Langkau ke kandungan utama

Skizofrenia Kanak-kanak

Semalam unit Pendidikan Khas sekolah tempat aku bertugas ada meeting. Antara perkara yang dibincangkan dalam meeting tu ialah intipati simposium seorang wakil guru yang dihantar untuk mendengar tentang skizofrenia. Aku pun dengarlah dengan penuh teliti sebabnya aku memang suka dengan topik macam ni. Lepas cikgu tu cerita apa yang dia dapat, penolong kanan pulak bertanyakan soalan:

Source: Flickr  .Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.0 Generic (CC BY-NC-ND 2.0)
"Kalau budak-budak yang bercakap sorang-sorang tu kira skizofrenia ke Cikgu K?" Cikgu Penolong Kanan Pendidikan Khas tanya. Cikgu "P" namanya.

"Oh, kalau macam budak kita, yang berstatus OKU, dia tak boleh diklasifikasikan sebagai penghidap skizofrenia. Memang macam tu"

"Tapi kalau kita tengok pelajar kita macam si 'Z' dengan 'R' tu kan selalu bercakap sorang-sorang, Tu bukan sikozfrenia ke? Kita tengok simptom dia ada tapi kita tak pasti yang mana satu. Asfan? Ada apa-apa nak tambah?"

Ah sudah. Tiba-tiba nama aku naik nak kena bercerita pasal skizofrenia. Aku pun bangun lah untuk bercerita sebab memang dari kecil dididik untuk bangun bila kita nak ambil alih kuasa di pentas bercerita. lol. Anyway, ini ialah apa yang aku cakap dalam mesyuarat semalam:

  • Dalam mental health diagnosis, ada satu term yang dinamakan sebagai comorbidity. Maksudnya, pesakit tu ada gangguan lain, sebagai tambahan kepada gangguan yang kita tengah bincangkan. Selain tu, jika ada simptom yang sama, maka kita tengok pulak jika simptom tu lebih sesuai untuk dikategorikan bawah satu gangguan mental yang lain
  • Untuk pelajar kita, pendidikan khas ni, yang berstatus OKU ni, pada pendapat saya adalah mustahil untuk dia diklasifikasikan sebagai skizofrenia sebab berdasarkan apa yang saya kata tadi lah, pelajar tersebut menunjukkan ciri yang lebih ke arah autisme. 
  • Untuk autisme, gangguannya lebih ke arah komunikasi, masalah bersosial, perbuatan pelik yang berulang-ulang, dan juga dalam sesetengah kes, masalah pembelajaran.
  • Untuk skizofrenia pula, imagine manusia biasa yang perfectly normal, tapi dia selalu nampak ada kawan yang kita orang biasa ni tak nampak. Dan kawan dia tu bersembang pulak dengan dia. Ini salah satu daripada kriteria dalam skizofrenia lah
"Haa kalau macam tu kan memang sesuai dengan pelajar "R" kita tu? Kan dia ada kawan dia tu?" tanya Cikgu P lagi
(Untuk pengetahuan anda, pelajar R kami ni ada perangai cakap sorang-sorang, yang sumpah real. Dia kata dia ada kawan. Perempuan. Rambut pendek. Dan kawannya tu kami tak nampak.)

  • Untuk kanak-kanak 2-7 tahun kan mereka ada kecenderungan untuk main olok-olok (pretend play) macam main masak-masak. Jadi, considering that pelajar Pendidikan Khas kita si 'R' tu memang ada masalah perkembangan, jadi tak hairanlah jika dia bermain macam tu. 
  • Sebenarnya skizofrenia kanak-kanak ni berdasarkan apa yang saya belajar dulu, memang satu gangguan yang sangat sangat jarang dijumpai (Gonthier & Lyon, 2004) 
  • Untuk kefahaman lebih tentang skizofrenia, tontonlah movie "A Beautiful Mind".
"Baiklah. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Maksudnya pelajar kita memang tak ada yang skizofrenia lah ya. Kalau ikut kad perubatan dia pun memang tak diklasifikasikan sebagai skizofrenia. Baiklah, agenda seterusnya..." sambung cikgu P.

Lalu kami pun tamatkan mesyuarat, dan pulang ke rumah untuk menghabiskan sisa Hari Sabtu kami.

--------------------------------------
RUJUKAN:
American Psychiatric Association (2000). DSM-IV Criteria for Schizophrenia [link]
Gonthier,M., and Lyon, M. A. (2004). Childhood-onset schizophrenia: An overview. Psychology in The Schools. p. 803-811. [link]
What are the symptoms for autism (2014). Autism Speaks. [link]

Ulasan

  1. aku ingat pelajar P tu cikgu P. hahaha
    betul kan jap weh P tu jadi R aku nak share kat kawan aku suh baca.. thanks share.

    BalasPadam
  2. Walaupun sangat-sangat jarang dijumpai, tapi bagaimana cara nak bezakan skizofrenia kanak-kanak dgn masalah mental dan perkembangan (kanak-kanak) yg lain?

    BalasPadam
  3. perenggan ke-6, point no 3
    Tambahan: setiap gangguan ada ciri2 tersendiri so kalau syak budak tu ada problem bawak jumpa professional. Self-diagnosis tak membantu

    BalasPadam
  4. rum mate saya cakap hampir setiap hari saya mengigau dan ada sampai satu tahap saya bangun duduk atas katil... kengkadang malu ngan dia sbb kalau org lain mengigau saya rasa seram je sbb tibe2 becakap di malam yg sunyi...saya pun x tahu nak ubati macam mane dah mengigau ni..

    BalasPadam
  5. mybe sikit lewat bagi komen.. hew hew..sebenarye tak taw kis tergolong dlm kategori mane di atas, berat 43kg, makan 3 kali sehari cukup makan (xsikit xlebih), kalau tak makan kis akan cepat lapau..makan byk tapi tak membuang memuntah or watsoeva symptom diatas, tapi...still badan susah nak naik..then people judge me "anorexia, bulimia kejadah jadah nya" sigh~ (lalalala kesimpulan peduli hape og nak kate ape)

    BalasPadam
  6. dont worry. mungkin kis masih muda. Before 23 yo, saya memang jenis kurus gila. Naik 25 tahun, hambikau

    BalasPadam
  7. Korang2 ni cakap ape lah, gile ke ? Pening kepale linda

    BalasPadam
  8. Aku pun slalu cakap dalam tidur. Kadang2 aku sedar aku bercakap.kadang2 tak sedar langsung. orang yg bagitau.tapi paling best skali masa kengkawan aku tengah study tgh2 malam aku tetiba gelak dalam tidur. scary kan.. hehehe

    BalasPadam
  9. setiap kali aku ngingau mesti akan terjaga..selepas beberapa saat la...dari kecik aku perasan benda tu..aku jarang ngigau...masa kecik aku ngt aku bercakap dgn mak aku masa dia kejut sahur..bila besar aku tak bercakap sgt tp gelak byk...dan aku akan sedar sbb aku mimpi benda kelakar dan aku teruskan gelak pastu sambung tido...akak aku kerap dgr aku gelak...dia cakap scary cara aku gelak...seketul2 bunyi...

    BalasPadam
  10. hang la gila. Nama abdulhafis tapi kenalkan diri sebagai linda hahhaha

    BalasPadam
  11. Jari kaki saya lebam sebab sepak dinding, dalam mimpi tu saya nak sepak org jahat .. Meraung la juga, sakit .. Sebelum tido makan 2 panadol actifast .. Nasib ke dinding kalau ke suami saya, habisla ..

    BalasPadam
  12. nak tnya..kalau masa kita tidur kita buat involuntary behavior cthnya mcm mencari2 barang atw tgk phone ataw jawab phone call n mumbling lebih dri 2 minit..adakah hal ni normal..??
    yg bagitahu sya mcm ni ialah org trdekat sya mcm mak n adik2..

    tolong elaborate boleh..hal ni dah sbabkan sya bgaduh xde sebab..haizzzz

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...