Langkau ke kandungan utama

Apakah Subjek Psikologi Industri?

Adakah dengan menambahkan gaji sahaja dapat meningkatkan produktiviti?

Jawapannya tidak. Dalam kajian psikologi berkaitan pekerjaan, mereka mendapati bahawa duit bukan penentu produktiviti yang terbaik. Kajian ni dilakukan dalam Psikologi Industri dan Organisasi.

Dalam post yang lepas saya mungkin ada menyentuh sedikit tentang Psikologi Industri dan Organisasi atau nama glamernya "IO Psychology" untuk Industrial dan Organizational Psychology. Since pembelajaran saya dalam bidang psikologi ni hampir meliputi semua bidang (tetapi bukan semua topik) dalam psikologi, maka bolehlah saya menceritakan apa yang saya tahu tentang program ni. 

Di peringkat universiti korang boleh belajar IO Psych sebagai satu subjek pilihan ataupun menjadikannya sebagai pengkhususan ijazah korang, bergantung pada minat dan keperluan. Jika korang jenis cinta pada ilmu dan kajian dan berniat nak mengembangkan psikologi di Malaysia supaya naik di mata dunia, maka ambillah ia sebagai subjek tambahan kepada ijazah sains psikologi anda. 

Kalau korang jenis praktikal dan ingin mencari kepuasan menggunakan pengetahuan psikologi dalam konteks pekerjaan, inilah pengkhususan yang korang cari. Lecturer saya (Singapore Chinese) semasa di Victoria University kata "this is your gold mine if you work really hard on it" katanya dalam dialek Kantonis yang kadang-kadang kami komplen sebab tak faham. Belum kira grammar lagi tu.

Well, anyway, apakejadahnya natang bernama IO Psychology ni?

scientific study of human behavior in the workplace and applies psychological theories and principles to organizations
Satu bidang saintifik tentang perlakuan manusia di tempat kerja dan menggunakan pengetahuan dan teori-teori mak nenek psikologi terhadap sesebuah organisasi. Jadi, apa yang membezakan mereka dengan pelajar teori dan eksperimen macam saya?

  1. Tak perlu masuk ke dalam badan sehingga ke bahagian biologi
    sebab biasanya keadaan di tempat kerja tak melibatkan pengetahuan biologi yang kompleks. Cukup dengan tahu waktu kortisol memuncak, atau kesan duduk depan PC melebihi 2 jam, taklah perlu tahu suprachiasmatic nucleus tu apa, tak perlu tahu tentang ADHD, Autism dan perkara berkaitan kepelbagaian manusia (belum mainstream di Malaysia)
  2. IO Psychology is money money money!
    Ini lecturer yang kata tapi menurut beliau lagi, tanggungjawab untung, rugi, dan produktiviti juga berada dalam bahu korang so tanggungjawab berat lah sebab prestasi pekerja berada dalam kuasa korang. Psikologi Umum perlu sambung ke Clinical Psychology atau ke peringkat PhD to make money. Belum pernah dengar ada kerja khusus untuk Psikologi Umum. Tapi knowledge matters, right? Biasanya mereka (IO) ni bekerja dalam bahagian Human Resource sesebuah syarikat (HR). Kawan saya dari UNISEL, sekarang bekerja di HR Shell 
APA YANG SUBJEK PSIKOLOGI INDUSTRI BELAJAR?

