Celaka Punya Amilia

Harini handphone aku dikejutkan oleh satu SMS dari pengirim yang takde dalam rekod phonebook. SMS tersebut berbunyi:

Can u come to Skype?
Aku dengan penuh peliknya reply la SMS tu kot-kot budak kelas aku ke nak tanya soalan. Nak on Skype pun malas sebab time tu aku bukan dekat rumah. So, laptop tinggal dekat rumah sekali lah. So, aku tanya "Who's this?"
 Dia jawab:
Amilia

Eh celah mana pulak aku ada kawan nama Amilia? Mungkin budak kelas aku yang berbangsa New Zealand kot yang hantar. Tapi peliklah jugak sebab celah mana pulak dia dapat nombor fon aku? Adakah no fon aku telah di'stalk' oleh para gadis New Zealand Oh, berasa hot seketika. Tapi aku balaslah jugak "Do I know you?" Dan dia reply:
Amilia
Rasa tak sedap hati dah ni. Ni manusia ke atau hantu? Sesampai aja kat rumah, aku terus check nombor fon yang hantar SMS tadi dekat fon lama. Tiada rekod. Dan masa tu baru perasan yang nombor fon tersebut ialah +9471303XXXX padahal nombor fon standard New Zealand bermula dengan +64XXXXXXXXX. Dengan penuh rasa ingin tahu aku check online.

dan ternyata Amilia ialah hantu. Hantu punya Amilia. Habis tinggal $6 je kredit vodafone aku. Dahla tengah takde duit ni. Benda ni kira lebih kurangla dengan spam ym yang ajak tengok video bogel kat website tu. Terkena dah aku. Cis

Ulasan

  1. macam paham, tpi cm konpius sket r.paham kot. haha

    BalasPadam
  2. KAH KAH KAH amilia ni mana lh dia tahu nombor ko kan, aku pn tatau dia bole tahu. ini tidak adil !

    BalasPadam
  3. rasenye amilia ni sje main tekan tekan kot, then tros jmpe num. abg. walawei~ abg hot gitu :D cayalah :P hee

    BalasPadam
  4. haha tuelah hot sgt kang dh kn kacau..nightmare x mlm tue??haha hari ni amilia esk lusa spaer laks eh??haha

    BalasPadam
  5. saLam arc~

    ahaks~ cian awak eik?? len kali jgn di layan jika no tak di kenali... :)

    BalasPadam
  6. tak paham laa apan...apa yg cuba disampaikan neh..??

    *mals nak taruk nama..so hari neh jadik anonymous*

    BalasPadam
  7. ko ptt reply yang last tu 'are u crazy??' hahaha

    BalasPadam
  8. heheheheheheheheh.
    nak gelak tp tak sampai hati.

    BalasPadam
  9. dia nak ngorat ko kot. xD

    BalasPadam
  10. amilia ? nama kemainnn haha. ish, cuak gila kalau hantu -.-

    BalasPadam
  11. post updated utk kefahaman yg lebih :)

    BalasPadam
  12. haha, adoi.. mmg celaka~ XD

    BalasPadam
  13. haha. mane tau minah nigeria ke ape. haha

    BalasPadam
  14. hihi, sian kamu.. ^_^

    BalasPadam
  15. ada jugak eh bende cenggini?

    baru ku tauu

    BalasPadam
  16. anggap ajer secret admirer gituh... eceh!

    BalasPadam
  17. org pernah dapat sms mcm ni.

    "remember me? Im Alicia, I sit beside you in the class." (mcm tu la bunyi nye)

    pastu mama kate, jgn layan kak, dia nk curi kredit tuh, kawan ofis mama dah terkene.

    p/s: kebetulan mmg ade kawan skolah bernama Alicia.

    BalasPadam
  18. hahaha,,
    jgn la sedih2 k..
    i topat untuk u k..
    :)
    lain kali kalu dpt bnde stranger cam tu
    jgn reply lagi okey?

    BalasPadam
  19. zam
    memang rasenye org Nigeria la tu kot

    kak Chique
    cheh secret admirer harusla menambahkan kredit fon hahhaha bukan memperabihkan

    Nurul
    hahha yela tuuu
    NZD20 ialah nilai min utk topup vodafone'
    kalau convert da dekat rm50. sanggup? :D:D

    BalasPadam
  20. i got few sms from germany. they were full of craps. ew. eeeeewww~

    at least u got the name hihi!

    BalasPadam
  21. hahaa.. lain kali hati2 yer.. xkenal xyah rply.. kalo urgent tentu2 orang tu call balik :P

    BalasPadam
  22. kah kah kahhh~! padan muke! ngeeeeeeeeeeee.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming