Langkau ke kandungan utama

Amalia Alias - Artis Cover Korea dari Jepun buatan Malaysia


Aku rasa kalau korang dah baca Blog Milimilo yang comel tu, mesti korang ada ternampak pasal awek ni kan? Minta maaf kalau skil photoshop aku tahap cimpanzi tapi ni je aku mampu fikir dan buat masa tulis entry ni. Daripada lu orang pergi tengok video youtube made by some pre-pubescent ladies yang berlumba-lumba melalak lagu Bruno Mars dengan gitar, baik tengok the real talent dalam arena cover song youtube ni.

Tak pernah tengok? Meh tengok sedas. Aku ternganga masa tengok video ni sebab suara diorang sangat sedap nak-nak pulak part Korea walaupun aku tak paham sepatah haram depa nyanyi apa..



Sedap tak? Sedap tak? Seriously korang boleh tau aku bukan jenis yang baca novel cintan cintun Ahadiat Akashah mahupun jenis yang tengok Twilight Saga. Tapi lagu ni ialah exception lah sebab berjaya membuatkan aku tengok sampai habis. Vokal sedap, video lawa. Tahniah kepada Si Penyanyi Amalia Alias dan juga tukang buat video.

Okay jom berkenalan sikit dengan awek ni.
Menurut skill stalkerisme saya, dia ni single lagi tapi sebelum kau orang yang lelaki ni nak pergi mengorat dia sila pastikan ada cukup duit untuk hantaran dia ye. Dah nak dapat degree dah dia ni, dalam Pharmacology pulak tu, Universiti Kumamoto Jepun pulak tu.  

Lahir 12 Mei 1990. Walauweh dia lahir 364 hari lambat daripada aku. Sekarang ni umur nak masuk 21 dah, tapi aku kekal muda 12 tahun. Selain tu kalau korang nak tau dia ni dulu sekolah dekat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) dan merupakan salah seorang top-10 students dalam sekolah. Tiap kali trial SPM je muka dia top 10. Tension betul aku. Aku study nak mampus macam mana pun tak boleh naik top 10 jugak..

Dia ni dari dulu lagi suka melalak dekat sekolah dan banyak masuk pertandingan menyanyi. Dia kata, dia ni ada stage fright so bila nak perform atas pentas dia gelabah sikit. Sebab tu dia cuba untuk menyanyi dekat Youtube dan Facebook dulu.


Jangan tipula kalau korang kata muka dia takde macam muka orang Korea. Aku rasa mungkin sebab dari sekolah dulu lagi dia minat dengan Korea gila-gila sampai boleh cakap Korea sekarang, lalu muka dia bertransformasi menjadi muka orang Korea. Mind you, this girl is currently studying in Japan, not Korea
"one thing yg pelik,aku blaja kat jpn tapi aku mmg tak minat lgsg drma,lagu,artis ke ape2 la pasal jpn..mmg tak kenal..takat takuya kimura tu kenal lah kot.mmg jrg sgt dgr lagu jpn or tgk drama jpn..maybe sbb aku dah bosan kot dgr org ckp jepun hari2 kat kelas kat mana2 pun haha..." ( Amalia Alias, 2011)
Selain lagu-lagu Korea dia jugak ada buat cover Shontelle-Impossible. Aku cakap banyak pun tak guna. Apa lagi, kalau korang nak dengar lagu-lagu dia, sila sokong Amalia Alias dengan melawati siaran Youtube beliau [KLIK SINI] 

Ulasan

  1. sama umur ngan aku la. fuhh, hebat. :D jap2, kau brape umo arc? bkn kau dah tua ke? :D

    BalasPadam
  2. uhoooo..junior zack zukhairi wohhh..blink2 japp!~_~

    BalasPadam
  3. tak dapek nak tgk.. beruk aku bt hal.. esk je yekk, aku bc review je dl.. class gilerr amalia ni, dh le pandai.. adeh jeles aku

    p/s: tak sangka aku jd top commentator ko, patutnya anon (geng kak limah) yg duk kat list tu.. kehkeh.. as usual, sila bekap aku klu ade org kutuk.. haha

    BalasPadam
  4. oh,line broadband haku lmbt pulak dh.

    tengs for info,esok tgk kat opis.hahahaa

    BalasPadam
  5. hihi yup yup , semlm bace kt blog milimilo :)

    hehe gila lah suare die power kot !
    lagi² lagu sampai disini saja tuu huhu !

    BalasPadam
  6. cantek laa yg ko buat photoshop tuh...

    -cik bayan-
    *nak jadik anon bukan kak limah*

    BalasPadam
  7. Line sgtlah tenat skrg tak boleh tgk. Janji 500kbps tapi average 70-100kbps je. Janji manis betul. *tiba2*

    Muka dia ak tgk mcm melayu je. maybe keputihan dia kut mcm korea?????

    BalasPadam
  8. budak2 oversea ni mmg marvellous2 belaka yerk.. bleh thn suara dia ni..

    BalasPadam
  9. @Anonymous
    potosop dak tadika ni haha. xreti weh men potosop

    BalasPadam
  10. wwoow... memang sedap.. cute, young n very talented... :)

    BalasPadam
  11. currently stalk her @youtube..erk

    BalasPadam
  12. aku dah go thru semua nie..

    superb beb!

    BalasPadam
  13. ini baru mantap, berbanding najwa latif, honestly.

    BalasPadam
  14. okay fine. meremang bulu roma aku. sedap sangat~

    BalasPadam
  15. semat weyhhh..serius semat!!! huhu

    BalasPadam
  16. GILE SEDAP SORE DIE..MACAM PENYANYI PROFESIONAL JEK..

    BalasPadam
  17. perghh awekkk . sedap owh suara dia .

    BalasPadam
  18. oke, tak dpt nk puji lg sbb tak dpt nk tgk utube...grrr..

    ni yg bertmbh2 aku ske korea ni..haha

    BalasPadam
  19. wah adik aku ni. nama ayah dah sama. aku 22, dia 21. hahahaa

    BalasPadam
  20. kau tua 364 hari dari dia maknanya dia budak lompat la kat kusess tu eh eh.dia tadak twitter ke?heee.sumpah playlist aku asyik main lagu2 dia je.addicted dah plus kagum. ;D

    BalasPadam
  21. wah..banyak gak lagu dia cover..bestnye dapat fluent korea...

    BalasPadam
  22. bukan peminat lagu korea tapi suara dorang memang serius sedap

    BalasPadam
  23. Okey, aku dah kemaskan balik color entry aku..thnks for the nasihat :).....

    agak2 amalia ni kalau nyanyi lagu dangdut boleh bunyi mcm Amalina tak? :P

    p/s apsal header aku buruk?

    BalasPadam
  24. smlm aku g channel youtube dia, habis semua lagu dia cover aku dgr. hekhekhek. comey siot! ^^





    * tp, aku lagi suke dia cover lagu lagenda budak setan ^^

    BalasPadam
  25. thanks to all of you guys~so sweet semua org....


    @Zulfikar Hazri


    dulu masa kecik2,tadika kot,suka jugak nyanyi lagu amelina hahaha

    BalasPadam
  26. Dah cantik...pelbagai pula kebolehan dia..BAGUSNYA.

    BalasPadam
  27. bakat baru muncul lagi bagai cendawan tumbuh lepas hujan. papepun, goodluck utk mereka semua, mksudnya amalia ni lah. :D

    BalasPadam
  28. Lagu takut is one of my fav song.

    BalasPadam
  29. bagus juga sesekali dengar orang melayu nyanyi lagu korea

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...