Semasa saya mengikuti kursus Industrial dan Organisational Psychology di VUW, ada beberapa perkara yang ditekankan dalam IO Psych. 
  1. Teori dan kajian pakar Business Psych (IO Psych) yang mengeluarkan artikel tentang kajian sendiri. 
  2. Metodologi kajian
    Korang tak suka math? Nampak nombor je terus nak sawan? Maka ini bukan subjek/kursus sesuai untuk korang. Pegi ambik kaunseling. IO memang akan main dengan nombor untuk mengira data dalam kajian. Dalam metodologi korang akan belajar cara buat survey, cara susun ayat survey, jenis survey, cara kira, cara bandingkan data, memahami data, dan menerangkan maksud data
  3. Field trip bro!
    Field trip waklu lah. Hahaha. Masa kitorang buat field study, kami dikehendaki untuk pergi ke syarikat sekitar Wellington dan tebalkan diri mintak pekerja syarikat tu isi survey. Dalam hal ni ada juga beberapa cabaran yang kitorang kena hadapi antaranya ialah kita menyemak, satu lagi ialah data sensitif yang mungkin memburukkan nama syarikat tu. So, keep in mind kalau belajar benda ni perlulah bersedia
  4. Presentation
    Yang ni paling best sebab di sini lah kau boleh yakinkan orang kenapa kajian kau paling power. Kau kena terangkan kenapa kau buat kajian tu? Kajian tu berdasarkan teori dan kajian tokoh yang mana? Apa keputusan data yang dibuat? Kenapa gunakan cara pengiraan data tu? Dan so what kalau kau ada data tu?
Course coordinator saya masa saya belajar dulu ialah seorang berbangsa Jerman yang bernama Ron Fischer. Dia ni watlek watcool je tapi kalau baca kajian dia, memang power selain gaya hidup dia yang selamba dan penuh dengan budaya. Jadi, mungkinlah saya suka subjek IO ni partially sebab course coordinator/lecturer yang cool macam tu. Mungkin

Kalau ada soalan boleh tanya di bawah! 

Ulasan

  1. Perbincangan yang hebat camni, nak tanya apa nye.. +.+

    Tinggi betul ilmu bidang ni kan? Em, lebih kurang Organizational Behavior jugak kan? Sebab masa saya study dulu, ada gak tentang Cognitive Dissonance, Ergonomics bagai ni. Sama ke? Em, satu lagi yang saya nampak, macam research gak content pembelajaran IO ni kan? Sebab dari teori2 tu macam literature review dah. Then, metodologi tu wajib dah untuk terang kita guna cara mana nak setel or approach isu kita. Kiraan tu kira quantitative la sebab nak satu benchmark dari segi nombor (kekerapan, paling tinggi, paling tepat menjawab isu). Field trip tu plak macam nak dapatkan data thru questionnaire. Presentation tu memang sama dah.

    Erm, sori la kalau membebankan pembaca. Tapi ni yang saya nampak la. Bidang keja tu terhad tapi sekali dapat mesti best and masyukkk kan? (n_n)

    BalasPadam
  2. correct dan correct. IO ni banyak nama. Asalkan konsepnya sama, itulah dia. Research content, tapi tak berapa kompleks i.e orang bukan psych boleh faham most of the content. Pasal metodologi tu, that's what I said

    BalasPadam
  3. Salam mimiqt...aku pun pro sleep paralysis...sma la kta...tdr ddk pun aku leh kna...tdo xsmpai 5 minit pn kna jgk...haha...letih la bdan mcmni...ko ad tips tak nak kurngkn kekerapan kna lumpuh ni...

    BalasPadam
  4. artikelnya bagus nih...
    jadi kita bisa melihat wajah dari ekspresi muka kita sendiri juga jadi'y...
    hohohoho... :)
    numpang sharing ya...
    yang ingin jelas lagi tentang selfie lebih jauh dan apa saja fenomena apa yang ada di dalam selfie yu visit website kita....

    http://introducing-the-selfie.tk

    atau kalian dapat cari di google dengan keyword : introducing selfie - new generation

    atau kalian dapat follow tiwitter kita di @narsis_selfie
    jangan lupa comment kalian di page say hello ya...
    terima kasih... :) :)

    BalasPadam
  5. baru pegi smlm..mmg byk giler sampah sarap...xlarat nk naik ke level 2...kt level 1 je...dh pnt..semput..lg lak bw ank2...mmg byk monyet..berhati2 semasa mendaki

    BalasPadam
  6. saya mngambil jurusan sains teknikal d sbuah skolah. tetapi saya agak berminat utuk mngmbil bidang psikologi di uni nnti spt psikologi klinikal. tpi masalah sy ialah sy tk ambil biologi.

    BalasPadam
  7. sayang. sucinya awaaaaa. Love you :3

    BalasPadam
  8. untung lahhh ..terbaik laa cerita ni

    BalasPadam
  9. depends pada universiti. Sesetengah universiti requires science subjects/courses masa di peringkat asasi/diploma, sesetengahnya tak.

    BalasPadam
  10. Salam... nak tanye, kalau gi sorg bahaya tak? Or.. kalau hari sabtu ramai org? Tq...

    BalasPadam
  11. setuju dengan tanpa nama..sy perna kena tindih dan sy nampak wajah perempuan rambut panjang sambil ketawa..

    BalasPadam
  12. Sains dari Quran, tak kan tak percaya quran ? ;)

    BalasPadam
  13. Saya pelajar matrikulasi aliran perakaunan. Adakah aliran saya layak memohon courses IO ni?

    BalasPadam
  14. Tapi perkara ini depends juga dgn gangguan jin.macam sy baru 5 minit ke 15 minit tidur pun ada kena tindih.ustaz saya ajar baca ayat qursi,ya memng mulut takleh gerak tapi buat2 baca.insya aalh berjaya.saya dah amal dan memng mujarab.saya tak kata abg salah , ini betul tapi ada juga yang kita tak boleh huraikan dengan sains bukan sains tak boleh hurai cuma kita tak kaji lagi benda2 gini.selalunya memang semua kajian sains hari ini dulu orng semua kata bukan sains tapi setelah banyak kajian dibuat akhirnya ia dinamakan sains.usaha abg ini bagus sebab kita jangnlah terlalu sangat taksub dgn hantu ni.bukan saya nak kata saya tak percaya,aku hanya beriman pd jin je.ustaz saya juga pernah komen tentang segelintir pihak yang berlaku benda pelik je terus kata hantu, tanpa selidik apa2.dia juga kata kalau nak buat rawatan kena jumpa doctor dulu ba5ru jumpa dia.
    so i salute you krn perkongsian 7ni.barulah islam maju macm zaman ibnu sina dulu.sains dan agama sent7asa seiringan.

    BalasPadam
  15. Baru DUA KALI je pegi air terjun kat india dah kecoh nak mengata negara sendiri, cik dayana azhar? dah round satu india ke, terutamanya SLUMS yg berlambak kat mumbai? ada tak tengok2 TEPI LAUT kat india, especially in chennai? org msia mmg kadang2 pengotor tapi tak terlawan india la, siap ada org buang air besar kat tepi laut lagi kat india, lagi teruk dari kita la beb.

    Pelik tgk org melayu ni, baru pegi negara org sekali dua dah sibuk nak mengata tanah tumpah sendiri.

    BalasPadam
  16. malaysia lagi berkali2 la best dari india dari segala sudut. lagipun, tak ada org bercerita pasal india pun kat sini. baru gi india dah kecoh, belum gi new york lagi tu, habis kenduri besar satu kampung. jakun tak pasal2.

    BalasPadam
  17. Salam.. Maksudnya io ni more to statistic jgk lah.. Like kita buat conclusion based on the results or data that we've obtained.. Selain drpd kita counsel the employees, kita jugk kena buat bacaan semua tu for the company.. Adakah begitu? Atau ad maksud lain..

    BalasPadam
  18. Baru semalam aku tidur begitu nyenyak seperti malam biasa yang lain. Tapi satu ketika aku tidur itu, aku tertidur terlentang kerana terlalu penat. Dalam pukul 4 pagi gitu aku di dalam mimpi yang buruk, mimpi aku disampuk. Pada saat dalam mimpi itu, aku sedar aku sedang bermimpi. Lalu aku terus terencat bangun dan rasa bila dah bangun itu aku terperanjat. Mimpi tu memang menyeramkan. Aku selawat banyak banyak.

    Selepas kejadian itu, aku masih tak pasti la kalau tu betul-betul perbuatan makhluk halus atau pun psychology aja. Selalu nya kalau aku tidur terlentang aku pastikan aku letak bantal di atas badan aku sendiri, walaupun Cuma malam itu sahaja aku Di dalam deep sleep sampai tak sadar.

    BalasPadam
  19. salam ada homestay tak berdekatan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...