Langkau ke kandungan utama

Panggilan Telefon ke Mansoura Mesir

Kalau ikutkan harini aku teramat super malas taknak update blog tapi disebabkan ada 3 orang dalam bahagian inbox Facebook yang mintak tolong aku hubungi ahli keluarga diorang dan cuba bagitahu cara bypass internet Mesir, maka aku call dan 3 orang tersebut berjaya dihubungi


Tapi aku nak highlight isi kandungan daripada perbualan dengan 'adek' aku yang study Medic dekat Mansoura sana. Mula-mula aku ingat nak upload dekat sini isi perbualan tu tapi atas beberapa isu aku malas nak upload.

#1. Kawasan paling teruk ialah Cairo (Kaherah)
dan diikuti oleh Alexandria dan seterusnya Mansoura, tempat beliau menetap. Tak ingat sangat daripada perbualan setengah jam lepas tadi sebab apa Cairo teruk sangat. Sebab sana pusat pentadbiran agaknya

#2. Kawasan terakhir di bawa balik ialah Mansoura
Korang tahu kan yang Malaysia dah hantar 5 pesawat TUDM tapi Mansoura disebabkan ialah bahagian yang paling tak badass kalau nak dibandingkan dengan Cairo dan Alex, maka mereka adalah kawasan terakhir dipindahkan dengan pesawat tu

#3. Perang akan dimulakan
Berita ni datangnya daripada mulut kawan aku tapi tak tahulah kalau benda ni khabar angin ke tak. Aku tak pasti perang akan berlangsung antara pihak mana dengan mana. Kalau korang nak tahu boleh gunakan khidmat Google dari masa ke masa.

#4. Balik Malaysia study apa?
Kawan aku ni 3rd year student jurusan perubatan. Diulangi, perubatan; jurusan yang menurut pemikiran logistik dan konvensional amat susah dan memeningkan kepala dan seluruh anggota badan. Andainya peperangan meletus, sah-sahla kerajaan dan ibubapa takkan bagi anak diorang balik ke Mesir untuk belajar. Entah-entah Universiti sana pun tak tahulah taraf kewujudannya lagi. Kalau balik Malaysia, tak boleh sambung 3rd year dia. Takkan nak start balik belajar perubatan dari year1?

Bahagian Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) mungkin boleh berikhtiar sesuatu untuk pelajar-pelajar yang dah menempuh kepayahan belajar disana. Mungkin kaedah transfer credit atau apa-apalah yang boleh difikirkan. Aku takde idea dalam bidang tu. Korang ada?

#5. Penjara diletupkan, banduan berkeliaran
Ya berita ni betul. Kawan aku tu pun tak faham kenapa harus banduan dibebaskan. Tapi nasib baik dia bertindak agak laju dengan membeli makanan cukup-cukup sebelum keadaan menjadi lebih buruk

Apapun, hari ni birthday dia. Aku ucapkan HAPPY BIRTHDAY yang tak happy kat dia disebabkan masalah ni. Dan aku dah suruh dia take care and everything. Harap-harap dia sihat sejahtera sepanjang kat sana.

UPDATE: BEBUDAK MANSOURA DAH ADA INTERNET! TAK TAU MACAM MANA TAPI ALHAMDULILLAH KITA DAPAT TAU 1ST HAND EXPERIENCE

P/S: Tips dan trik bypass internet Mesir telah dibuktikan tidak berjaya sebab aku dah call 3 orang, 2 orang cuba buat dan semua tak berjaya. Mungkina ada ikhtiar lain? Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk semua disana.

Ulasan

  1. oke!sangat menakutkannnnn...hailaa..
    tapi part yg sambung study tu..btol jugak kan..kalau dah,unibesiti sana dah tak mcm unibesiti lagi,how to survive?tak kan balik sini nk start balik segala..

    BalasPadam
  2. sedihnya dgr kisah diorg kat sana
    hidup pon dlm ketakutan

    apa3 pon aku arap mereka selamat kat sana,
    dan kembali ke malaysia

    BalasPadam
  3. @nama.aku.lynn
    sungguh susah camni. member aku tengah consider nak study PSychology tapi tak tahulah kat mana

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. wahhh takutnya baca. member aku 3 orang kat Mansoura. harap2 dorang selamat. aminn

    BalasPadam
  6. ayh ak fly ke mansoura ptg ni. doakan ayh ak selamat..ramai rakan2 ak kt mannsoura jgk..moge sume selamat.. ='(

    BalasPadam
  7. Harap sangat semua yang dekat sana semua selamat . Kawan Farah yang dekat Cairo tu pun , tak dengar khabar lagi .

    BalasPadam
  8. adek awak boley balik malaysia ke?
    pasal banduan tu, adik kita kata kan.. itu banduan tahanan mubarak ( tahanan politic) kebanyak kan ahli Ikhwan muslimin.. erm, insyaAllah x bahaya..
    takut yg perang tu la.. tak tahu jugak antara sapa dan sapa..
    nak tanya.. nak call tu pakai cara yg semalam tu boleh eh? tak cuba lagi ..

    BalasPadam
  9. simpati dengan nasib mereka. harap2 MOHE akan buat sesuatu dengan masa depan diorang. yg aku tau, kalo failed 1 subject, kena repeat 1 semester. itu bagi medic la. kes diorang ni taktau nak wat camana.

    sentiasa berdoa mereka akan selamat sampai ke malaysia sebelum adanya perang2 nih. gerun la dengar. huhu.

    BalasPadam
  10. @Che Sakinah
    nak balik bole, tapi xde sape nak angkut dia balik lg~
    eh? cara semalam? cara mana tu?

    BalasPadam
  11. salam..

    singgah bc n3..

    http://atehqshe.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. ang kol alia ke? she's okay? bila balik msia? T_____T

    BalasPadam
  13. uishhh, memang menakutkan.. harap2 diorang sempat balik sini n MOHE sediakan peluang smbng belajar smula yang tip top untuk diorang~

    BalasPadam
  14. ada link yang dibagi oleh blog krisis mesir, dapat go thru website yg diblock..saya dah try bukak website yang diban oleh msia, ternyata berkesan.

    BalasPadam
  15. skrg ni fikir keselamatan dulu. bab study tu no 2.

    hope selamat la eh. tp kalau suasana dah ok n uni dah ok pun, mmg blum tentu parents lepaskan dorg balik ke sana. haih. ada org ckp al-azhar cuti setahun. betul ke?

    BalasPadam
  16. arc thnx info. bru aku tau sebetul2 nya.

    BalasPadam
  17. serius aku tengah risau bebudak msia kt sana T__T

    BalasPadam
  18. kawan aku baru habis study kat sana dan dah balik malaysia last december.dia call budak2 kt sane.tatau ah dgn cara ape.diorg kate ok lg just tak keluar rumah since kejadian tu...

    BalasPadam
  19. ishh... ha'ah kan yang da 3rd year... final year... isskkk... kesian gile... hopefully ade la plan untuk dorang continue dan bukan start dari mula balik... azab wooo nak start balik semua ni...

    apape pun harap dorang sume selamat balik sini... senang hati family dorang nampak dorang selamat di depan mata... takyah nak risau2 lagi dah...

    BalasPadam
  20. jap aku pening, mula2 ko kate berjaya...pastu tak berjaya? mana 1? huhu

    cian kat diorang yg dah blajar lama2..kalo takleh transfer kredit, kne start dari first year, mmg kesian la..

    BalasPadam
  21. hoho..makin teruk sekarang ni ek

    BalasPadam
  22. same-same berdoa jelah untuk mereka..dugaan..

    BalasPadam
  23. semoga selamat segalanya.. amiin..

    BalasPadam
  24. kesiannye diorang.
    aku hnya mmpu doakan keselamatan dan kesejahteraan orang islam malaysia kat situ sahaja.

    BalasPadam
  25. oh noo.. your last post was about t IP address.. hahhaaahaa..
    sorry2.. misunderstood lah! theehee.. i was talking about something else here.. hayoo wat a dummy!serabut2.. (@_*)"
    btw.. kita dah dapat online ngan adik kita tadi..
    hahahaha.. puas hati jugak la.. :)

    BalasPadam
  26. salam. :D
    alhamdullilah tadi dgr berita insyaallah kitrg akan di evacuate dlm 5 feb ni. harap segala urusan dipermudahkan. and kitorg dkt sini setakat ni masih selamat dan masih cukup makanan sbb sempat beli2 before ada perintah berkurung tu.

    and thank you asfan susah2 call aku dari NZ. terharu gila sampai nak nangis je rasa. aku harap dapat balek mesia ASAP la.

    apa2 pon doakan keselamatan kitorg semua dkt sini. :)

    BalasPadam
  27. tak sanggup nak belajar balik..tak nak2....Egypt da ok skunk..sgt berharap dapat balik smula

    BalasPadam
  28. ntah bebudak nih ckp..even news pon ckp mcm tuh jgak..semua da nak back to normal

    BalasPadam
  29. @Nur
    harap2 btol la kan...member aku cakap nak perang la apa la. kitatgk ape jadik kang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...