Langkau ke kandungan utama

Logik Sains "Islam" di Page Facebook

Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook, golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut.


Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni
"The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, Allah" (((hit the share((((( - source

Ditambah pulak dengan post zaman bila punya berita yang ada ngauman daripada kerak bumi la, saintis Rusia menemui bukti penemuan Dajal yang tak disiarkan oleh berita tempatan la..dan macam-macam lagi benda merepek padahal benda nota berantai ni dah tersebar berapa tahun dah, tapi ayat yang penemuan bunyi ngauman Dajal tu asyik je nak tersebar dengan menggunakan ayat "baru-baru ni...saintis telah..."

Berbalik kepada nota yang aku nak fokus dalam entri kali ni, entri yang guna ayat dalam kotak hitam kat atas tu. First sekali, dalam gambar tu, kalau bukan jelly, mestilah benda tu ialah hati haiwan yang telah dipotong-potong. Yang mengeluarkan bunyi lub-dub tu ialah jantung, bukan hati. Tak paham jugak aku kenapa dia nak guna gambar kat atas tu. Kuku pulak cat hitam, emo la gamaknye. Langsung takde kaitan dengan nama page yang share benda ni. "I'm proud to be muslim".

Sesetengah page, tak ksiahlah fanpage blogger kejar trafik ke, ataupun sesetengah page "Islam" facebook ni, share notes macam tu hanya untuk ramaikan ahli dia. Kenapa lah agaknya nak buat camtu? Kalau nak tarik orang ke arah Islam janganlah dengan cara menyebarkan penipuan dan fitnah. Air anggur Bibena haram la, daging kangaru IKEA haram la. Macam-macam. Faedah apa yang orang dapat macam tu dengan menyebarkan "Islam" melalui fitnah dan fakta palsu

Kesan buruk benda ni ialah orang akan label "Islam" (sebab page tu guna nama seperti I'm proud to be Muslim") sebagai agama yang penuh dengan benda mistik dan kepercayaan karut. Sebab dari apa yang aku nampak, mereka ni banyak menyumbang ke arah tu

So kepada bebudak yang jadi admin page macam tu tanpa reti menggunakan akal untuk check fakta, fikir la elok-elok sebelum post apape yang bakal mencerminkan kredibiliti page tu. Susah kalau ramai percaya dan sebarkan benda tanpa bukti.

Ulasan

  1. Ah benci aku bebudak yg bajet alim kat fesbuk.kekeke

    BalasPadam
  2. ok..faham... lepas ni kne check dulu baru boleh...
    1-like
    2-komen
    3-share
    4-recommended
    5-cerita kat kawan2...

    BalasPadam
  3. aku pun kurang berkenan dengan orang yang post mende tanpa bukti yang kukuh.


    tak ksiahlah pon bolehhh. kah3.

    BalasPadam
  4. Ntah, tak minat aku page2 gitu. Bak kata kawan2 aku... biasalah hati dah gelap mmg takley terima ape pon. Aku senyap je la. Mana mampu nk lawan hati2 cerah tu. Silau kot... haha...

    Aku tengok pon makin lama makin mengarut... aku takut nnt org bangse laen pikir laaa senang sgt nk pengaruh muslim yg taksub... terima bulat2 je ape pon kalo bende dari page islamik...

    Apape bende pon leh dibuktikan secara saintific... kdg2 takyah sains roket sangat... basic pomboley... tapi dasar suka pikir serabut2 sangat kan... ape bley buat...

    BalasPadam
  5. memang x minat nak baca dan share pun benda mengarut yang asyik di"share" kat facebook tu. kang nanti nak belajar dan cari ilmu agama bukan dengan ustaz lagi tapi, berpandukan facebook.

    BalasPadam
  6. aku tak pernah amik tahu dan share pon menda2 gitu..tp aku pelik jugak la bile ade yg boleh percaya tu..(-_-")

    fesbuk tak ngarut..user die je yg mmg dah makin ngarut..

    BalasPadam
  7. tau takpe, tolongla. dr zmn friendster kot bnda cam gitu. tbe2 ada blk kt fesbuk. ish2. heran sungguh.

    BalasPadam
  8. islam itu mudah. tapi tiba2 bila ada post2 yang cakap itu ini buat aku rasa macam compicated. jahil nye aku~ =.=!

    BalasPadam
  9. err, page tuh sebenarnya xbetul. mcm nk sesatkan org Islan. huhu

    BalasPadam
  10. abah aku kalau bab2 fakta ni, dia akan cakap, "bagitau sikit nama saintis yang bagi fakta ni?"

    agak2 ko rasa diaorang yg sebar ni boleh bagi tak? lol

    BalasPadam
  11. aku pon ade bace bende yg ko tulis dlm kotak hitam tu. then aku google la rub dub dub. yg keluarnye nursery rhymes rub dub dub ade la. sket lg nak tertipu.

    BalasPadam
  12. pandangan aku serupa macam ko..aku sokong 120%..

    BalasPadam
  13. Yg lawak, ada org boleh argue yg Islam maksudkan hati tu adalah hati sebenarnya..

    tapi diorag tak paham Bahasa Arab ringkas. Kolbu org arab maksudkan Jantung, bukan Hati atau Jantung hati..

    org melayu yg translet jadi Hati/jantung hati...

    hasilnya adalah kebingungan berabad2.

    Facebook adalah sarang Ustaz/zah wannabe...

    BalasPadam
  14. tu lah akibat main share je tanpa usul periksa :/

    BalasPadam
  15. lain kali nak share kena kaji betul tak betul.ish..bahaya akhir zaman

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...