Langkau ke kandungan utama

Pahlawan Berbaju Besi Wellington

Semalam aku langsung tak boleh nak blogwalking disebabkan aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Maka maksudnya aku life-walking; iaitu berjalan jalan menghirup udara segar sambil menjalani kehidupan yang best di New Zealand ni.

Pagi-pagi tu lagi dah janji dengan member nak pergi pukul 7.50 am tapi disebabkan Ipod aka alarm clock aku tercucuk dekat headphone pulak maka alarmnya taklah berapa kuat didengari. Dengan itu, aku terbangun lambat dan aku suruh diorang pergi dulu. Bila sampai kat kaunter tiket keretapi, aku pun terus naik keretapi terbabit tanpa disedari yang aku dah salah naik train. Dah sejam naik baru perasan. Dah sampai terminal dah pun


Itupun lepas makcik baik hati kat atas ni sembang-sembang dengan aku. Dalam setengah jam jugakla kami sembang baru aku tau yang aku sesat. Setengah jam tu dia asyik cakap aku ada great hobby la, hensem la, fotogenikla, Malaysia la..macam-macam lah. Last-last aku tangkap gambar dia sebab faham-faham je la dia memang nak suruh aku tangkap gambar dia walaupun segan-segan haha. Nice meeting you Janette!



Sesampai je kat Harcourt Park, Upper Hutt City, Wellington, aku ternampak insan comel kat atas ni. Bawak keluar kamera tangkap gambau sedas dari jauh. Takleh tangkap dari dekat nanti mak pak dia boleh saman aku. Ni tak kena apa-apa sebab depa tak perasan hehe


Lepastu pergi tengok one-on-one combat. Memang cool gila bila tengok diorang pakai baju zirah besi yang berat caharam tu. Kletang kletung kletang sound efek dia.


Wakil dari US dan New Zealand sedang bermesra-mesraan di atas padang rumput. Tikam dia bro tikam dia bro, aku jerit. Tapi diorang mana faham Bahasa Malaysia.


Tengok pakcik ni penat gila. Semalam temperature tinggi nak-nak pulak diorang pakai baju besi panas tu. Memang masak la. Bayangkan kepala pakcik tu ialah telur, maka dapatlah kita telur goreng.


Haa ada jugak group foot combat. Tapi yang ni aku rasa bdiorang berlakon je sebab sumpah lawak sangat. Rules dia ialah bila kau kena tikam, kau kena mati. Kena tetak ke, kena libas ke, wajib mati! Dan wajib defend bendera (atau panji) group masing-masing daripada dirampas.


Siot gila pakcik tu pedajal pemegang bendera sendiri. Time tu pakcik tu memang dah takde orang dah kat side dia. Kena kepung dengan opponents lak tu.

Okay mesti korang nak tengok jousting tu apa kan? Haa yang atas ni semua kita tak panggil jousting sebab jousting ialah aksi macam dalam filem Inggeris yang knights naik atas kuda, lepas tu dia tikam pihak lawan guna lance (tombak) ataupun trident (tombak).


Cool gila! Gadis-gadis di luar sana sila bayangkan diri anda diselamatkan daripada raksasa oleh pahlawan dekat atas ni. Agak-agak lepas tu ada aksi-aksi melutut sebelah kaki dengan diiringi bunga ros dan puisi-puisi indah tak? wahaha


Ka-POW! Bunyi tombak diorang patah. Tapi tak menepati citarasa aku sangatlah benda ni sebab aku nak yang guna tombak besi betul-betul punya. Lepas tu bila opponent dia jatuh, diorang sambung lawan atas tanah. Ala macam cite Merlin TV3 tu..

Ni kan blog aku, tak sahla kalau takde gambar aku mengkamera-lacurkan diri. Nak-nak pulak lepas Ms Janette cakap aku fotogenik. Fotogedik ada la kot.


Sekian.

Ulasan

  1. lawa tu pendekar berbaju besi naik kuda;D
    ko bwk gak yer trademark topeng panda?haha

    BalasPadam
  2. lain kali mintak dengan pahlawan baju besi tu nak try baju besi tu jap..baru gempakk..hahahha..

    p/s:topeng bear jgk yg anda gemar..hahahah~adess~

    BalasPadam
  3. kire ko pahlawan besi panda la.
    hehe..XD

    BalasPadam
  4. aku suka yang atas kuda u..smart wayh..terbayang fairy tale ade pahlawan berkuda...aa...syok tol...

    BalasPadam
  5. hahah.. dan2 je makcik tu.. bestlah dpt tgk depan mata.. citer merlin tu mmg best..

    BalasPadam
  6. wah, nice experience bro.
    kat sini lawan2 main baling salji blh lah hihi

    BalasPadam
  7. dah macam lord of the ring dah haha

    BalasPadam
  8. macam jeles jea asfan boleh p tengok benda ne..heh

    tak ley try pakai ker kostum diorg?

    BalasPadam
  9. pergh..aku kalau cerita omputih, time jousting tu memang teruja nak tengok.haha

    Pendapat anda?
    Nombor telefon di facebook-sila jaga privasi anda

    BalasPadam
  10. bestnyer dpt tgk bende2 camni.. jeles tau.. huhu

    p/s: tolong la jwb soalan aku ttg cite Tamil chandramukhi tuh.. huhu

    BalasPadam
  11. best nyer.. updateler selalu kalo gi jejalan kat sana.. boleh tumpang cuci mata..hahaha

    BalasPadam
  12. pe3rghh, bergambar dengan pahlawan besi, huhu

    BalasPadam
  13. pergh!! best jer tgok menda2 NIE..

    Lol SEMPAT AG ko edit muka pakai topeng panda!!

    BalasPadam
  14. pengunjung tak bleh join main tikam2 sekali ke? dalam byk2, gamba pahlawan panda paling smart kot. kah3

    BalasPadam
  15. hoi jeles gila aku tengok...!!

    grrrrrr....~

    jom one by one jom.!

    baju besi aku takda., baju reflect tu ada.. kah3

    BalasPadam
  16. aku tertarik dengan gambar yang last tu. aku rasa ada something yang kau nak tunjuk, tapi aku tak dapat kenal pasti. ke, aku je berimaginasi?hahaha

    BalasPadam
  17. ahaha..apsal muke ko bertukar jadi panda nih??


    ni review kak limah aku..
    http://riesha-ariesha.blogspot.com/2010/12/film-review-hantu-kak-limah-balik-rumah.html

    ko baca la komen2 kat bawah..sedih aku..ada cakap aku tengok tak guna akal..huahuahua..

    BalasPadam
  18. kau bawak topeng ke kau edit ni ? konpius. haha

    BalasPadam
  19. best nye. kat malaysia xde ke? tikam2 keris. macam syok jek. main ala2 pahlawan melayu melaka

    BalasPadam
  20. mcm teringin nk tgk btul2.. tgk kt merlin je mcm x masyuk sgt.. hihi

    BalasPadam
  21. dah macam back to the past je.. smart kot pkai bju besi, duk ats kuda.. owh..bestnye!

    BalasPadam
  22. @Zana Zingaa.
    potosop cam budak kecik ni ko kate aku bwk topeng?hahaha

    BalasPadam
  23. semangat betul diorang ni. eh! boleh belikan baju besi satu utk aku? lepas tu ko pos laju dkt aku k? xD

    BalasPadam
  24. aku pun nk jadi knight xD

    BalasPadam
  25. haha! kat melaka dulu pun sebenarnya diorang pakai baju besi gak.. bukan takat keris dan tunic je... kalau nak tau la... :P

    aku datang dari sini ^_^

    BalasPadam
  26. macam mana boleh sampai sesat.. naek train dalam keadaan mamai ni..

    neway.. kat mane ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...