Kajian Kes Facebook 20: See Friendship

Episod 18 dan 19 tidak disertakan bersama banner.
Sebelum kita bermula dengan entah apa benda lagi yang Facebook update pada kali ni marilah kita bukak kamus untuk mengetahui apa itu Friendship. Seperti yang disebut dalam Kamus Bahasa Panda Edisi Terhad,
Friend: Kawan
Ship: Kapal
Friendship: Kapal kawan
Apa kaitan friendship dengan Facebook? Jom tengok gambar di bawah. Gambar ni menunjukkan cara stalking terbaru yang diwujudkan demi menyokong Kelab Stalker Terhebat Dunia.
Wallpost Papanda ARC kepada Z@ck yang disertai oleh mattopman
Bila klik kat bahagian See Friendship anda akan nampak hubungan anda dengan pemilik profile tersebut. Contoh "hubungan" yang anda boleh nampak termasuklah seperti gambar di bawah. Pendek kata summary kepada relationship korang dengan kawan korang:
Penjelasan dibawah ni mengikut nombor
1. Gambar korang yang paling skandal
Ini hanyalah teori tapi aku rasa gambar yang ditunjukkan tu ialah gambar bersama yang paling banyak mendapat komen dan like daripada orang lain. Gambar di atas ni menunjukkan kami tengah dressing untuk Asian Night Market di Waterfront  Wellington City New Zealand. Tapi Zack ni kawan je


2. Connection dan network
Ni dia tunjuk hubungan kita. Kalau bini dia akan tulis "Wife" atau lebih kurang macam tu lah. Kalau adik dia akan tulis Sister/brother. Network pulak merujuk kepada network seperti Malaysia, New Zealand, dan sebagaimya. Benda ni menyenangkan terutamanya kalau korang ada kawan yang suka tukar nama pelik-pelik seperti Papanda Jadian. So korang boleh check siapalah mamat ni.


3. Overview
Menunjukkan semua berkaitan fungsi facebook yang melibatkan korang berdua seperti Wall Post,  dan Likes. Misal kata aku dengan Zack ada 8 persamaan dari segi likes. Tak tahulah pages apa yang kami like. Penat nak usha. Kelebihan fungsi ini: Entah macam takde je


4. Events attended
Menunjukkan acara-acara yang korang dah pergi bersama. Bersama ye bukan sama-sama. Kelebihan fungsi ni ialah seperti dialog di bawah:
ARC: Zack, haritu apa nama event yang kita pergi ada badut datang tu eh?
Zack: Entah aku tak ingat. Kau checklah "Friendship" dekat facebook
ARC: Oh ni dia dah jumpa. Open House Hari raya lah
(Dialog rekaan)
5. Mutual Friends
Kawan korang yang telah di add oleh kedua-dua pihak. Kelebihannya boleh dilihat kalau anda pening-pening lalat nak tahu si dia ni dah add si polan ke belum ke. Kenal ke tak kenal ke. Amat bagus untuk kaki stalker profile orang.


6. Photos
Ini menunjukkan gambar yang telah di tag bersama. kalau korang kene tag dekat gambar selipar ke kad raya ke, gambar tu akan turut keluar di page "Friendship" ni.

7. Stalkerama Function
Haa ni korang kene cari sendiri sebab aku tak letak dalam gambar di atas. Benda ni tool paling hebat untuk stalker. Kita bukan je boleh check connection dengan kawan kita yang sorang ni tapi dengan kawan dia pun boleh. Bahaya tak? Bahaya tak? Gadis- gadis di luar sana jangan tulis semua maklumat peribadi di facebook mahupun di blog okay?
"Friendship" Facebook Function:
Friendship meter: 30%
Stalker meter: 70%
Okay itu sahaja kali ni. Agak panjang kan? Dah 12.40 malam. Mari kita tidur sebab besok nak pergi pasar beli sayur dengan Mak Temah. Cheerios

Ulasan

  1. grrr

    lebeh kurang je entry kita arc

    hahahaa

    BalasPadam
  2. Okay , benda ni baru ada dekat profile Farah . Sebelum ni , takde pun

    BalasPadam
  3. owh baiklah encik!!! delete semua gambar.. pantasssssssss :D

    BalasPadam
  4. ahaha..aku baru nak percaye ade stalker punye meter tu.sengal kau arc.haha.

    BalasPadam
  5. baru tau weyhh pasal benda ni tadi tertekan. friendster sangat tau benda ni. haha. teringat dulu dia ada letak connection between friends semua tu kat friendster.

    BalasPadam
  6. cepat pertahankan privasi andaaa!!!!

    BalasPadam
  7. eh? tak jumpa pun? kat mana menatang friendship tu duduk?

    *kaki stalker jugak ni... paling tegar kot*

    BalasPadam
  8. C Agogo
    Cuba tengok kawan2 anda yang buat wallpost kepada member yg lain. lepastu rujuk gmbar pertama entry ni

    BalasPadam
  9. ooo..ok2...nice entry..

    ~ DanieL AdiE ~

    BalasPadam
  10. hoho..post menda sama gak, tp ko nyer specific..kira2 br smlm ak nmpk, ari b4 tu xde

    BalasPadam
  11. benda ni start tgh malam kelmarin xsilap aku

    BalasPadam
  12. saya punya masih 'wall to wall'
    HAHA

    BalasPadam
  13. baru aku perasan menatang friendship tu. bagos la kau cepat dan tangkas.

    BalasPadam
  14. Oh masih wall to wall? nanti ada benda yang laagi baru dari facebook. Tungguu

    BalasPadam
  15. gambar tak boleh blah.hahaha..memang skandal habis weyh.

    BalasPadam
  16. hahah skandal kite ni zack. aku dah publicize lol

    BalasPadam
  17. info bagus ni..sronok la fb skrg..dh maju..hahhaa..tp fb kena di-abandon jap atas sbb2 yg tertentu..hmm..

    BalasPadam
  18. haha cara terbaik abandon ialah suruh membe tuka pass

    BalasPadam
  19. wah....ak baru nak bukak fb..
    tp xd pon...haha

    Entri terbaru: Aku, Exam dan Akhir Sem

    BalasPadam
  20. haha dia depends kepada tester2 tertentu je kot. ada member aku lg advance dah dapat benda lain dah

    BalasPadam
  21. @Nur Areefah
    tgk kt See friendship tu then tgk bhg atas kanan sekali

    BalasPadam
  22. saya perasan menda ni. tapi tak amek port sangat pom. satgi nak tengok ah.

    BalasPadam
  23. @Fina Fento
    adalah penting utk anda protect privacy anda

    BalasPadam
  24. oh okey baru aku tau apa function mentang tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming