Menghadiahkan Pensel HB Sempena Hari Jadi

Zaman makin berubah dan sekarang trend pada hari jadi ialah menghadiahkan pensel HB untuk meraikan hari jadi. Bila tiba hari jadi, secara umumnya, seorang manusia normal akan memeriksa 2 benda iaitu handphone dan juga Facebook untuk melihat ucapan daripada kawan-kawan. Kalau tak dilayan dikata pulak sombong

Maka korang pun periksa lah ucapan dari kawan...

kajian kes facebook 38

Ucapan pertama - "Selamat hari jadi, kawan. Moga panjang umur dan murah rezeki. Ada murah rezeki bolehlah belanja aku makan". Simple dan penuh bermakna dalam nada gurauan yang diterima daripada kawan sebaya

Ucapan kedua - "Happy birthday hun, hope you have a blast one". Wallpost ini datangnya dari kenalan rapat yang tiada hubungan intim dengan si penerima. Okay fine, dia sosial sikit maka begitulah ayatnya

Ucapan ketiga - "Selamat hari jadi bro! Moga hidup diberkati Tuhan!". Ucapan ini diterima daripada member kolej yang kaki drift. Seliar-liar beliau sempat lagi mendoakan kesejahteraan member dia sempena birthday

Ucapan keempat - "Ke hadapan bakal adik ipar, happy birthday dan study rajin-rajin". Ini ialah ucapan daripada bakal kakak ipar yang awesome

Ucapan kelima - "HB!!" - Ucapan ini datangnya dari alien. Entah apa maksudnya tiada siapa yang tahu. Mungkin sekali beliau tensi tak dapat jawab soalan peperiksaan dengan pensel HB sebab sekarang wajib guna pensel 2B.

Pemerhatian kasar menunjukkan bahawa bagi setiap orang yang mempunyai akaun Facebook, mereka akan menerima sekurang-kurangnya satu ucapan alien ini. Ini apa yang aku nampak dekat friend list aku lah kan, takde pulak aku saja-saja nak stalk page orang lain sebab nak membahan diorang untuk blog. Banyak lagi gambar dalam album aku untuk diceritakan

Cuma kali ni agak terpanggil nak cerita pasal ni. Bagi aku, kalau setakat korang rasa nak masuk wall Facebook kawan tu membuang tenaga yang maha banyak dan akan mati kalau buat ucapan panjang-panjang macam ucapan pertama, maka tak perlulah buat ucapan apa-apa dekat dia. Dibimbangi korang akan meninggal serta-merta di tempat kejadian akibat kepenatan menaip ayat panjang

Kalau korang rasa korang tak patut nak menaip seperti ucapan kedua, dan member korang patut rasa bertuah gila sebab dapat ucapan HB daripada korang, maka sekali lagi - tak payahlah wish apa-apa. Selain korang yang malas buat ucapan proper tu, ramai lagi yang masih mengingati kawan korang tu dengan ucapan berkualiti. In fact, aku kesian tengok korang yang rasa ucapan korang tu sangat berharga. HB? Apa benda tu? Pensel HB?


Kalau korang malas nak mendoakan kawan korang tu supaya hidupnya dberkati Allah sentiasa, dan korang rasa ucapan HB tu lagi bermakna penuh, maka tahniahlah untuk korang untuk ideologi tersebut. Ada pulak yang mengatakan tiada salahnya, think positif la wey! Huk aloh, ada aku kata salah? Cuba copy paste sikit tang mana aku kata salah? Haa takde kan? Kalau korang rasa itu ialah trend baru, maaf aku bukan seorang yang suka mengikut trend cacat budak zaman sekarang. Aku sangat berharap aku dilahirkan di zaman purba.

Kalau korang rasa member korang ingat kat korang walaupun hanya post HB di wall korang, korang dah kena tipu. Ni kalau tak baru join Facebook, mesti terasa dirinya diva. Tarikh hari jadi tu semua datangnya daripada reminder Facebook yang muncul di sidebar kanan homepage Facebook korang. Jangan perasanlah ada orang ingat kat korang. Korang bukan artis pun

Pointnya disini, kalau mendoakan kawan korang tu dimurahkan rezeki dan berumur panjang secara proper tak memendekkan hayat korang, apa salahnya buat macam tu? Kenapa nak start budaya yang pelik, yang menunjukkan kemalasan dan ketidakberapaikhlasan korang? Maybe la korang ikhlas buat macam tu, tapi lagi elok kalau member kita rasa dihargai kalau kita bagitahu dia elok-elok betapa kita menghargai keikhlasan dia berkawan dengan kita

Disebabkan hari ni last puasa, maka aku nak ucapkan SHRMZB dekat semua orang.  SHRMZB, boleh camtu?

Ulasan

  1. hahaha.agaknya lepas taip panjang2 terus pengsan.kehkeh,

    BalasPadam
  2. jari derang sakit la arc, lenguh jari-jemari tu nak taip pjg2.. takpun derang bizi, demi utk menunjukkan kebizian derang yg maha hebat, derang guna je la HB!

    lg satu tenet kat msia kan mahal dan maha lembab, buka wall kawan dh amek masa 5 minit, demi utk mengurangkan ms & kos terpaksa pendekkan ucapan... hahaha

    SHRMZB <-- terbaik..

    BalasPadam
  3. @Elyana Ahmad ツ

    mungkin sekali meninggal dunia di tempat kejadian. Masu headlines metro

    MATI SELEPAS UCAPAN TERAKHIR HARI JADI. RAKAN DIPERCAYAI MENGAMALKAN VOODOO

    BalasPadam
  4. aku ade perasan jgak benda cacat tu td masa post happy birthday dkt wall kwn aku.
    SHRAFMZB dari adik kau di mesirr.ahahaha

    BalasPadam
  5. aku rasa tatabahasa yang betul untuk entri kali ni ialah MENGHADIAHI . Mesti cikgu BM aku marah kalau dia baca

    BalasPadam
  6. hehe, SHRMZB jugak!
    xde feel langsung bila terlampau singkat perkataan ni..huhu

    BalasPadam
  7. HB! GBU!
    lol
    selamat hari raya arc :)

    BalasPadam
  8. SHMRMZB

    haaa.singkatan nama syarikat ape tuh.kekekkekee

    BalasPadam
  9. hahah...SHRMZB. IDHS (Ikhlas dari hati saya)

    hee

    BalasPadam
  10. agreeeeeee! haha..at last da jugak org post psl tu, seriously, it's too annoying! btw, selamat hari raya maaf zahir dan batinnnnnn

    BalasPadam
  11. memmang cacat bebenor kalau guna HB tu..isk2..

    BalasPadam
  12. budak2 sekarang suke noo guna bhasa cacat..cacat bahasa..=p

    epy raya's day arc..
    (wakaka..gmpak x ucapan aku..)

    BalasPadam
  13. HAHAHA.... HB?? SHRMZDB JUGAK LAH..

    BalasPadam
  14. yg last tu gediks..haha! voleyh? hehehe..XD

    BalasPadam
  15. "Kalau korang rasa itu ialah trend baru, maaf aku bukan seorang yang suka mengikut trend cacat budak zaman sekarang. Aku sangat berharap aku dilahirkan di zaman purba"

    Papanda rajin mengamuk.....

    Dasyummmm Pedang Gaban Z... mari slash HB...

    agaknya diorang rasa kalau taip HB dapat jimat Bandwith kot Ash.. takpun diorang takut spring keyboard longgar...

    SHRMZB JLDKR..... :)

    BalasPadam
  16. seni yang cacat. HAHA

    better tak ucap dari tulis takat tu. boleh mati kepenatan menaip penuh? HAHAHA

    lebih singkat dan padat, lebih singkat jugalah untuk menerima padatnya kutukan orang 'purba' macam aku. hehe

    BalasPadam
  17. HB = hebat.. =_="

    aku tak suka sebenarnya tengok ucapan short form ni, rasa macam tak ikhlas je. haha

    BalasPadam
  18. hahaha aku pun menyirap dpt just HB nmpak sgt x iklhas. biasa yg hantar HB ni mmg alien . aku x kenal dia, dia x knl aku . kalau x kenal, tayahlah wish. tak sakit mata nak tgk HB je!

    BalasPadam
  19. huh btul jgak per yg dkater~
    sungguh pelik+annoy HB tu -..-

    BalasPadam
  20. huhuhu..mungkin nak cepat, sbb tue taip HB jer..lebih simple dan mudah katanye..nie smua pengaruh budaya bahasa massage pesanan ringkas (SMS) lah nie..

    ~Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin..smoge ceria2 di pagi syawal..=) ~

    BalasPadam
  21. button like ade masalah ke?

    BalasPadam
  22. ceeettt apa daaa...


    haha selamat hari raya!

    BalasPadam
  23. errrr..memang annoying..ni namanye pemalas..

    selamat hari raya arc!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming