Langkau ke kandungan utama

Timbang Berat Blog dengan iWebTool

Mukadimah entri kali ni dimulakan dengan satu pertanyaan retorikal iaitu adakah anda tahu berapa berat blog/website anda? Berat blog diukur dari segi berapa lama masa yang diambil untuk loading page tersebut dan ini juga bergantung kepada servis internet yang anda guna. Kalau anda guna Celcom Berukband pada hari Ahad tengah hari, memang punahlah harapan nak bukak site tersebut.


Kalau blog anda ringan, orang pun suka datang blogwalking sebab tak perlukan banyak masa untuk loading page anda. Alah korang mesti tahu semua ni kan. Tapi in case lah korang tak tahu, bolehlah masukkan link di bawah ni.



Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)


Anda disarankan mengekalkan berat blog di bawah 100KB ye. Blog www.arcx13.com adalah seberat 80KB. Agak berat sebenarnya tapi nanti-nantilah baru aku cari template baru. Sebab template Google punya Template Designer ni raw saje dah 50KB. Kalau berat blog korang dah sampai 150KB, baik korang wartakan blog korang sebagai website kerajaan je sebab susah sangat nak masuk. Sesiapa yang pernah merasa checking result permohonan UPU ataupun PLKN pasti tahu punya azab tersebut.

Jom kita test Blog !ARC13! dengan Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (MOHE)


 Nota penting: 
Size: Berapa beratkah blog anda
Load Time dan Average Speed bergantung kepada berat blog dan kelajuan internet anda.
Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Tidur lagi bagus.
Cheerios

P/S: Cantik kan stokin aku? muahaha

Ulasan

  1. haa o second for govermont website . whoaaa ! rajinnya check :D

    BalasPadam
  2. hahaha.aku faham! :P aku slalu rasa nak offer kerajaan buat web baru. tp itu cuma cita2 yg terkubur di seluruh benak hati pasal page blog sendiri pon aku malas nak tukar xD

    BalasPadam
  3. aku nk komen sbb nk jadi salah sorang pembaca comel jer..haha

    BalasPadam
  4. aku sebenarnya tertanya-tanya apakah motif stokin terbabit. rupanya stokin ko! tak percaya dowh -___-"

    aku punya blog ~119kb. cam tak percaya je. bukan ada iklan pon kat situ. widget pon sikit. apekah yang menyebabkan dia lagi berat dari blog ko? cess cess

    BalasPadam
  5. eh tapi load time aku 0.1 seconds. hik hik

    BalasPadam
  6. alamak! 100.5kb..
    skang br tawu.. Thanks!

    BalasPadam
  7. aku punya blog
    78.66 KB 0.48 seconds 0.01 seconds

    okay lah kan tu?? hahahah! :D

    BalasPadam
  8. cunn...76.77kb...hahaha

    BalasPadam
  9. pelik.

    size: 115.2 KB
    load time: 0.4 seconds
    average speed per kb: 0 seconds

    haha. xbrp nk fhm la en arc. knp size blog lagi besar than your blog tapi load time lg pendek than yours?

    BalasPadam
  10. wuwuw~ blog ak nyer berattttttttttt sgt 142.78 KB..tp load time 0.79 sec and average speed per kb cuma 0.01..lalala

    BalasPadam
  11. rakyat yg bagus!
    tahniah!

    ~ DanieL AdiE ~

    BalasPadam
  12. ha'ah la asfan, ak slalu je klik blog ko nih. tp last2 [x] laju2 sbb sakit hati bile kuar header je~

    eh nm kau asfan kn? hiii sesuke ak jek XD

    BalasPadam
  13. hahaa..blog aku dah bg simple dah..tp berat gak..

    Entri terbaru : Aku, Exam dan Akhir Sem

    BalasPadam
  14. yeay!tak sampai 100kb dan 0.02 saat jgk ;)

    BalasPadam
  15. aku punye 115.12kb. damn!
    load time 1.15sec lalalala~ no wonder. baru kutahu.hahaha

    btw, tengs entry

    BalasPadam
  16. wannurfaizi
    Sebenarnya aku nak cakap yang website MOHE sangat2 berat sampaikan iwebtool tu xboleh nak detect hahahhaa.

    BalasPadam
  17. HANA
    Kekadang sesetengah template memang dilahirkan berat nak mampossss haha

    BalasPadam
  18. Kepada yang lain. kalau nak bagi homepage ringan antaranya ialah sila limitkan homepage anda kepada summary entry sahaja xpun letak 1 entry sahaja di depan. So die xpayah loading banyak2

    Kalau berat tp loading time laju, tu ialah anugerah. Haha aku xtahu apsl jadi cmtuuuuu. Demmmm

    BalasPadam
  19. mine is 0.01 second, about 105 KB. not bad eh.

    BalasPadam
  20. Still light as. I think the important cue here is the loading time lh kot? hehe

    BalasPadam
  21. adeh..lebih 100kb jgk lee..mmg berat pon..mcm tuannye..

    BalasPadam
  22. hahah Epalejau jgn ah cmtuuuuu.....

    BalasPadam
  23. Is better you use http://tools.pingdom.com/ to know which script on you blog loaded slow.

    BalasPadam
  24. thanks amoi! smalam aku da guna tp terlupa link ni hehe

    BalasPadam
  25. atieabid kakak kepada epalejau..=)

    BalasPadam
  26. @IRAH HAJERAH AZMAN

    Tinggi gile ahh cita2 nak buat web utk kerajaan hahahahaha

    BalasPadam
  27. @anDi

    Asfan tu sapa? Pemilik blog ni bernama ARC. Lets stick with tht rule

    BalasPadam
  28. adoii pening pale r nak adjust blog kasi ringan..ade idea x?? plz komplen blog ika sikit ngeee

    BalasPadam
  29. @ieQa sWetLuv
    loading time pendek tp sbb internet nz laju kot. tp masya Allah berat nye 130KB haha. tgk entry buang lemak pls

    BalasPadam
  30. salam..hmm..i punye 163.98kb..ckit lg nk 164kb..huhu..nt la i remove kan apa yg xptt..thanks bro for this information..=)

    BalasPadam
  31. stokin itu comel. tp jadi geli lepas tau siapa si pemakainya (-_-")


    :P

    BalasPadam
  32. aku linkkn blog kau kat blog aku psl bde nieh
    heheeh

    BalasPadam
  33. 99.33 KB 0.56 seconds 0.01 seconds

    BalasPadam
  34. 90.77 KB 0.4 seconds 0 seconds ..adeh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...