Langkau ke kandungan utama

Aroha Nui Te Whanga-nui-a-Tara, Kia Ora Auckland

Bos, saya amat-amat sedih la bos buat saya camni. Sampai hati bos ye. Kalau dulu tiap-tiap kali nak tido bos peluk saya, cubit-cubit saya tapi sekarang ni nak tengok muka bos kat rumah pun susah. Saya taula bos ni memang tak rajin balik ke rumah. Itupun seminggu sekali je balik basuh baju. Tapi yang paling saya sedih, bos tak ajak pun saya pergi Auckland untuk game BERSATU 2010.

Saya fahamla bos, game BERSATU tu untuk student Malaysia yang belajar kat New Zealand je yang boleh join. Saya sedarla saya ni harimau je tak sehebat manusia macam bos. Tapi saya yakinla kalau saya main ragbi, sah-sah semua orang kalah dengan saya. Cuba bos bayangkan harimau main ragbi. Tapi bos lagi suka main frisbee kan? Semoga berjaya bos.

Tadi saya dah cuba nyuruk dalam beg luggage bos tapi bos jumpa la pulak. Spoil la bos ni. Saya nak ikut la bos! Ingat best ke duduk sorang-sorang? Boring tau tak boring!! Bos cakap taun depan bos bawak saya tapi haritu masa bos pergi kem, bos cakap macam ni jugak. Tercalar la hati saya. Takpela bos, sebagai seekor harimau saya fahamla kereta yang nak drive sepanjang 10jam ke Auckland dari Wellington tu memang tak muat.

Kalau Kak Fenny ada mesti dia main netball kan? Tapi saya tak rasa dia akan main netball pun sebab dia bizi dengan perniagaan ais kacang dia kat Auckland tu.
Bos, saya harap bos akan selamat pergi dan selamat pulang ke Wellington ni. Bukan apa bos, hidup ni malang tak berbau. Saya nak suruh bos hati-hati aje kat tempat orang nun. Saya mendoakan team bos dan WMSO dapat menang dengan hebatnya. Kalau team boss kena 'ayam', bawakla balik ayam tu untuk saya makan. Saya kan rimau.

Kalau lepas 2 minggu blog ni masih tak berupdate, bos cakap suruh buat solat jenazah ghaib untuk dia. Time tu muka bos serius gila tapi saya tak taula bos memain ke tak sebab bos ni sarkastik terlebih. Tapi saya rasa bos serius time tu. Tapi bos, kan saya rimau. Mane boleh smayang jenazah.

Saya akan tetap menunggu kepulangan bos kat atas lampu meja belajar ni sebab saya kan rimau peliharaan bos yang hensem lagi baik. Tanpa bos siapalah saya. Saya akan tetap menunggumu bos. Bos kalau ada internet kat Auckland sana tu jangan lupa update ye!!

Sekian,
Koko si Rimau Hensem

P/S: Maksud tajuk entry kali ni ialah Goodbye Wellington, Hello Auckland. Bahasa Maori tu. Te Whanga-nui-a-Tara ialah bahasa Maori untuk Wellington. Tempat ni asalnya tanah diorang tapi dijajah oleh European

Ulasan

  1. hahahaha.. akan ku buat solat jenazah dekat Malaysia ni. :P

    BalasPadam
  2. kejadah apa yang ko mencarut ni rimau...


    ko meh dok kat aku je la...


    aku lg cun dr bos ko...


    ******************************

    hehe...aku baru perasan ada VIP terbaik tu...banyak jugak aku komen ekk??padahal aku baru jumpa ja blog ni...=p

    BalasPadam
  3. sebetul betul yang memang betulnye.aku xpaham ape au citer.hahahaha.pasal yang tempat2 tue la.kejap auckland kejap wellington.pendek kate aku memang xpaham.

    yang aku paham, rimau tue comel.sekian terima kaseh.hahahahaha.

    BalasPadam
  4. ololololllooo comel nyeee ade patung rimau.. hahahaa ;p

    BalasPadam
  5. fuiyooooo!!! nk pergi rupanya. orrite! kemsalam kat zack ok! :)

    BalasPadam
  6. alorr..cian si koko 2..bubye koko..jumpa lg nti..keh3..;p

    BalasPadam
  7. sian koko fatot bos nye anta la gi pusat asuhan rimau nusantara ke idak la dia bosan duk sorg²..muehehe~ ^_^

    BalasPadam
  8. comeynyer rimau koko..huhuhuhu

    BalasPadam
  9. sejak bila ARC boleh faham koko?
    ada ilmu ye? :P :P
    ~selamat bercuti2 di Auckland

    BalasPadam
  10. Hi! Merry Christmas and a Happy New Year! Your Japan Day photos look like as if they were really taken in Japan.

    BalasPadam
  11. Great post! I want to see a follow up on this topic...

    -Sincere Regards,
    Heather

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...