Langkau ke kandungan utama

Hari Mendung Diiringi Senyuman

Hari ni aku ponteng banyak kelas sebab nak siapkan assignment yang sepatutnya due pukul 3 petang tadi. Dahlah dah 2 malam tak cukup tidur disebabkan nak siapkan lab report Psychology, ni nak kena hantar assignment Mathematics pulak. So ada soalan taktau buat, kenala menuntut dengan Abe Kay student honors Math.
Tengah-tengah buat assignment kat Cotton Building (gambar) ni, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. " Attention to everyone, please evacuate the bulding". Maksudnya " Woi korang, cepat berambus keluar dari bangunan ni". Sebabnya? Nak buat latihan kebakaran. Latihan abah dia. Last-last haramjadah assignment yang separuh siap je aku hantar.

Balik-balik aje 'rumah kedua' aku, terus bukak laptop, main DotA. Tak larat dah nak main rugby sebab dah 2 malam tdo melayan assignment. Tengah-tengah main dota, tiba-tiba ada sekumpulan manusia jelita sampai rumah. Dan....(play lagu please)
Haa ni diaa. Surprise Party dari abang-abang dan kakak-kakak di New Zealand. Sedap kot kek ni. Buat sendiri punyaa. Bukan beli ye. Siap ada gambar topi aku lagi haha. Terkejut kot time tu. Tak sangka-sangka dapat kek.

Jom tengok jap sapela ahkak-ahkak jelita ni yang rajin benor memberi makan pada insan yang memerlukan haha. Eh ahbang pun ada bukan kakak aje ye.
Diorang ni 3rd year students kat sini. Ada yang ambik course Fizik, dan ada yang ambik course Maths terutamanya ahbang Nico ..|.. tu. Diorang ni dan-dan je datang time aku lapor. Almaklumlah aku lagi suka lepak kat rumah kedua ni. Cuma barang-barang je tertinggal kat rumah pertama terutamanya makanan.
Dibawah ni korang tengokla aksi-aksi membuka hadiah pulak.
Dan Yay! Dapat hadiah snowcap. Memang aku idup kat New Zealand ni hari-hari pakai snowcap. Sebabnya korang tengok gambar pun dah taula yang rambut aku ni panjang dan semak samun. Takkan nak tayang 24 jam kat orang kot. Rambut tu kalau nyamuk masuk alamatnya memang tak jumpa jalan keluar.
 
Haish bukan itu aje. Tak lengkaplah kan kalau birthday tanpa birthday card? Nah tengok gambar kad ucapan dari insan-insan yang sweet
 Gambar besar tu kad dari ahkak-ahkak jelitawan dan dalam petak pulak kad birthday yang dibagi pada aku waktu semalam oleh ahbang-ahbang. Sweet gila diorang ni.
 
Oh ye, tak ketinggalan juga rakan-rakan bloggers dan facebook sekalian yang mengucapkan Selamat hari Jadi pada aku. Kalau ada yang terlepas pandang, mintak maap ye sebab total semua wishes tu kalau nak selak balik satu-satu, kena tekan "Read More" sebanyak 10-11 kali.
Walaupun mak ayah, along angah ngan adik takde kat New Zealand untuk sambut hari kelahiran aku (kat Malaysia pun bukannye sambut haha), tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab aku ada 'family' lagi satu yang membuatkan hari-hari mendung diiringi senyuman.

Ulasan

  1. pebende tahniahnye..takde menang contest pun

    BalasPadam
  2. peh. memang masyuukkk dapat kejutan cmnii. ko ada simpan sikit takk utk aku kek tuu??

    NISECA suka merapu

    BalasPadam
  3. TAKBLEHHH
    sebab dah habis hahahhahha

    BalasPadam
  4. haha , seronoknya ada orang celebrate birthday :)
    baiknya abang-abang dan akak-akak kat sana .

    abang macam budak manja kat sana .
    hehe

    BalasPadam
  5. cheh buat ape simpan utk ko hahahha

    BalasPadam
  6. sempat lagi Dota tu...
    takpe, bday kita la time dpt paling byk notification, wall fb penuh dengan ucapan2 yg bermakna haha...
    well, hari lain byk je, tp byk yg nonsense la..

    BalasPadam
  7. haha biasak arrr abg kan comel hahahha

    BalasPadam
  8. alololo. kek tu cantik gila wey.

    cari pnuh fokus siape lah abg y ade dlm gmbr tu sbb nmpk ko je laki. rupanya ada abg nico hahahaha (ceh, mcm lah kenal kan LOL)

    wey hansem aah kau. sila la panjangkan rmbut lagi wakaka.

    BalasPadam
  9. utk aku makan la takan nak buat sapu kat muka ko lak huahua

    BalasPadam
  10. hehhehe hari2 kot dota skang. Aku on je kalo de org ajak
    Kirin ar die baru men dah ketagih hahaha

    BalasPadam
  11. hahah kalo dah orh yg membuatnye cantikkk mestila kek cantik LOL
    buat2 kenal je xpe haha...ko penah nampak die kan kat status2 aku...
    hensem apekah...aku dah gelap gila kot.

    BalasPadam
  12. comel kek tu...happy besday...meraihnyer smbt besday kt oversea....huhuhu...all da best...^_+

    BalasPadam
  13. yeyEAYYYYY~~!!! dpt capub kt blog asfan~
    muahahahha~=]

    BalasPadam
  14. sweetnye ahkak2 ngn ahbang tu... btw, kek sangat menarik. gambar topi ko kan atas kek tu? err ke aku silap?

    siren td cuma latihan je ke? aku tak amek tau. aku kuar building n masih menulis siapkan assignment tepi jalan. then masuk aku sambung lagi menulis. xtau ape yg berlaku. huhu...

    BalasPadam
  15. salam~

    hehehe... kek tu cumel ar... :)

    BalasPadam
  16. perrgh..bestnyer dpt selebrate besday ngan mmber..ihihihi

    BalasPadam
  17. hahahaha. jgn tukar gmbr topi kat blog ni, dah jd trademark. hahahahah. comel kek, comel birthday boy, comel ahkak2 dan ahbang2 jgkk.

    BalasPadam
  18. bestnye dapat kekkkkk.... sedap?

    BalasPadam
  19. sedapnyaa kek <33 nak nak hoi org tua nak

    BalasPadam
  20. okay, kalau dah kasi kek gambar topi mmg comel. HAHA

    BalasPadam
  21. wahhhhh~ ahbang arc dpt surprise cake lah.!
    petak mad hatter hat lak tu.. kui3.
    tania2.! makin bizi lah ahbang arc lepas ni.
    hahaha.

    BalasPadam
  22. mintak2 la dpt....snow cap jer...takpe2..hadiah ikhlas tu...hehe

    BalasPadam
  23. birthday ko ke? laaaaa. sorry lambat wish sbb aku tak ada dekat rumah nak jenguk blog. ngeee^^

    happy birthday! xD

    BalasPadam
  24. best dowh!!
    nk sket..
    haha!!!

    BalasPadam
  25. kek yg chumel. sesuai utk kanak2 11 tahun..ekeke ;p

    BalasPadam
  26. biaselah ahkak...saye kan dak kecik lg hehhe

    BalasPadam
  27. SNOWCAP ADIDAS ORIGINAL OK
    mahal kot

    BalasPadam
  28. hahha perli ke? skang aku bz ngan test n esaimen so susa nak g blog

    BalasPadam
  29. sedap gila!penuh kasih syg gitu hahahha

    BalasPadam
  30. this is SPARTA!!
    eh x..this is family hehhee

    BalasPadam
  31. ni jenis xbace ni haha...kan aku da tulis mmg gmba topi aku
    lol bole lak xpasan..aku bengang gle kot time tu

    BalasPadam
  32. dey apa da "oi pedo.?"
    xpaham ayat ko.

    BalasPadam
  33. waah. bestnya! happy belated birthday friend!

    BalasPadam
  34. kad dari ahbang-ahbang sungguh comel...kirim salam ye..hahaha

    BalasPadam
  35. topi merah tue daa jadi trademark ko daa
    hak hak hak
    arc si santa claus
    =]

    BalasPadam
  36. baru nampak gmba penuh tuan blog... kwa3..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...