Halloween Wellington City New Zealand

Semalam masa tengah-tengh membosankan diri buat template blog baru, telah muncul satu wall post dari seorang sahabat di Wellington. Dia kata dekat Civic Centre ada sambutan Halloween tapi tak pasti apa yang ada dekat sama. Maka aku pun menyeret kaki ke lokasi kejadian bersama kak sedara.

Tengok kanak-kanak comel berlari kesana kesini dengan baju ahli sihir dan spiderman merepek-repek. Tapi comel jugak. Entah bila aku nak dapat anak sendiri. Haha. Kami jalan-jalan lagi dekat area tu mencari benda-benda yang menarik dekat Civic Square Wellington City ni.

Ni kira menarik la ni kan? Hantu 2 ekor ni suka merayau kat tempat tu sambil kacau anak-anak kecil yang tak bersalah dan juga bagi diorang gula- gula. Ada yang menangis melalak sebab takut dekat hantu 2 ekor ni. Kenapa nak takut eh? Yang kiri tu comel kot. Rasa nak ngorat je. Tapi gambar bawah ni haruslah takut.

Kalau aku jadi anak-anak comel tu mesti aku takut jugak kot. Tapi dah besar panjang ni nak takut buat apa lagi. Jadi disebabkan tak takut, satu demi satu hantu tu dipaksa tangkap gambar dengan aku.

Gambar 1 dengan gambar 2 tu bukannya apa. Aku takut air sembahyang aku batal je sebab aku ingat balik daripada event tu nanti aku nak solat Maghrib terus dekat rumah member sekitar situ. Kalau batal leceh ah nak ambik balik, kena tanggal stokin etc. Dahla sejuk. Kalau korang terasa nak tengok video band hantu-hantu ni macam dalam gambar keempat, sila klik PLAY di bawah.






Sumpah rasa menyesal sebab tak bawak camcoder Sony aku. Kebetulan pulak bateri dah habis sebab tak cas lepas balik Konsert Paramore New Zealand haritu. So video atas ni guna Blackberry 9530 aje. Lepas habis jalan-jalan tengok semua tu maka aku dengan kak sedara pun baliklah. Duduk lama-lama pun bukan dapat gula-gula. kalau dapat pun belum tentu gula-gula terbabit halal.

Dan Photo Of The Day kita kali ni ialah.."Mommy, tolongg!!"

Okay itu saja. Cepat klik butang LIKE di bawah ni.
Cheerios!!

Raw Photos| KammAbdullah

Ulasan

  1. alamak boleh tahan hensem lah kau ni WKAKA

    weh, kau jadi la pontianak ke toyol ke, confirm dorg tekejut hantu apa ni

    BalasPadam
  2. @Liyana Lunia.
    hehe tang hensem tu hati2 sikit LOL. Aku rase kalau mat saleh tengok hantu Malaysia mesti takut gila

    BalasPadam
  3. hahaha~
    aksi kau comel amat di tepi hantu2 tu~

    >.<

    BalasPadam
  4. -jerit-
    wey.kanak-kanak itu sangat comel xD . Boleh tolong kirim kan kiss??

    Smalam aku terbaca wall post member di Manchester menyeranah anak melayu muslim yang beriyo-riyo sambut Halloween bagai. Bawah tu wall budak Local Islamic Universiti (malas nak sebut nama. sila teka sendiri) merengek kene study n tak leh pegi Halloween parti. Aku geleng kepala ketawa sendiri *tak gila lagi*

    Kesimpulannya fikir2 lah sendiri

    BalasPadam
  5. @IRAH HAJERAH AZMAN
    LOL! lawak gila kot. aku tgh bosan time tu tibe2 ade member roger...aku pon g r tgk pemandangan huhuu bukan sambut

    BalasPadam
  6. @[z@ck]
    aku pegi setelah siap wrapper blog wmso haha

    BalasPadam
  7. waaaaaaaaaa!!!!!!!! besttttt! eit! comel la header! awat x gtaw awl2, leyh tag kt contest :|

    BalasPadam
  8. @ema fatimah
    hehe ema sorry ah aku tgh xde mud nak join contest

    BalasPadam
  9. siang tak takot ah. cuba buat malam. hehe

    comel lah hantu-hantu itu. dan tidak ketinggalan baby last tu. comel gile kot. yang pakai cap tu erm jap jap pikir. tak comel. tak comel. ayu je.

    BalasPadam
  10. gila comel la hantu putih tu..haha i loike..

    BalasPadam
  11. yg sorang tu yg ada kejar budak dalam video tu kn?? hahahaha!!!

    BalasPadam
  12. weiii. kau dah beli bb eeeeeh. berape wei?

    BalasPadam
  13. Mcm suci je ayat takut tebatal air sembahyang hehehe

    Gambar last paling comel sbb tak da muka ko!!!! =P

    BalasPadam
  14. nk anak sndre kawen r... :p hehe

    sy ada ramai anak 400 org, wat parti halloween meriah neh..harharhar

    btw, nice pics!

    BalasPadam
  15. budak dalam gamba last skali paling comel!haha

    BalasPadam
  16. @ARC™
    yup, i can see that :P. kalo sambut kau akan pakai costume pontianak aku yang.. ~..~ sangat ntah ape2 xD

    BalasPadam
  17. @~HANA~
    Cis hana..ohoooo membahan aku ye....xpe2 ak igt :P

    BalasPadam
  18. Seriously aku jaga air smyg aku. kat sini sejuk so malas ah aku nak amek lain

    BalasPadam
  19. budak kecik kat pic last tu..tolong bawak balik sini bole??? hehhehee :)

    BalasPadam
  20. happy halloween!! ehh.. jumpa twitter baru ku rajin jenguk sini lak.. ehehe. sori bout tht

    BalasPadam
  21. budak kecik last tuh sumpah comel giler..
    rase nak picit2 die jek
    xD

    BalasPadam
  22. hantu tu macam lawak pun ade gak kalau siang2..hehehe.xtaula kalau jumpa malam2.. T-T

    BalasPadam
  23. semangat tul diorg ye.. Tapi kenapa aku tak nmpk ada org yg pakai costume lady gagap??? Katanya costume paling popular tahun ni.. LOL!

    BalasPadam
  24. @Jard The Great

    nah sokay. jangan wish kt akulh...aku xsambut lol

    BalasPadam
  25. ciss.
    dah bpe kali aku refresh part gambar ko mesti x keluar?
    saje xnak bg tgk ko.
    so,aku tgk budak kecik tu je la.
    hololoh omey omey!

    ahahahaha

    BalasPadam
  26. @Ery Farieha
    ery saiz dia besarrr tu pasal lambat loading....ko tgk kt sini weh http://feeds.feedburner.com/arc13

    BalasPadam
  27. hallowen ni memang hantu je ke beb..?
    aduh..scary lak ku tgk.
    dah sakat2 bagi gula2 pula ye.

    BalasPadam
  28. haha comel yg gambar budak kecik last sekali lepas tu comel sbb taknak batal air sembahyang dan paling comel utk entri ni bila nak ada anak sendiri pfftt.haha.

    BalasPadam
  29. @ANYS AMYRA
    well, org comel kann nak wt cmne hahahhahahaha

    BalasPadam
  30. coomel. (bukan anda. hantu itu) k, anda comel jugak, sikit je. *ambik hati* :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming