Langkau ke kandungan utama

Roller Blade di Oriental Harbour

WELLINGTON, 8 Nov - 3 orang pelajar berkerakyatan Malaysia telah dikesan membuat aktiviti yang diragui faedahnya kepada manusia sejagat. 3 pelajar tersebut di mana 2 daripadanya memakai kasut roda dan seorang lagi menaiki skuter kanak-kanak telah dikesan berlegar- legar di kawasan Oriental harbour sekitar jam 6 petang semalam.


Pelaku pertama (dalam gambar) telah dilihat tergolek sekali di hadapan khalayak ramai dengan posisi punggungnya mencium lantai terlebih dahulu. Adapun beliau dengan muka selambanya telah bangun sambil bersiul kecil-kecilan supaya orang lain tidak perasan.


Setelah dipujuk dan dibayar beberapa ratus dolar, maka dua daripada mereka telah bersetuju untuk bergambar di hadapan wartawan kami dengan tujuan komersial aktiviti berkasut roda di Wellington City yang juga merupakan ibu negara New Zealand, dan bukannya Auckland. Tidak seperti ibu negara Malaysia yang penuh dengan warga Nepal, Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar yang terutamanya berpusat di Jalan Pudu, ibu negara New Zealand amat santai dan mempunyai banyak infrastruktur supaya aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan.


Antara tarikan lain di kawasan ini ialah taman permainan yang comel khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang keanak-anakan apabila tiada kanak-kanak di kawasan terbabit. Objek seperti ikan paus berwarna biru dan motor berwarna merah sama sekali tidak mengajar anak-anak kecil memburu ikan paus (Jepun) dan mengamalkan budaya bodoh mat rempit (Malaysia). Kekuatan alat permainan disini ialah boleh menampung sehingga 70kg muatan tetapi berat badan kedua-dua model adalah dirahsiakan.


Orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan air apabila berkasut roda dikhuatiri akan tergolek masuk ke laut. Keadaan menjadi lebih buruk jika anda tidak mahir berenang.

Photo | Ridhwan Ikhsan Othman

Ulasan

  1. @ARC™

    kesian. jadi tukang ambik gmbar lah yg naik skuter kanak2 tu kan. :P

    BalasPadam
  2. @misa
    tepat sekali hehe. lpe nak tgkp gmba die smalam...die dah nak balik Malaysia dah kot

    BalasPadam
  3. insan disebelah kamu tu sangat macho... hahahaha

    BalasPadam
  4. hahaa..skuter kanak2...
    asl x ambek gmbar org ketiga..sedey weyh x masuk sekali..haha

    Entri Terbaru [kot?] : Aku dan Leadership Camp

    BalasPadam
  5. hikhikhik!!!
    kacak lah kawan kau..
    errrr style die aku suka :D

    HAHAHAHAHAHA!! Rajin2 update muka beliau yaa. request ni. hahaaha~ bye ahjussi

    BalasPadam
  6. gambar terakhir itu situasi sebelum tergolek ke laut ker ?? wek ! :P
    dah lame tak main roller blade lerh
    cepat2 caik balik dlm stor . HAHAHA !

    BalasPadam
  7. god..it's been a while xmain benda alah tu..hehehe sepatutnya korang guna baju sukan cam omputeh2 kat blakang tu..mihahahaha :D

    BalasPadam
  8. woe, bestnye main roller blade..lame x main roller blade..weeeee

    BalasPadam
  9. hoi. aku datang ushar muka kawan kau ;D hikhikhkk..

    BalasPadam
  10. sian ko weh. suma puji haikal kacak. takde pun yang puji ko. takpe2. ko tetap ayu jangan risau. hahaha

    BalasPadam
  11. wah....bes giler...
    lama x main....lain kali nk main ajak ye...wakakkakaka

    BalasPadam
  12. Harus tengok gambar lain di facebook ini !
    Seronoknya main roller blade .

    BalasPadam
  13. @~HANA~
    dem. aku dah agak ayat ni mesti kuar...


    ......

    BalasPadam
  14. nak cakap tp segan. Tak ape lah. cakap jugak la.

    Leh tahan naaaaa orang sebelah kau xD

    BalasPadam
  15. hasil kajian: lg ramai puji member kacak dr tuan punye blog. haha. dem ak pon usha dye jugak. ahakz

    BalasPadam
  16. @Affan Ruslan
    R.O.L.L.E.R.B.L.A.D.E bunyinya ice skating. wau

    BalasPadam
  17. ohh yg kawan ko tu la achu dok gila2 kan.

    hahahahaha

    BalasPadam
  18. agak lama aku usha entry ni.

    kawan ko...
    memang....


    aahh ko sambung sendiri. wakakakaka. *cairrrr

    BalasPadam
  19. best kan cium lantai? ada nikmat di situ ;P



    * ko berjaya buat aku jealous. aku rindu nak main kasut roda T____T


    - mai pot! pot! - (malas nak sign in)

    BalasPadam
  20. kat sana takde papan tanda amaran utk bdk bawah 12 tahun ke?;P

    BalasPadam
  21. haha...klu kat area tmpt aku ni sape main kat playground kanak2 tu kompom dah kene halau dgn pak guard kat taman tuh....

    KAMI SUKA HIJAU

    BalasPadam
  22. sorg lg?p/s: kacak member ko, kim slm.hahaha

    BalasPadam
  23. @Mikaielle
    haha aku rase kt sini mmg bende2 ni support adult gak kot

    BalasPadam
  24. jemput men roller blade kt blog aku..huhu

    BalasPadam
  25. maen roller blade x penah balance. haha

    BalasPadam
  26. haha..damn....malaysia ni 1 malaysia lah bro..haha

    BalasPadam
  27. haha ak bukn stalk blog kau tp buat reserach jap.hehe.td tbaca kish kau g chch tu pastu jmpk link ni.

    sumph maen roller blade mang best tp saat kau start jatuh x henti2 bangn jath bgn jth tu yg rsa cm hampeh pun ado.haha

    amboi, kemain misteri sungguh nama sedara sblh kau tu ye.muka dia ada iras iras matluthfi90 skit.bukn tu haikal stndt biotech tu ke (haha, kantoi ak tau nama dia).

    k bye.tue jelah nk komen.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve