nak ajar sambung solat lagi. Takpelah Sayyid, cikgu pun boleh ajar juga nanti. Senang je
Maka bila semuanya selesai bersalaman dalam bulatan, semua orang keluar. Dan bila Sayyid melintas di depan seorang cikgu ni, maka tangan dia ditarik (60% direntap, I'm not very sure) dan tak dilepaskan. Cikgu tu cakap
"Hah kenapa awak masuk lambat?"
lalu diangkat tangan kanannya dan ditampar bahagian atas kepala budak tu. Aku yang berdiri dekat pintu surau rasa terkejut sebab dengan jarak hampir 2 meter, aku boleh dengar bunyi "tuk" bila cincin cikgu tu berlaga dengan kepala budak tu. Aku baru semak buku RPH aku, Sayyid ni umurnya baru 13 tahun dan ada gangguan Hiperaktif. Berapa keraslah agaknya kepala si Sayyid tu nak menampung daya yang dikenakan tangan cikgu yang besar dan dilengkapi dengan cincin berbatu besar. Agaknya dia pukul untuk tak bagi Sayyid lambat lagi sebab budak-budak pendidikan khas tu di bawah pantauan dia.
Sayyid tertunduk kepalanya. Tangan kanannya yang dipegang Cikgu X tadi masih belum dilepaskan. Aku yang berdiri di pintu surau terkejut tak tahu nak buat apa. Aku pasti tindakan Cikgu X tak betul tapi entah kenapa aku tak menegur. Tapi mata aku tetap memandang lokasi kejadian bimbang kalau ada pukulan susulan. Aku dah pasang niat kalau dia angkat tangan lagi, aku akan masuk campur. Kesian budak tu, dari pintu surau aku nampak air mata dia gugur ke karpet murah surau...
Bila Cikgu X lepaskan tangan Sayyid, dia pun meluru ke kawasan kasut untuk pergi dari situ secepat mungkin. Kalau aku pun, dah kena pukul macam tu, siap nangis pulak tu, akan lari la sebab ada cikgu-cikgu lain yang nampak. Tapi aku dekat juga pada dia nak check kot-kot kepala ada lebam ke berdarah ke. nasib baik takde. Tapi gosok-gosok la jugak kepala dia macam apa yang mak aku pernah buat kat aku untuk elakkan darah beku kalau ada internal bleeding. Aku main hentam je gosok mana yang termampu sebab aku bukannya ada ilmu sangat bab macam ni sambil tanya soalan bodoh "awak okay tak?"
Gosok-gosok pun tak sempat nak lama-lama sebab Sayyid pergi ke kawasan belakang surau tanpa memakai kasut. Aku agak dia nak basuh muka la tu. Aku pun biarkan lah sebab budak remaja ni kekadang perlu ada masa sendiri untuk deal dengan masalah dia kan. Maka aku pun biarkan dia dan balik ke kelas untuk menyiapkan kerja yang masih belum siap. Sedih!
*************
Cikgu semua, walaupun ada kalanya kita kena guna kekerasan, tapi tengoklah juga pada pelaksanaannya. Yang aku tengok dengan mata sendiri tu tadi bukannya tough love tapi adalah satu bentuk violence. Walaupun perlu untuk memukul murid kadang-kadang ni, tapi cikgu kena ingat, tolonglah haramkan diri kita daripada pukul kepala budak! Kajian daripada Long and Webb (1983) dalam journal Psychiatric Medicine menunjukkan bahawa selepas trauma di bahagian kepala, manusia akan mengalami masalah memproses informasi, daya ingatan yang lemah, reaksi yang lemah, dan lain-lain lagi. Lihat link journal abstract di bawah sekali.
Dari segi behaviorisme, apa yang Cikgu X buat tu mungkin diniatkan sebagai positive punishment iaitu memberi (positive) hukuman (punishment) untuk mengurangkan kekerapan perlakuan yang tak diingini daripada berlaku lagi. Tapi kalau ikut kajian psikologi behaviorisme (selama 3 tahun belajar benda ni) , positive punishment atau hukuman positif bukanlah sesuatu yang berkesan sebab..
Gambar hiasan |

- hukuman fizikal memberikan trauma pada orang yang dihukum (seperti dalam kisah benar di atas)
- Hukuman fizikal biasanya datang dengan kesan emosi. Besar kemungkinan budak tu akan benci Cikgu X lepas ni
- Pemberian hukuman fizikal tidak akan menyebabkan budak tu berubah tingkah laku
- Hukuman seperti ini akan membuatkan Sayyid takut kepada Cikgu X, bukannya nak berubah
Sepatutnya setiap kali kita nak bagi hukuman, kita perlu cakap yang hukuman ni diberi sebab perbuatan dia. Ini cara yang ada dalam semua manual psikologi. Buku Ilmu pendidikan direct translation dan typo bersepah Mok Soon Sang takde benda ni. Kalau kita terus pukul budak tanpa beri sebab, nampak sangat ini adalah dorongan emosi dan bukannya niat untuk membetulkan perlakuan kanak-kanak.
Okaylah setakat tu je bebelan kali ni. Esok aku nak check kepala "Sayyid" balik untuk tengok ada kesan tak. Tapi aku rasa dia tak datang besok. Entahlah. Kesian betul dengan budak-budak Pendidikan Khas ni.
***************************
P/S: Cerita di atas ditulis dengan seterperinci yang mungkin dan mungkin terpengaruh dengan emosi saksi pada waktu tu. Mungkin bunyi kepala pelajar diketuk tak kuat. Mungkin. Last periksa, budak tu masih sihat. Ini ialah entri menegur etika guru
***************************
saya nak jadik cikgu .... saya nak tampaq ustaz tu balik heheheh
BalasPadam@rara91 if you read it carefully, ustaz tu baik lah :D
BalasPadamDahsyatnya di tampar kepala budak tu. Dah la budak pendidikan khas. Aku budak normal pun tak sanggup nak tampar kepala. Inikan budak pendidikan khas.
BalasPadamAhhh Mok Soon Sang. Lecturer aku dulu tak galakkan kami guna buku dia. Hehe. Tapi masalahnya buku dia la antara buku pedagogi yang bersepah- sepah ada.
Kau dah jadi cikgu? Ke tengah praktikum?
I find it quite ironic that negative punishment seems more appealing than positive punishment.
BalasPadamEg. Ali bawak handphone pergi sekolah.
Positive punishment: Kena lempang dgn cikgu disiplin.
Consequences: Kecederaan dalaman, malu, probably dendam dengan cikgu tu buat selama2nya.
Negative punishment: Cikgu disiplin amek handphone tersebut.
Consequences: Balik sekolah boleh amek balik. Paling teruk pun kena suruh mak bapak belikan baru. Lol.
@Anonymouskalau ironic on language level (positive vs negative) tu aku setuju lah sebab mmg definisi dia camtu. Utk determine magnitude of effect, hmmm....
BalasPadamustaz aku dulu x main ketuk2 kepala.. dia pakai tarik side burn je.. memang dahsyat 'kesan' dia. huhu~
BalasPadamTampar tu selalunya guna tapak tangan.. Kalau kepala tu dah terkena batu cincin cikgu tu, tu bukan tampar namanya, tu dah masuk kategoti ketuk dah tu sebab tu ada bunyi 'tuk' tu..
BalasPadamZaman akak sekolah dulu, ada sorang cikgu ni, siap berserban bagai, tapi gara2 kawan sorang ni tak bawak buku rujukan, ditamparnya terus muka budak lelaki tu.. Ni bukan versi tampar2 manja.. Ni versi tampar gangster sampai terteleng muka kawan tu, merah padam lagi.. Lepas tu dia suruh budak tu keluar.. Satu kelas melopong tengok.. Sedih sebab kesian kat kawan tu.. Kalau kita yang tengok ni boleh ingat lagi insiden tu sampai sekarang, apatah lagi kawan yang kena tampar tu..
*kalau rasa kesabaran tu tak kuat, tolong la jangan jadi cikgu..
Keh x buat post berkaitan bgaimana guru nak control kelas??
BalasPadam@~ Cik Azz ~dulu saya pun pernah kena tampar camtu :P
BalasPadambtw dalam cerita ni cakap memang kena tampar
aku yang baca ni pun jd sedih..sekurang2nya budak pendidikan khas tu boleh jugak solat dr xsolat lgsg..
BalasPadambtl kata cikgu di atas..klu xblh bersabar, jgn jd cikgu...besar tggjawab nak mengajar n mendidik ni...
berkaca kaca mata membaca weh! wuuuu
BalasPadamKesian juga pada pelajar tu, tp itulah kadang perlu juga guna sedikit kekerasan, apapun tak boleh ikut nafsu, kena kontrol. Saya pun kadang jenis pemarah juga..
BalasPadamtegas tak semestinya pukul kat tempat2 yg tak sepatutnya.. dalam Islam pun kalau nak pukul ada tempat yg boleh & tak boleh di pukul.
BalasPadammasbuk je pon.. bukan tak sembahyang langsung.
BalasPadamtanya la sebab apa lambat. main air kolah ke? gi toilet ke.. munasabah la sikit ustaz poon. rotan tangan dah r. kaki ke.. mendidik lah dengan kasih sayang.
p/s : teringat time sekolah dulu kawan aku kena jalan atas kulit durian gi surau sebab dia suka berkaki ayam. tapi dia jalan pijak kulit bahagian putih tu laa..
Ooo artikel ni eh... Hurmm... Mmg tak elok pun pukul kepala ni... Tak silap aku, kalo la ade org claim dia betul2 ikut ajaran Islam pure, mesti dia tau bahagian2 yang tak patut dipukul. Kalo pukul utk bagi pengajaran pun ada tahap2 dia. Dgn kanak2 cemana, dengan dewasa cemana, even antara husband dgn wife pon ada.LOL!
BalasPadamYang aku share yg jadi perdebatan cecikgu dikalangan friendlist aku pun, actually aku tak kisah pun dia kene rotan, aku rasa ayah dia pun tak heran kalo kene rotan... Tapi masalahnya ikut dalam berita tu, dia siap kene halau kuar skolah dan aku rasa cikgu tu pun bukan peduli pun dia kuar cemana, betul2 terus balik rumah ke apa,
Kalo dia kuar skolah, then boyfriend dia datang jemput pastu dorg pegi mana2 tak balik2, aku rasa aku bleh la assume budak tu yg bermasalah... Tapi bila da kata ayahnya cari, jumpa dia tengah menangis2, so aku jadi... Err... Mujur ayah dia jumpa hidup2... Kalo jumpe mayat je... Hurmm aku tatau la nak cakap apa...
budak2 jgn dipukul dikepala, kalau ia pun budak tu salah boleh ditegur & dinasihat elok2..kalau betul nak pukul kerana nak mendidik biarlah berhemah rotan ala kadar, bukan rotan / pukul macam nak dera..
BalasPadamdulu2 mase sekolah rendah sy penah kena tumbuk kat mata dgn cikgu perempuan,sebabnya mase tu dia sakit mintak sy picit badan dia dan sy yg baru umur 8 tahun nie mana lah kuat sangat.. lepas tu sampai trauma jumpe cikgu tu dan trauma nak masuk kelas dia..
Dalam islam pun untuk mengajar tidak diajar untuk pukul bahagian pinggang dan ke atas right? Lagi2 kepala.
BalasPadamHmm entahlah kadang2 emosi guru juga perlu dikawal. budak2 selalu jadi mangsa lepas geram dan marah :)