Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep4

Setelah selesai main Woof Woof kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung.
Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh?
Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung.
Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir menggomoli beliau. Besar tuu. Macam salem kucing Sabrina The Teenage Witch pun ada. Ya udah, jum memasak!
Cara-cara memasak Mussels.
Bahan-bahan: 
  1. Mussels (wajib adela kalo x camne?)
  2. Beberapa titik air minum. Jangan letak air sirap.
  3. Sos yang umphh. Aku suka sos Life Thai.
Cara penyediaan:
  1. Masukkan air dengan sangat sedikit ke dalam periuk
  2. Sumbat seberapa banyak mussels yang boleh
  3. Kukus sehingga semua cengkerang terbuka. Kalau ketat lagi mussels tu maka dia masih hidup. Korang nak makan haiwan hidup-hidup ke?
Dan selepas itu  bolehlah anda bersuka ria makan dengan kawan-kawan memakan haiwan tersebut. Rasanya sangat-sangat sedap bila dicicah dengan sos dan mayonis. Boleh terliur dibuatnya. Air liur tu pulak boleh membentuk sungai. Okay merepek lagi.
Pose di atas diambil demi tujuan menayang bulu kaki yang boleh dibuat karpet cap Pakistan. nasib baik kurang jelas. Sesiapa yang nak tempah karpet bulu bolehlah menghubungi saya di fanpage. Setiap satu dijual dengan harga 7000NZD. Ingat senang nak tumbuh balik?

Tapi satu je yang tak best makan mende alah ni. Aku ialah salah seorang daripada beberapa makhluk yang ada alergi terhadap makanan laut. Maka dengan itu, bibir ku telah gatal-gatal lantas aku kerap menggigitnya apabila aku makan untuk round kedua pada keesokan harinya. Kalau ade minah saleh nampak, mesti dia ingat aku tengah menggoda dia. Ape-ape pun, tekak dan anggota badan itu gampang dong! Yang penting makan!!
Makanya tamatlah pengembaraan kami sepanjang 3hari 2 malam berkhemah dan bermakan-makan. Julung-julung terima kasih kepada senior yang sudi bawak kami jenjalan nih. Terharu gila sebab kami tak bersendirian di perantauan. Aww so sweeett!!

P/S: YOSHHH ASSIGNMENT!

Ulasan

  1. entry yg sengaja dibuat bertujuan utk buar org lapar dan terliur.. arrr arrr
    petang ni nak makan seafood la.. =)

    BalasPadam
  2. erghhhhh! dah tau alergi lg pegi makan buat apa sampai 2 kali round plak tu. HAHAHAHA.

    BalasPadam
  3. whoaaa smart la motor tu..tpi percutian korg ni mmng save bajet..i likkkeee....

    BalasPadam
  4. ow dalam class bivalve ea.. uhuhu.. aku rase benda tu dari claz gastropoda lah, ohohoh

    BalasPadam
  5. seronok bro...teringat zaman bercamping di Wales zaman belajar dulu...

    P/s :membaca sambil mengumpat buat kepala aku pening...

    BalasPadam
  6. erggghh! aku tk bape nk paham. ko jenjalan erk? kne bace drpd episode 1 ni. hishh..

    *jeles siot ko mkn bnde ala tu.. hish.. lapau! lapau.. muaaahahaha xD

    ko pkai topi, muke dak baik je.. hahahak!

    BalasPadam
  7. safiamira
    hahah makanla...ko ni ttiap kali datang mesti lapor. lenkali sediakan roti kat sebelah

    anis amirah
    heheh sbb bende tu sebab..geram r kalo xmakan..kang mati kempunan saje je

    shuhada
    bukan. Memang macam kupang tapi bukanlah. Entah kupang tu macamane aku pon xpenah tgk

    aireen
    hehe mmg bajet gile kot....moto tu semat tp bukan aku nye...nak beli tp lesen xde =(

    fid
    aku ada bukti Mussels ialah bivalve

    Eyriqazz
    ko camp kat wales?hehe nice 1...cerita la..nak bace

    mai
    haa ade pon dak kecik sorang ni. Mane ko gi? aku memang baik lah. Gambar aku free hair tu hensem x?

    BalasPadam
  8. err..menatang tuh adew kat mana ek??sabah ek??hoho..jarang ditemui lorh...ahaks.nmpak cam sedap.hehh.:)

    BalasPadam
  9. jauh perjalanan, bnyak makanan pelik-pelik. haih, terliur pulak.

