BERSATU Auckland 2010: Rewind

Perjalanan ke Auckland kalau naik kereta ialah dalam 10jam, kalau naik bas dari Wellington pulak 12jam. Walaupun perjalanan tu agak menyeksakan lebih-lebih lagi kalau 'tangki' cecair dan pepejal korang penuh dan mintak dikosongkan, tapi ada hikmahnya: Dapat tengok view yang cantik seperti Mt. Ruapehu ni.
Cantik kan? Kalau nak maen ski kat situ la tempatnya. Aku sepatutnya hari ni nak pegi main ski tapi tiba-tiba terasa malas pulak. Duit pun dah habis beratus-ratus pergi Auckland, lagi mau main ski ka?

Ni pulak ialah gambar dinner malam terakhir kami kat sana. Pakai jelah apa yang ada john. Tu pun buat cukup syarat je. Kalau ikut kepala memang aku pakai t-shirt oren WMSO je. Disebabkan cerita terlalu panjang maka aku buat daripada latest to oldest je la ye. Itula sebab kenapa start dengan closing dinner.

Mula-mula kami duduk memang seronok tengok Ferrero Rocher dua das atas meja dengan air oren yang walaupun tak fresh, bolehla buat minum. Bila time makan, kena pulak stail buffet, memang panas je la hati menunggu sebab meja kami lambat gila dapat turn ambik makanan. Orang lain dah habis makan barula kami terkedek-kedek nak ambik makanan.

Bila bosan tahap cipan, mulala berperangai macam cipan sikit. Gigit garfu, laga-lagakan garfu dengan pisau, isi jus oren ke dalam kotak guna straw, dan lain-lain lagi termasuklah mencaci MC yang bercita-cita nak masuk Raja Lawak.
Bila dapat makanan pulak, bolehla tahan sebab kami memang aasimpan perut untuk menjadi kebulur di malam hari. Tapi kalau letak KFC dengan dinner malam tu, aku akan ambik KFC.

Yang paling tak leh blah, dessert lemon+cheesecake. Aku rasa sekali je terus trauma takmau sentuh dah menatang tu. Rasa macam gigit selipar. Overall dinner tu just nice la. Persembahan tu aku rase takde pun takde pun takpe, dan MC cari orang yang betul-betul boleh bawak majlis dan tak bercita-cita untuk masuk Raja Lawak.

Sekian, laporan dari Wellington untuk hari ke4

Ulasan

  1. sapekah MC tersebut? haha

    nway, cantik header blog. cam kanak-kanak rebina :D

    BalasPadam
  2. Bestnya....teringin aku nk ke NZ.blnje tiket flight n hotel ak.hak3!

    BalasPadam
  3. perero roce braper ringgit kat sana?
    murah tak

    BalasPadam
  4. haha , sakan betul bercuti ni . mesti best kan dekat sana .

    gambar no 2 , kacak ! :)

    BalasPadam
  5. hahaha...lawa header..best kan klu dpt men ski..aku pon tingin nk men salji..hahahahaha

    BalasPadam
  6. smart aaa

    intro skit port2 nk shoot gambo ni bro~

    BalasPadam
  7. MC tersebut seekor makhluk yg lembut2...xkenal la sape...tp mmg panasss je bile die cbe buat lawak

    MK Kimi
    aku pon tak terbayar sendiri punye lg nak bayar utk ko lak

    syahira ariff
    xtawla xpenah beli...same je kot mahal

    farah
    thank u

    apiih
    aku pikir2 budget malas lak nak g maen....kang xkan nak makan selipar je kot

    sylver-shooter
    aku ade tulis nama gunung tu kalau bace btol2.

    BalasPadam
  8. dont like cheesecake..^^

    BalasPadam
  9. apasal header hang makin comel ni?

    BalasPadam
  10. oklah. mmg dpt tengok view lawa. 12 jam aku tidur je hehe..

    BalasPadam
  11. I hope ShonKey calls an election soon. The country is getting stupider by the day with this pack of morons in charge.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming