Langkau ke kandungan utama

Solat di Tepi Gereja New Zealand

Solat pun nak kena ada tutorial la kan? orang harus bersyukur sebab tepi jalan di Malaysia ada aje surau dan masjid. Cuma orangnya yang takda nak mengisi. Kalau ada pun ialah pak imam yang singgah sekejap. Lepastu nanti dia keluar sambil melihat kengkawannya menghembuskan asap Dunhill berkepul-kepul.


Ini ialah rentetan cerita Queenstown haritu. Semalam aku bukak Formspring yang dah bersepah dengan soalan yang beratus-ratus tak berjawab, dan ternampak soalan bertanyakan aku dekat New Zealand pernah ke solat di tempat pelik-pelik macam celah bangunan ke, tepi longkang ke...
FUNFACT#1, kau nak solat dekat mana-mana pun boleh asalkan tempat itu suci daripada najis dan kau masih menyembah Allah Yang Esa. Macam kami, pernah solat di celah bangunan restoran, dan baru je haritu solat di Tasik Tekapo yang bermotifkan gereja.


Kalau ada gereja di belakang biarkanlah. Bukannya terbatal iman korang kalau solat di kawasan berhampiran. Nikmati keindahan alam dengan bunga-bunga lavender beserta bau alam semulajadi yang mengancam. Problem ambik wuduk?
FUNFACT#2: Air tasik dan air pili jamban tergolong dalam kumpulan air mutlak yang memang digunakan untuk mengambil wuduk serta mandi junub.  Orang putih faham yang air tasik takkan kering kalau orang Islam guna untuk ambik wuduk
 Tapi masalahnya kita ni kadang-kadang suka mencipta masalah yang menyebabkan kita ralat nak mengerjakan solat. Kalau mengerjakan benda lain laju je.


Bagi mereka yang berjantina lelaki secara genetik, kalau mak korang tengah mencari calon menantu, kita ada 3 calon terbaik. Gambar tu agak blur sebab aku bukan nak tayang muka diorang solat. Aku nak tunjuk warna warni persekitaran.
FUNFACT#3: Aurat wanita secara asasnya ialah seluruh anggota badan selain muka dan tapak tangan
FUNFACT#4: Wanita kalau nak solat tak pakai telekung pun takpa. Kaler apa pun takpa
Untuk fakta keempat, korang janganla mengada-ngada pakai kain kembang-kembang macam langsir bawak pergi kenduri tahlil pulak. Mau kena halau balik rumah lepas tu. Lagipun, kalau ada telekung putih, pakailah, lebih afdhal. Afdhal bukan nama orang ye.


Bagi mereka yang berjantina wanita secara genetik, kalau nak carik abang sayang buat kahwin, cari yang macam abang kat atas tu. Identiti beliau harus dirahsiakan demi melindunginya daripada ejen pencari jodoh.
FUNFACT#5: Solat di tengah-tengah kawasan berbunga sangat seronok.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau sebelum ni asyik miss solat fardhu, sempena Maal Hijrah ni marilah berubah beramai-ramai ke arah kebaikan. Boleh jamak takdim, jamak takhir tapi korang jangan buat jamak takyah pulak.

P/S: Video shawl and make-up tutorial in the making. Tapi bukan aku yang berlakon...Kak Fenny punya periuk nasik tu. Aku takmau kacau. So kita biarkan Kak Fenny yang buat tutorial tu.

Ulasan

  1. Indahnya Islam..

    wah.. ad lavender.. ske2..

    BalasPadam
  2. ermm nice entry by the way..:)

    BalasPadam
  3. gua terharu baca entri ni.

    mana ada kemahuan., di situ ada jalan.! :)

    BalasPadam
  4. sape amek gmba? cantek eh tmpt tu..inila beza org yg dok bjar ovrsea n kt cni, bkn sng nk cari, so far ak study lama2 ni, byk yg x slt, sbb tu ak x ske brumet kdg2, kt tmpt org blh la dia buat cm2 kt akhirat nti..nauzubillah..ak xmo jd cm2

    BalasPadam
  5. @ema サニ
    semua gambar aku yang ambik kecuali last skali tu. yela cmne plak nak amek gmba diri sdiri. =_=

    BalasPadam
  6. iye tak perlu...kaler putih..asai dah tutup

    salam maal hijrah..

    BalasPadam
  7. sjuk mata mmndg,jdi isteri best ni^^ hehehee

    BalasPadam
  8. i nak carik abang sayang macam dekat atas tu lah. sejuk mata memandang~

    BalasPadam
  9. phew! teringin woh rasa semayang bukan kat masjid mahupon surau!

    aku solat org tgkap gambar, tempek kat belog ker mana2. wahhh macam org baik giteww..... HAHAHA!

    neway moh ler berubah! penohkan solat fardhu yaww. hee~

    BalasPadam
  10. tiba2 gua rase nk berjemaah kat NZ malam ni , keh keh keh

    BalasPadam
  11. tadi berbual dengan parents pun pasal macam mana diorang solat masa study kat UK dulu. betul kan. telekung tu... bukanlah benda wajib. asal tutup aurat :)

    BalasPadam
  12. wahh sangat seronok kat nz~~

    bagus korang ni.. leh amik calon bini nanti he3

    anyways, nice entry =]

    Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi>
    ► Play. ▌▌Pause.

    BalasPadam
  13. waahh,besh2!
    cantek bunga lavender 2 huuu
    haha jamak takyah pn ade,gelak guling kah3 ;D

    BalasPadam
  14. eh. one of the girls cam adek aku je? :D

    BalasPadam
  15. paling lawa gambar perempuan tengah solat tu.rasa nak menangis pun ada.

    BalasPadam
  16. xde benda yg mustahil kalu kita trus berusaha carik jln penyelesaian...
    n xder alasan utk meninggalkan solat...
    nice facts...
    thks...

    BalasPadam
  17. Sabda Nabi saw: “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

    BalasPadam
  18. @Shahiranadekah miss solat itu bukan dlm perkara yg dilarang?HAH?HAH?HAHHH????
    XD

    BalasPadam
  19. @Aus MeLankoLikmeh la aus. biar aku imamkan sbb aku tau ko belum akil baligh hahah

    BalasPadam
  20. erk?jamak takyah?ahahaha..lawak..

    betul tu..kat mana2 je boleh solat asalkan kawasan bersih dari najis..

    aku suka post ni..^_^

    BalasPadam
  21. cantek kan lake tekapo? aku suka gila. kalau time winter siyes memang sangat cantek. tapi lavender takde ah time tu. huhu

    *rindu new zealand tiba-tiba*

    BalasPadam
  22. Alhamdullilah..entri yang sesungguhnya penuh dengan pengajaran dan ilmu..keep up bro..gua sihat lu sihat ker jahat kat sana..ahaks3

    BalasPadam
  23. mcm best jer! x pernah lg mengalami situasi seperti itu

    BalasPadam
  24. @~HANA~
    air spring pon dah super sejuk...mmg aku takkan g la time winter haha

    BalasPadam
  25. @JAI
    syukur la abg aku ni sehat hehe. Aku sihat je. jahat2 xdela...aku budak baik :P. tgk tu aku babysit 3 awek kui3

    BalasPadam
  26. @Maryam Fatanah
    kalau kt Malaysia mmg kene masuk hutan dulu la baru leh alami :P

    BalasPadam
  27. aku pernah solat dalam hutan..tak ready lapik apa2 pun masa tu sbb kan igt jugle trekking tu sekejap je.. solat je asalkan tempat tu bersih..

    Pendapat anda?
    blog Serol-Nizam

    BalasPadam
  28. @Hasrol Nizam
    aku lapik gak sbb takut muka kena duri. muka calar kang jatuhla saham wahahahha

    BalasPadam
  29. wah seronokknyaa~ tenang je kn ..

    BalasPadam
  30. wah...sempoi2...lawa kot pemandangan kat sana...lepas solat terasa sgt tenang...btol x???

    BalasPadam
  31. sangat suka dengan entry ni.
    tak payah pergi jauh2 kat singapore pun payah nak jumpa surau/masjid.

    BalasPadam
  32. oit..bgos r ko..aq bru tnye kat formspring ari tuu..ko siap tls entree ag! wah2..terbaik!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...