MichaelTapp|Flickr |
Sehingga 2 tahun lepas (masa tu di tahun terakhir), hati saya sentiasa sakit bila dengar orang cakap "weh, kau ni antisosial sangat kenapa" sebab pada saya, penggunaan perkataan tu salah. Tambah-tambah lagi bila kawan-kawan mula belajar tentang perkataan tu dan kerap menggunakannya. Sebagai seorang yang berminat dalam bidang Abnormal Psychology, saya rasa penggunaan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang tu adalah amat penting (takde problem dengan ni), dan mesti sentiasa mengikut definisi dari sudut perubatan (yang ni problem).
Sebenarnya sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris, berkongsi bunyi dengan medical term (psychiatric) tapi mempunyai maksud yang berlainan:
Maksud antisocial daripada lughahnya (bahasa) ialah seorang manusia yang tak join orang lain beramas mesra. Ini termasuklah bergosip, dan sembang maki kerajaan di kantin sekolah. Sejauh mana justified pun alasan korang, tak join memang kena cop antisosial. Saya yang sepak bola tak kena ni dicop antisosial sebab tak mau join main futsal. Come on.
Panjangnya set induksi aku...dah la, meh kita masuk dalam sembang topik utama
Maksud antisosial daripada sudut psikologi pula ialah perangai (maafkan bahasa saya) celaka manusia yang dibina sekian lama, tidak mematuhi peraturan serta undang-undang, dan seringkali mendatangkan kesusahan kepada orang lain (untuk elakkan salah faham dengan manusia nakal, sila baca dengan teliti keseluruhan post ni). Dalam bahasa yang mungkin korang biasa dengar, orang APD ialah manusia yang dipanggil sebagai psikopat atau Bahasa Inggerisnya psychopath.
Seseorang tu boleh didiagnos secara klinikal oleh pakar bertauliah sebagai manusia yang mempunyai antisocial personality disorder (APD) tapi kalau pakar tu cakap "saya mendapati bahawa rakan encik menghidapi gangguan psychopath" maka gantunglah lesen dia dan tampar secara berjemaah. Psikopat atau sosiopat ni hanyalah gelaran untuk menamakan sekumpulan manusia yang mempunyai APD, bukannya diagnosis lengkap.
Okay memandangkan kita dah tahu pesakit APD ni ialah mereka yang psikopat/sosiopat maka kita dah dapat bayangan bahawa mereka ni ialah jenis manusia yang:
Benda paling penting untuk seseorang tu didiagnos sebagai pesakit APD ialah benda ni mesti dah kekal sekian lama. Jadi, biasanya psikopat (yang berjaya dikesan) ni ialah orang dewasa biasanya. Mengikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Ilnesses (DSM-V) yang terbaru, orang yang bawah umur 18 tahun adalah diharomkan dirinya untuk didiagnos sebagai APD.
So, budak zaman sekarang kan ramai perangai macam yiblis siap bakar kucing, kelar anjing lepas tu siap rakam video lagi, apa yang kita nak panggil budak-budak jenis macam ni? Selain panggil dia pesalah juvana (lol) boleh juga panggil dia sebagai pesakit Conduct Disorder.
Senang cerita, ada besar kemungkinan untuk pesalah conduct disorder untuk didiagnosis pula menjadi APD apabila dia cukup umur 18 tahun (Shaeffer et al., 2003)
PUNCA APD
Kenapa agaknya ada manusia yang berperangai macam ni? Mengikut bahan bacaan dan kuliah yang saya pergi, banyak tentang sebab gangguan jiwa dan minda yang masih para pakar dan pengkaji tak tahu lagi - APD ialah salah satu daripadanya. Mereka masih tak tahu 100%. Seperti biasa, pengkaji dan psikologis berpendapat bahawa faktor biopsikososial memainkan peranan penting
Faktor biologi : Psikopat dilahirkan dengan struktur otak yang berlainan dengan manusia normal macam kita (kalau saya normal lah). Sebagai contoh, saya pernah tulis dalam post berkenaan William Yau dan Psikologi Jenayah yang psikopat mempunyai saiz amygdala dan cingulate gyrus yang kecil
Faktor psikologi : Kestabilan emosi seorang . Boleh jadi dia takde amygdala pun tapi dia bukan psikopat. Maka kita lihat pada kestabilan emosi dan cara dia mengatasi stress
Faktor sosial : Bagaimana seseorang tu bergaul dengan masyarakat sekeliling. Adakah dia boleh membina disiplin untuk hidup dalam masyarakat yang berdisiplin? atau dia pilih kawan-kawan yang jenis merosakkan harta benda dan orang lain juga?
Mengikut pakar, tak ada satu faktor pun yang bertanggungjawab 100% untuk APD, so benda ni adalah disebabkan oleh interaksi kompleks antara faktor-faktor ni. Dalam beberapa kajian seperti Crowe (1974) contohnya, APD ni ialah satu gangguan yang diwarisi secara genetik (bapak ada, anak pun ada) tapi juga bergantung pada faktor yang lagi dua tu
RAWATAN
Nak ubat orang pesen gini, kena bawak buat psikoterapi dalam tempoh masa yang panjang dengan pakar terapi yang mempunyai pengetahuan meluas pasal psikopat. Bayangkan korang bagi manusia macam Dr. Hannibal Lecter dalam filem Silence of the Lambs dekat kaunselor sekolah. Tak ke satu sekolah kena kokak dengan manusia tu? Dalam sumber yang lain, psikopat/sosiopat juga perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk kemaslahatan ummah
Okay habih. Sila tekan butang like di bawah (tiada kiraan saat)
---------------------------------
RUJUKAN
Crowe, R. (1974). An adoption study of antisocial personality. Arch Gen Psychiatry. 31(6). p. 785-791. [link]
Shaeffer, C. M., Petras, H., Ialongo, N., Poduska, J., & Kellam, S. (2003). Modelling growth in boys' agressive behaviours across elementary school: links to later criminal involvement, conduct disorder, and antisocial personality disorder. Developmental Psychology. 39 (6). p1020-1035. [link]
Torgersen, S., Lygren,S., Oien, P. A., Skre, I., Onstad, S., Evardsen, J., Tambs, K., & Kringlen E. (2000). A twin study of personality disorders. Comprehensive Psychiatry 41(6). p. 416-425. [link]

- Kegagalan mengikuti fungsi-fungsi sosial norma - Takdak rules punya worang. Dia nak pukul kau, sukahati dia lah. Merompak, rogol dan bunuh, sembelih orang dan lain-lain.
- Menipu demi keseronokan - Sebenarnya psikopat ni bilangannya ramai. Ada spesies membunuh orang, ada spesies manusia biasa tapi menipu dalam segala benda sebab dia rasa benda tu betul
- Senang sakit hati dan bersikap agresif - Amboi macam aku je. Nasib baik lover, bukan fighter.
- [Penting] Sesal dahulu bukan pendapatan, sesal kemudian pun tiada - Apa sahaja benda yang dia buat, dia rasakan benda tu betul dan dia takkan rasa menyesal dengan tindakan dia tu.
Benda paling penting untuk seseorang tu didiagnos sebagai pesakit APD ialah benda ni mesti dah kekal sekian lama. Jadi, biasanya psikopat (yang berjaya dikesan) ni ialah orang dewasa biasanya. Mengikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Ilnesses (DSM-V) yang terbaru, orang yang bawah umur 18 tahun adalah diharomkan dirinya untuk didiagnos sebagai APD.
So, budak zaman sekarang kan ramai perangai macam yiblis siap bakar kucing, kelar anjing lepas tu siap rakam video lagi, apa yang kita nak panggil budak-budak jenis macam ni? Selain panggil dia pesalah juvana (lol) boleh juga panggil dia sebagai pesakit Conduct Disorder.
Senang cerita, ada besar kemungkinan untuk pesalah conduct disorder untuk didiagnosis pula menjadi APD apabila dia cukup umur 18 tahun (Shaeffer et al., 2003)
PUNCA APD
Kenapa agaknya ada manusia yang berperangai macam ni? Mengikut bahan bacaan dan kuliah yang saya pergi, banyak tentang sebab gangguan jiwa dan minda yang masih para pakar dan pengkaji tak tahu lagi - APD ialah salah satu daripadanya. Mereka masih tak tahu 100%. Seperti biasa, pengkaji dan psikologis berpendapat bahawa faktor biopsikososial memainkan peranan penting
Faktor biologi : Psikopat dilahirkan dengan struktur otak yang berlainan dengan manusia normal macam kita (kalau saya normal lah). Sebagai contoh, saya pernah tulis dalam post berkenaan William Yau dan Psikologi Jenayah yang psikopat mempunyai saiz amygdala dan cingulate gyrus yang kecil
Faktor psikologi : Kestabilan emosi seorang . Boleh jadi dia takde amygdala pun tapi dia bukan psikopat. Maka kita lihat pada kestabilan emosi dan cara dia mengatasi stress
Faktor sosial : Bagaimana seseorang tu bergaul dengan masyarakat sekeliling. Adakah dia boleh membina disiplin untuk hidup dalam masyarakat yang berdisiplin? atau dia pilih kawan-kawan yang jenis merosakkan harta benda dan orang lain juga?
Mengikut pakar, tak ada satu faktor pun yang bertanggungjawab 100% untuk APD, so benda ni adalah disebabkan oleh interaksi kompleks antara faktor-faktor ni. Dalam beberapa kajian seperti Crowe (1974) contohnya, APD ni ialah satu gangguan yang diwarisi secara genetik (bapak ada, anak pun ada) tapi juga bergantung pada faktor yang lagi dua tu
RAWATAN
Nak ubat orang pesen gini, kena bawak buat psikoterapi dalam tempoh masa yang panjang dengan pakar terapi yang mempunyai pengetahuan meluas pasal psikopat. Bayangkan korang bagi manusia macam Dr. Hannibal Lecter dalam filem Silence of the Lambs dekat kaunselor sekolah. Tak ke satu sekolah kena kokak dengan manusia tu? Dalam sumber yang lain, psikopat/sosiopat juga perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk kemaslahatan ummah
Okay habih. Sila tekan butang like di bawah (tiada kiraan saat)
---------------------------------
RUJUKAN
Crowe, R. (1974). An adoption study of antisocial personality. Arch Gen Psychiatry. 31(6). p. 785-791. [link]
Shaeffer, C. M., Petras, H., Ialongo, N., Poduska, J., & Kellam, S. (2003). Modelling growth in boys' agressive behaviours across elementary school: links to later criminal involvement, conduct disorder, and antisocial personality disorder. Developmental Psychology. 39 (6). p1020-1035. [link]
Torgersen, S., Lygren,S., Oien, P. A., Skre, I., Onstad, S., Evardsen, J., Tambs, K., & Kringlen E. (2000). A twin study of personality disorders. Comprehensive Psychiatry 41(6). p. 416-425. [link]
Okey. Rasa bersalah. Selalu guna istilah tu for my first sis yang tak suka gi kenduri.haha. She's not into friends at all. Kawan keja tak pernah datang rumah. Tak mesej2 sangat and raya taknak jemput saper pun sebab dia sangat pentingkan privacy. But, she values family. Anything but family. Tak leh gak ek panggil antisosial? ;)
BalasPadamEncik Asfan,
BalasPadamdari penulisan encik, maka bermakna psikopat dgn sosiopat ni sama maksud laa ek?
Tapi kenapa dua istilah yg berbeza?
perenggan kedua,
BalasPadamperenggan ketiga
macam "rimau" dengan "pak belang" la lebih kurang kot hahaha
BalasPadamim one of his fan!!
BalasPadamBagusnya blog ni siap ad rujukan.
BalasPadamMohon kirim salam "walaweh" utk your first sis. Dari I yg perangai secara basic-nya menepati perangai sis tu.
BalasPadamsape kate ciptaan allah takde cacat cela? cakap pakai ilmu laa, ilmu takde tapi cakap serupe orang bodo, kan allah kate sume ciptaan allah adalah lemah, semua ada cacat cela, yg take cacat cela tu Allah je, jangan le fanatik bodo, taksub pada artis bukan macam kumpul stem bangang, taksub ni dapat dosa, kau paham tak dosa, aku rase orang macam kauni kne lugu kepala baru paham, pepandaikau je keluarkan hukum, kau ingat hukum tu bapak kau punye ke? kalau orang cakap dosa, dosa la, yang hang nak cakap jeles ape sume dah knp,nak mampos, abes kau ingat mamat kapir tu boleh selamatkan kau le? boleh jadi imam solat? ni lejenis manusia bodo tak boleh diajar ,pandai tak boleh diikut
BalasPadamBetul tu...
BalasPadam