Langkau ke kandungan utama

En Guarde!!

Antara cara terbaik melepaskan tension ialah mengamuk. Baru je tadi aku menghancurkan 1 wireless keyboard beserta mouse dan menyimpan alat jahanam terbabit di dalam tong sampah. Tapi sila jangan amalkan benda ni sebab ia bukan cara yang sihat untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Apa-apa pun, aku kena beli keyboard yang lebih efisyen, bukan daripada Firstin.co.nz yang gampang tu, dan jugak bukan barangan Microsoft. Kalau dah produk lama tu discontinue je la, apsal bangang sangat nak jual lagi?

 Okay, cukup pasal cara tak sihat melepaskan tekanan. Cara yang sihat ialah dengan join aktiviti kelab. Kalau aktiviti kelab tu memenatkan dan memaksa anda membuat benda yang anda tak suka, lebih baiklah jangan buat sebab secara logiknya tekanan akan bertambah. Macam aku, aku join kelab Fencing disini.
Kalau banyak tenaga untuk lepaskan amarah, mungkin lebih elok disalurkan dekat aktiviti macam ni. Lantaklah korang nak cakap membazir ke apa ke, tapi ini ialah alat utama aku lepaskan tension. Kalau nak mengharapkan laptop, setiap kali bukak je skrin akan tunjuk assignment dan test yang banyak beserta tarikh-tarikhnya. Siapa yang tak gila macam ni?

Dalam Fencing, ada 3 jenis pedang: iaitu dari atas sekali ialah foils, yang tengah tu ialah Sabre, dan yang di bawah sekali kita ada Epee. Sabre tu bolehlah korang bayangkan penggunaanya sebagai pedang dalam cerita Pirates of The Carribean; dia boleh libas-libas orang tapi untuk foils, hanya boleh buat pergerakan mencucuk. Epee pulak tak confirmlah pakcik sebab aku tak ambik kelas Epee.

Target pun ada beza jugak. Foils hanya boleh cucuk bahagian torso (badan), Sabre hanya boleh serang bahagian atas pinggang, tapi Epee boleh serang mana-mana bahagian. Tapi Epee ialah pedang yang bapak berat, 750g. Memang tak berat mana pun tapi kalau dah dok mengayun benda tu 2 jam dengan sebelah tangan, agak-agak lenguh tak?

Paling best bila fencing ialah time ko dapat free fight. Lepas belajar dan praktis sikit, of course la nak tikam orang kan? So kami dapat opportunity tu dan hari Rabu haritu kitorg buat free fight and flag capture. Main libas je la sape-sape yang terkena dan berusaha untuk rampas bendera pihak lawan. Oh lupa nak cakap rules fencing: Wajib pakai mask, jaket, dan glove, jangan abuse senjata, dan jangan halakan mata pedang ke arah orang yang tak pakai mask.

Ni gambar knight zaman bila entah. Satu benda bila rambut anda berjela -jela, lembut tapi tidak terurus, ialah bila pakai mask tu, rambut-rambut sekalian akan asyik mencucuk mata anda. Mungkin diorang pun nak fencing kot. Maka dengan itu, mereka dicantas dengan kejam oleh makcik barber beberapa hari lepas. Aku tak tahulah kalau ada orang baca barber tu sebagai Justin Bieber. dan juga, tamatlah cabaran 3 tahun tak potong rambut.

So, disebabkan hari ni aku distress sangat sebab tak boleh nak buat assignment, maka esok aku akan libas opponent aku sekuat-kuat yang boleh. En Guarde!

Ulasan

  1. wah..bagus gak idea cr nak melepaskan amarah nie... nk try gak la..

    BalasPadam
  2. kalau aku betul2 marah, benda2 yg jadi mangsa aku ialah, keybod lappy yg pernah tercabut2 hurup dia sampai patah2. lepastu spek, aku baling ke dinding sampah patah 2. then handphone. kira ok la dari aku dok bawak pisau carik org yg aku geram tu kan? wakakakaak

    BalasPadam
  3. Uishh, ganas cara tu. Takut eh main pedang2 ni padahal suka tengok orang dok lawan2 pedang ni. Apatah lagi cite Pirates of The Carribean. ;p

    Bila baca entri ni, baru tau pedang pon ada jenis2 nya. Kira macam kayu golf la kan. Macam2 jenis.

    P/S: Mengganas secara berhemah :)

    BalasPadam
  4. errr...taknak kot main benda tu..takut.huhuuuuu..rasa macam walaupun da terlindung dek pelindung, taip tengok benda tajam tu kena hunus kat kita akan buat epal pitam kejappp..

    BalasPadam
  5. sile2 jangan stress2 ok :D

    macam seronok plak nak main epee tuh.en guarde!!!

    BalasPadam
  6. Sakit tak bila cucuk mata pedang tu ke badan?

    BalasPadam
  7. haha muke arc nampk baik sgtla dlm pic tu ekeke

    BalasPadam
  8. amboi..dapat jadi ahli pedang2 ye?
    dun tension2 la arc!!

    BalasPadam
  9. owh..dasyat die nih ngamuk sampai mcm tu..daripada jahanamkn bnde tu..baik bg kat sy..hehehe

    BalasPadam
  10. ierah_,yra
    di Malaysia sukan ni amatlah jarang. Hampir-hampir takde pun

    Fiffy
    aku hancurkan keyboard tu sbb die rosak...kalo spek xdelah aku nak baling...mau xblaja kang

    azlina aziz
    err utk sukan ni ye la ade 3 jenis...kalo pedang betol xtau ade bape jenis. tu belom kire pedang samurai lagik

    BalasPadam
  11. epalejau
    mata die xbrape tajam pun. Ala-ala tumpul je tapi kalau kena rejam mmg agak sakitlah bole lebam.

    lolita
    Epee boleh attack seluruh badan. ye ah mmg pikir seronok nak ayun sana sini tapi nak guard diri sendiri pun leceh gak haha

    ~HANA~
    tetiap kali jmpe Malaysians saje dekat WMSO amat2la bosan!

    MK
    macam kena rejam dengan batang penyapu je sakitnya. bagi sstgh org mmg sakit gile ar nak2 plak radius mata die kecik.

    BalasPadam
  12. ieqa
    nak buat cmne kan?anugerah Allah~hhahahah

    missnina
    ye

    syahira.ariff
    geli?ape kate aku tikam ko 2-3 kali baru tau ape rasenye kan :P

    Nurul
    benda rosak Nurul nak buat ape? :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...