Langkau ke kandungan utama

Penambahan Ciri Baru Fanpage Facebook

Dear readers, the admin-slash-author of this itty-bitty personal blog is still in final exam mood. Your comments, visits and everything related to this blog will be returned on Tuesday 15 Feb 2010


Okay kembali lagi kita berblog dengan tak sedar diri diri hari Isnin ni ada final exam yang menyakitkan hati. Kali ni kita sambung epiusod Kajian Kes Facebook yang telah pun mencapai angka 29. Tajuk kita pada kali ini ialah ciir baru yang dibuat pada profile fanpage. Jadi secara umumnya, info kali ini amat bermanfaat untuk admin-admin fanpage.


Para admin fanpages sekalian, kalau korang masih belum bukak fanpage korang hari ni, sila buka sekarang sebab korang akan nampak sesuatu seperti gambarajah dibawah. Aku tak tahu bila Mark Zuckerberg update benda ni sebab baru hari ni aku perasan. Semalam takde lagi rasanya.


New! An Upgrade for Pages
We're about to make it easier for you and your fans to connect with each other.
Nampak tak macam ni? Kalau korang tak nampak, tunggu je la sampai esok kot.
Ok jom kita tengok satu-satu apa yang ada dekat penambahbaikan oleh team Facebook terhadap fanpage.
Kalau korang tak boleh nak upgrade lagi, mungkin sebab perubahan ni memakan masa untuk sampai ke Malaysia. Agaknya lah kan


#1. Photo Showcase
Benda ni lebih kurang sama dengan personal profile semua orang je. Setiap kali korang ada gambar baru, tak kisahlah korang upload ke ataupun kawan korang yang upload, mesti dia keluar dekat atas tu. Gambar atas ni menunjukkan senarai movie yang dah direview.

#2. Navigation (navigasi?)
Kalau korang (admin) tekan upgrade, maka korang akan kehilangan tabs dan akan digantikan dengan navigation di bahagian sidebar kiri fanpage

#3. Wall filter
Ini memang benda yang paling bagus rasanya dalam perubahan ni. Katakanlah korang post apape dekat wall fanpage tu, post yang paling banyak dapat sambutan (like dan komen) akan dipaparkan terlebih dahulu. Jadi pengunjung boleh tengok terus apa yang paling menarik dekat page korang.

Aku rasa 3 ni je kot yang penting. Yang lagi 2 tu tak berapa penting sangat dan tak menarik kalau nak diceritakan pun. Oh ya, 1 benda lagi.


Aku tak berani nak cakap ni benda bagus atau tak. Korang boleh gunakan akaun Facebook korang sebagai admin fanpage all the time dan dapatkan News Feed dan notification sebagainya, ataupun korang boleh biarkan setting tu untuk kekal seperti sedia ada sekarang. Kelebihannya kalau guna account as fanpage, korang tahu apa yang terjadi dekat fanpage korang. Maka boleh berinteraksi dengan fans yang membawa 1001 persoalan dsb.

Keburukannya..


Walauweh. Agak-agakla notification sampai macam ni. Tak macam sikit pulak kalau nak gabung semua fanpage yang aku create sampai ke harini. Ada 7 semuanya. Okaylah bergantung dekat korang nak buat macam mana. Aku hanya menyampaikan ilmu Facebook. lol

Dekat bawah ni ialah satu benda yang dipanggil Facebook Like Box. Tujuannya ialah untuk korang klik 'like'. Kalau anda suka entri ini sila klik like. Kalau tak suka sila pegi jogging laju-laju. Sekian.

Ulasan

  1. kau ni antara manusia paling rajin mengkaji pasal facebook aku rasa...tahniah asfan..ko xnak join venture dgn mark pulok..=p

    baideway..ko taip entry ni masa ngntuk ka???byk typo...

    BalasPadam
  2. Thank untuk info nie... tadi ade godek & testing untuk satu fan page bro.. oh nampak cam menarik.. tp tgu la ek

    BalasPadam
  3. auh baru perasan tadi pasal fanpage nie.sempat godek2 n try tutorial dia.tapi aku tak ubah apa2 pun sbbnya aku pun tak tahu hehe :D

    BalasPadam
  4. Aku suka blog ko bro.. banyak ilmu boleh belajar.

    Pasal blog ni aku pun segan sebenarnya nak promote kat kawan2. Kebanyakannya bukan ada blog. Mana nak paham kalau aku tulis pasal blog tutorial, trafik dan SEO.

    Aku pernah kena marah sebab tulis entry pasal SEO dengan tajuk "Tiz Zaqyah Seksi". Aku ajar tips SEO tapi di-label sebagai bakal guru perosak bangsa.

    Biasala tu.. kehidupan sebagai seorang blogger. ha3.. =D

    BalasPadam
  5. Arc, hihi. thanks lah update. kekdg memang tak pasan dengan benda2 baru kat page sndri. Allah hye. thanks yoo!:)

    BalasPadam
  6. utk org yg ade fanpage... sayeee,





    fb pun xde. :P

    BalasPadam
  7. bro.. apsal posting dekat fan page sekarang tak disusun ikut yang paling latest macam dulu eh?

    BalasPadam
  8. dapat tambah ilmu walau belum boleh aplikasi sbb takde fanpage.hehe.

    all the best for your exam ;)

    BalasPadam
  9. weh kalau kita xnk guna fanpage as fcebook cmne?

    BalasPadam
  10. wahh.. giler kentang.. thumbs up untuk tn blog... hehe


    Entry Terbaru: Entry khas untuk blogers.. B.E yg ke-2

    BalasPadam
  11. tak larat dah nak tambah tukar widget2 nih..

    BalasPadam
  12. salam, baru tahu, tapi bagus jugak...

    BalasPadam
  13. Macam-macam sekarang....udah lah STUDY!

    BalasPadam
  14. selamat hari minggu arc..thanks sudi menerjah blog dex k...

    BalasPadam
  15. Aku agak dlm setengah tahun nanti mesti dia tukar layout lagi.. FB mmg suka betul tukar2 nih..

    BalasPadam
  16. peh! menarik entry ni.. hehe~ ;)

    BalasPadam
  17. pengkaji fb betul lah kau ni ash. hehe. wee~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...