Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep3

Maka dengan itu tamatlah sudah sesi berjalan-jalan di kawasan penggambaran LOTR kami walaupun tak jumpa Encik Legolas.
Hutan So Sweet ini telah menjadi saksi kepada apa yang kami dah buat kat dalam tu. Sila jangan berotak kuning sebab kami hanya main tangkap gambar je pun. Haha

Jangan ingat lepas balik trekking boleh tidur ye. Kami bukanlah beruang mahupun ular sawa yang perlu berhibernasi walaupun tak berapa nak penat. Tapi kami ialah arnab-arnab yang comel yang memerlukan belaian kasih sayang. Ah sudah merepek banyak..aku penat sebenarnya tapi takpe disebabkan korang rajin membaca, aku akan terus menaip.
Hoo chantek ah api yang kami berjaye idupkan. Asalnye api ni guna hanya nak suka-suka tapi disebabkan ada masalah dengan tempat BBQ kami, maka terpaksalah masak dekat unggun api juge. Dan dengan itu, terimalah lagu Eternal Flame.


Api malam kedua agak lebih senang nak dihidupkan berbanding malam pertama sebabnya aku duduk goyang buntut je kat tepi tu bagi sokongan moral. Kesejukan air sungai di sebelah pagi masih membuatkan aku biol sampai ke malam. Begitulah penangannya air sungai ya tuan-tuan.




Haa atas ni ialah gambar ayam yang separa sempat dimasak di tempat BBQ pakai dan buang kami. Tengok ayam kedua dari kiri, yang paling BESAAAR punya tu, tu aku punyalah sebab aku dah chop awal-awal lagi. malangnya ayam tu tak masak pun tapi takpelah, kata pun camping kan? Aku bedal je sebab memang kebulur time tu.




Selain tempat membakar ayam dan sosej yang super sedap slurp slurp, unggun api tu jugak digunakan untuk memanaskan badan, tangan, dan kaki dan apa-apa jelah yang boleh dipanaskan masa tu. tapi kalau nak panaskan hati dan otak, tak perlu guna unggun api, hanya guna assignment yang bertimbun saja. Senang. Lepas makan wajib ah tidur tapi boleh la pulak layan teka-teki sekejap. Oh ye, disebabkan ayam sangat banyak maka ada balance nye untuk dimakan pagi esoknye.

Ni teka-teki untuk korang:
"Kereta A bergerak 20km/j manakala kereta B bergerak 90km/j. Kenapa B tak boleh potong A?" Dah dah tidurr..




Pagi hari ketiga (hari terakhir). Pagi itu sekali lagi kejadian yang hampir sama dengan kehilangan kek Aww So Sweet berlaku. Beberapa ketul ayam telah didapati lesap! Mungkinkah jin yang sama yang makan ayam tersebut? Mungkin. Tapi apa yang pasti, jin tu kacak ya.

Gambar di atas menunjukkan jin tersebut mempamerkan sifat dedikasi beliau dalam aktiviti pemakanan seharian. Yelah, orang lain sibuk bergambar, dia tak ambik kisah pun, yang penting makan! Yeah! Tahniah ah jin sebab berat anda maintain 63kg.

Maka lepas habis menketedarah segala apa yang patut kami pun mulalah mengemas segala yang patut dikemas. Daripada lipat sleeping bag, cabut khemah, bersihkan unggun api, angkat baju kat ampaian kayu dan macam-macam lagi. Malangnya diri sendiri pulak lupa nak dikemaskan. Takpelah dah hari terakhir.

Tiba-tiba dalam satu kotak tu habis beras bocor, plastik berlubang bagai. Puas kami mencarik sape punya keja la yang rajin menggigit plastik-plastik berisi bahan makanan ni. Setelah puas menyoal selidik ala-ala CSI, rupa-rupanya penjenayah terbabit ada dalam kotak. Alahai comelnya tikus bulat-bulat nih.



Dan kemudiannya, makhluk yang aku bagi nama Nedo itu terlepas. Haiseh baru je ingat nak bawak balik umah bela hak3. Tapi apa pun, lepas tu tangkap gambar berdas-das untuk disimpan sebagai kenangan terindah. 

Haa gambar ni baru jelas kot nampak macam hungga hungga dah rambut aku. Takpe selagi tak cecah bahu aku takkan puas hati lantaklah huduh macam mana pun. Nanti balik Malaysia tak boleh nak bela dah sebab Malaysia panas. Sini sejuk takpe bole layan rambut panjang.

Okeh sebelum balik, boleh la pulak layan main Frisbee beberapa round. Sampai hari ni kami ketagih main benda alah ni. Seronok kot. Woof Woof.


BERSAMBUNG EPISOD 4~

Ulasan

  1. adeh..ku igtkn 3 rupenye 4..gagaga=P
    xpe ktorg tguu jgk~!!

    agak addicted la frisbee tuh~!woof2 jgk~=P

    BalasPadam
  2. cepat plak ko publish yg ni. mana datang plak tikus tu?

    BalasPadam
  3. huda
    ape yg 3 ape yg 4? haha banyak kot..aku rase nak tibai 2-3 ep lg..buleh buat sinetron

    Qiha
    maunye xlaju. aku penat ni baru balik makan. terus menaip hahahha

    BalasPadam
  4. ayam walaupun tak masak, mmg nampak sedap..
    tikus tu comel :)

    BalasPadam
  5. ayam yg besau je xmasak tp abes jugak hak3. comel kan?

    BalasPadam
  6. owhh..xde trgt nada crite masam2 manis tuh..bini tue die ckp " kupikirkn 2 rupenyee 3"..haha..
    tp btol la tuh..ak rsa bnyk bende best2 nk kna tulis..

    sinetron? layannn~=P

    BalasPadam
  7. hahaha aku otak tgh jem ni...penat weh naek tangga durjana tuh...esaimen bertangguh lagi haihhh

    BalasPadam
  8. salam,

    wah bestnya tengok gambar2 dlm nie :)

    BalasPadam
  9. xpe..alang3 dh 3, ckupkn 4 trus arc ye..ngeh3

    tu la..syg je tikus bulat-bulat tu trlepas..kalau x, nk bwk balik kwn ngan BUBU syaza..hak3

    BalasPadam
  10. yanmie
    oh silakan datang lagi sebab akan lebih banyak akan datang annti

    Ayu
    ah iyelah 4..ntah2 6 kot?hahah BUBU tu menatang ape?

    BalasPadam
  11. owhh..tangga tuh ak guna nk trun je..naek mmg SORRY la~
    same laaaa...beLAMBak~! xpe..pulun2~=P

    BalasPadam
  12. baik aku start buat skang. balas komen nanti2 lah haha

    BalasPadam
  13. gambar gambar ayam membuatkan perut semakin berkeroncong!!

    BalasPadam
  14. BUBU tu menatang yg bulat dan berbulu cam tikus tu..hehe
    tp syaza nye xbest, xleh gerak2 n brlari2 aka x alive cam Nedo..dgn erti kata lain ialah sekor teddy bear? er..bantal?

    BalasPadam
  15. nn
    sila g makan dikhuatiri anda mati kempunan nanti hahaha

    Ayu
    ohh teady bear ke..cheh2. Kang aku hantar Koko karang

    BalasPadam
  16. Koko bkn kena hukuman mandatory ke hr tu? kang bilik sepah2 lak klau hntar cni..hoho

    BalasPadam
  17. nyeh nyeh nyeh. sudah sedia terima komen merepek dr saya? wakakaka

    alolo gambar first tu mmg shuweet.

    okayh fined bolehkah jangan merepek. sakit perut ketawa okayh *merujuk kpd ayat psl arnab2 comel haha.

    hahahaha gambar jin tu comel sajek. org lain sibuk tgk kamera, dia sorang mnghadap mknn. ouh y penting ko masih lebih berat dr sy. bagus bagus. wakaka.

    gmbr ke-6, serius muka ko mcm muka bapa sy. haha.

    alolo chomel tikus bulat.

    nyeh nyeh nyeh. tlg jgn simpan rmbut hungga hungga anda. nnti mcm muka bp sy time muda. hahahaha.

    gmbr terakhir pun chantik.

    gila lah. brapa episod ni?

    okayh sudah cukop merepek. tunggu komen merepek untuk episod 4 pula. wakakaka BYE.

    BalasPadam
  18. berkenan betul dgn gambar kedua terakhir rambut hungga hungga tu, kenapa mata ke arah cik awek-awek ya?

    BalasPadam
  19. hmmmmm..
    baru syok nak bace.
    sekali pasang lagu eternal flame.
    terus biol.

    lain kali epal masuk balik baca.
    without turn on the song!

    BalasPadam
  20. errr...klu ak jwb teka teki tuh dpt sebijik laptop x??huehehe..
    tngkp gambar "berdas-das"??hahaha...eh,,entri ke3 ni ari terakhir korg camping kan??so lps ni x de smbungan kew???huhu...(..mengharap..)ceyh,,bangga ko...haha....

    BalasPadam
  21. AI
    wah panjangnye komen haha bagus2. Hmm muke aku cm bapak ko ke? kalau aku suruh basuhkan baju aku bole x? Taktaulah lagi nak buat berapa episod. Setiap hari punya cerita yang berbeza~

    Anis Amirah
    hahha abistu buat tanduk kat diorg haruslah pandang diorang. Takde mendeee

    epalejau
    biarlah lagu tu. Sedap pe

    BalasPadam
  22. aireen
    oh, mungkin ada lagi 2 episod sambungannye. tunggu aje wehhh

    oh ye, nak mintak maap kat korang sbb widget top commentators tu ade masalah so kene reset balik

    BalasPadam
  23. bahh capat buat episod 4. mau komen panjang panjang lagi. hakhakhak.

    hepp hepp. jgn ambik kesempatan thdp kaum y lemah. org punya laundry sndiri pun susah mau settlekan. wakakaka.

    BalasPadam
  24. esoklah kot...xpun lusa..aku penat lagi nih. Assignment beratur due isnin

    hahha kot ye pon cmne la nak anta ke sabah laundry haha

    BalasPadam
  25. hepp hepp. sabah sabah jangan sebut. org sndiri sudah lamaaa tak balik sabah. wakakaka.

    jgn risau lah der. wa tunggu entri episod 4 lu. wakakakaka.

    BalasPadam
  26. sedap sedap la masalahnyaaaaaa..

    ok da abis baca.
    da abis gelak.
    da abis pitam tengok gambar yang super duper kiut!

    tapi yang paling kiut adalah bila jin itu sedang makan.
    sama kiut sama si tikus bulat.

    BalasPadam
  27. mula-mula nak bertanya siapakah gerangan jin tersebut . tapi , jin tuu dah mengaku pulak . bagus betul :D

    btw , panjangnya episod untuk kisah ini . banyak sangat kisah menarik ka ?

    BalasPadam
  28. bile byk tayar spare ,
    frisbee lah jalan terbaik .
    hahahak

    BalasPadam
  29. tikus mane dtg tu?? ish3
    tapi ayam best..haha :))

    BalasPadam
  30. AI
    oh?ingatkan stadi kat Sabah jua

    epalejau
    oh sori2 pas ni taruk lagu rock k?hak3
    gamba mane yg kiut? ciss samakan dengan tikus lak

    farah
    jin tu jujur la. sebab dia baik. Panjang ke?kira pendeklah ni. banyak merepek je

    Aus
    alaa tayar aku kira besar tayar tamiya je. tayar treler ko yang kene bersihkan tu Aus hahahha

    iekaziz
    tikus tu haiwan liar beb...mmg banyak kat sana
    ayam tu sdp gle!!haha

    BalasPadam
  31. alahai...gmbr ayam kau tu buat aku lapar la pulak..huhu

    BalasPadam
  32. buat ko lapar?aku lak mmg sedang lapar. amcam?

    BalasPadam
  33. aku pon addicted ngn frisbee gak..kalo xpikirkan esaimen yg berlambak nih..mau aku turun pdng tiap ari..hahah...n ayam tuh mmg sedap~! tmbh2 sumer ngah kelaparan kan...lapar je memanjang...
    one more..gmbr last tuh ko ambek mne weyh...smart geLL~!!

    BalasPadam
  34. hahah same2 addict...gambar last tu ade dalam album nico tapi aku edit balek

    BalasPadam
  35. nyaman seyh Newzea..
    angkat DSLR 1 bro, barulaa menggoda blog ko ni..

    BalasPadam
  36. tq la tp xmampu den nak beli menatang tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...