    BalasPadam
  10. hoi hoi. assignment. haha. nasib baik aku tak suka kerang dan segala adik beradik kerang. so tak terliur pon.

    p/s : mesti bibir ko sexy kan lepas tuh. macam dalam cerita hitch. (terimagine plak)

    BalasPadam
  11. gila best kutip then masak terus je mussels tu.

    aku pernah tertipu ngan scallops. harap cengkerang besar, isi cinonet. dem.

    BalasPadam
  12. Arra jasmy
    Sila baca tajuk entry nih. Jalan-jalan Easter Break New Zealand. Bukanlah Easter Break sabah. In fact, Malaysia takde easter break pon =P

    lemonade
    ngeh2 terliur ye...g makan dey

    Qiha
    perghhh sexy dan blanket aku po bau mcm siot da pastu...hanyir gile...

    ismishahril
    hehhe g ni pon de gak yg cengkerang besau tp isi cinonet...hangin gak ar

    BalasPadam
  13. awww~ tamat sudah..
    camping yg best n sgt meaningful.~!
    sbb pastu kite sume lg close together..soO sWeett~=]

    BalasPadam
  14. awww
    pastu slalu men frisbee haaha

    BalasPadam
  15. agak la..
    sume da terer maen n addicted~! erghh..=P

    BalasPadam
  16. kahkah. ada niat mau kerja kat strip bar. pfffshhh. :P

    keganasan terhadap kucing. shessshh.

    "air liur boleh mmbntuk air sungai" haha gross.

    bulu kaki? ya, malas mau komen. haha.

    gambar terakhir kiut. ayu gila duduk bersimpuh. kalah saya. sy lg slalu dduk bsila. bahahaha.

    BalasPadam
  17. orang kate bibir gatal kerna tebu ditanam dibibir kot

    BalasPadam
  18. salam ziarahh....
    wahhh...seronok2~!

    BalasPadam
  19. huuuuuuu..tahu tak kerang adalah feberet epal? nyum..lapar..

    ARC, saiz dia besar mana? Malaysia musti takdek kan. Korang jumpa mende tu kat tempat korang camping ke? bes! jimat budget beli makanan utk camping :)

    BalasPadam
  20. adib and the geng telah menyebarkan 'aawww so sweet' itu kepada rumah kami pulak. kadang-kadang tersebut jugak. haha..

    btw, tak penah makan pun bende alah itu kat sini. teringin pulok.

    BalasPadam
  21. best gile oh rmai2.dlu ms kt kusess bnci sgt camping.lpas da hbs skola, ta pnah camping2 da.haha

    BalasPadam
  22. Huda
    ko je r terer kot...aku x

    AI
    xde niatlah...saje cakap2 kosong...mane ade ganas...kuceng tu ske kot...
    hahha sopan la namenye tu

    psenk
    tu peribahasa yang sangat twisted maksudnye senk

    cik kotak
    ....................

    epalejau
    lebih besar daripada tapak tangan...saiz die pelbagai la jugaktp yg paling besa saiz die lbih kurang 1.5 tapak tangan aku

    BalasPadam
  23. mesti sedap gila benda alah tu..ibarat makan oyster..hahaha

    BalasPadam
  24. HANA
    wajib sebut ah bende tu...seronok dah rasenye hahaha
    aaaa?da ade kt nz wajibla makan

    orked
    hahaha apedaaa benci camp. aku ske je time kt kusess dlu

    zack
    mungkin la kot...ak xpenah makan oyster...org miskin =(

    BalasPadam
  25. aku pun dah siap eseimen ahaha

    BalasPadam
  26. asal letak beberapa titik je air minum? haha.. masak mussels ni cm kerang kan..xyah letak air coz nnt air dr kerang tu akan keluar kan..so far yg aku tahula, dh tak reti nake xplain...

    pastu, klo ko alergik, mknla dlu ubat..cm aku ni ah..haha..tp klo dah lapar, sumbat je.. XD

    BalasPadam
  27. prob is, sejak aku tau aku ade allergy, aku xpenah pon ade ubat hahahha

    air kene masukkan gak sket...utk bg wap mmule...

    BalasPadam
  28. aku sentiasa ada. cume skng ni betul2 jadi biskut. kejap ada kejap tak ada. xD

    tak encem! aku suke free hair masa persembahan ko hari tu. =P

    BalasPadam
  29. mai
    aku rase same je gmbanye hahha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming