Langkau ke kandungan utama

Salahkah aku menjadi bukan anonymous

Sekarang sudah masuk waktu fardu Asar bagi Wellington City New Zealand dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. 


Ayat di atas merupakan satu penipuan besar sebab sekarang pukul 8 malam dan waktu Maghrib akan masuk tak lama lagi sekitar 8:27 pm. Jadi sebelum aku solat Maghrib, mari melepaskan apa yang terbuku dalam hati sejak 2-3 hari lepas akibat kesibukan yang melanda diri disebabkan exam. Eh, annoying gila ayat bersambung-sambung aku. Korang tak pening ke baca?


Okay harini aku nak merapik pasal komen. Malas dah nak sentuh pasal anonymous sebab dah ramai sangat cerita pasal pengomen tanpa identiti tu. Alah apa susah, chill sudah..tak payah layan. Jimat masa korang. Tapi kali ni aku nak cakap pasal para pengomen yang sudi bagi komen jujur tanpa menggunakan identiti anonymous. Dalam kes ni, akulah insan terbabit.

Korang nampak gambar pertama? Itu namanya kotak komen. Komen lah apape pun, nak caci ke, nak setuju ke aku tak kisah asalkan bawak hujah bernas. Tapi, kalau korang nak pembaca asyik puji je, maka adalah dinasihatkan kotak komen korang tu diberi nama kotak mengampu ataupun kotak menipu. Maka dengan itu, sebelum aku komen entri korang, bolehlah aku menekan butang pangkah dengan pantas sebab secara lahiriahnya aku ialah seorang manusia yang jujur. Kalau kau lawa, aku kata lawa; tak lawa sudah.


Dulu cikgu aku, dan cikgu-cikgu korang selalu cakap ayat ni. Konfem punya. "Belajar daripada kesilapan, jadikan kritikan sebagai batu loncatan dalam hidup". Maka kalau orang komen buruk, kita boleh belajar di amna kita silap dan berusaha untuk memperbaiki apa yang kita masih belum mahir. Bukannya dengan mengutuk orang yang bagi komen tu balik. Tak kisahlah kalau yang bagi komen tu anonymous. Biasalah hidup ni ada atas ada bawahnya, life is not a bed of roses.




Brader ni pulak cakap life is like a box of chocolate. Natijahnya sama saja. bayangkan coklat jenama Mawawa (tak wujud), kita tak tahu rasanya macam mana. Tapi untuk 'mengetahui' 'rasa' tu macam mana, kita kenalah 'makan' dulu. Daripada pengalaman kita dapat bermacam pengetahuan. Mari kita tengok apa komen orang lain


Terima kasih pada @masturahidrus, @farharazak, dan juga @rasyiqah87 atas pandangan korang dekat twitter. Macam aku cakap tadi, kalau nak orang puji the whole time, sila namakan kotak komen anda sebagai kotak ampuan ataupun kotak pujian palsu. 


Itu sahaja entri serius untuk hari ini. Dibawah post ini ialah kotak komen. Sekian.

Ulasan

  1. ko nak kutuk xbleh, tapi ko nak kritik dgn tidak melampaui batas adalah boleh. :D

    BalasPadam
  2. Eh lantak aku la nak tulis apa..kat bahagian komen ko.. aku pembaca aku ada hak..tuih {eh teremo pulak} kah kah kah..

    papepon cam cik liyanalunyai cakap aku setuju ;) hehe

    BalasPadam
  3. tak salah pon. sape suruh letak comment box kan? kalo taknak kne kutok tayah letak comment box. ye tak? kalo takat nak dapat puji je susah la kan. :P

    BalasPadam
  4. knpe kali ne entry mcm ko sedih je?

    law ak,komen yg jujur tu lg baik.

    "bljr dr wat saloh,lepas tu jdkan pgajaran"
    cikgu aku kata gitu.ngeee.senyum :)

    BalasPadam
  5. @Cik Mira
    betol gila. aku tgh tggu org xsetuju dgn entri ni nih :D

    BalasPadam
  6. @cik aryu
    serius, komen yg jujur tu sebaik2 komen ah :D

    BalasPadam
  7. aku seorang yang bersifat sensitif (sejak azali lagi ni HAHAHA) jadi aku mungkin terasa.

    ()()
    (~_^)

    BalasPadam
  8. haha tak semua orang sempurna.. kekadang ada dapat pujian and makian... hati kering sudah..

    BalasPadam
  9. 'dia' datang dengan sendiri, macam mana nak ubah bro.

    you tell me how. LOL

    BalasPadam
  10. semua orang ada hak bagi pendapat..

    mengkritik adalah salah satu cara untuk beri pendapat..tapi kritik secara berhemah le..jangan kritik sebarangan je..

    pape pun, aku setuju dengan cik liyana lunia tu..tak baik oo kutuk2 orang..dose..

    BalasPadam
  11. aku rase aku tak faham sangat.. tapi, kalau bab2 komen. komen je la kan ? tak suke, tak yah komen..

    BalasPadam
  12. komen je lah apa pon kan..kalao taknak dikomen buang je kotak komen ne..senang.. hehe :DD

    BalasPadam
  13. oh.. tu mesti org yg suka diri di puji.. kat komen org puji la.. kat belakang sape yg tahu.. huhu.. aku suka org komen dgn ikhlas, klu ade kelemahan bgtau je, memang la rs marah bila dikutuk, tp klu utk kebaikan ape salahnye.. setiap org kene belajar menerima hakikat (termsk aku :D)

    p/s: err.. tp ms kutuk tu guna la budi bahasa sket.. hehe.. klu komen ganas2 nanti 3 hr 3 mlm aku nangis..

    BalasPadam
  14. tak semua orang boleh terima kritikan sebab DORANG RASA DORANG BAGUS! baguslah sangat =__=

    BalasPadam
  15. aku sebelum ni tak setting pape kotak komen aku, skrg aku bukak untuk semua termasuk anonymous, pastu ade la 2, 3 org yang tak sependapat ngan aku komen, kutuk pun ada, aku wat derk je...

    dr situ..aku tau, rupanya tak semua org yg baca entry aku suka dan bersetuju,ada yg nyampah rupanya..

    tapi sbagaimana biasa, aku amalkan "kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya perlu bertegang urat"

    p/s aku nyampah ngan org moderet komen.. :P hehehe

    BalasPadam
  16. wanita itu hatinya tulus mulus, jika dicaci pasti menbentak. hehehe tapi tak smeua lah. mungkin hatinya sehalus kapas? komen kau tak dpt dia terima.. hohoho jadi. betul juga, lpasni lebih baik di buat kotak pujian palsu.

    dah kata pmpn ni kompikated, kau puji, depa kata kau pelri, kau kutuk depa sentap. haha

    aku? aku pmpn millenium.. nk kutuk lantak pi ah, bukan ada manusia perfect kan? hehehe

    aku buat essay ke? padan muka kau baca komen smpi lebam :p

    BalasPadam
  17. aku xtaw perasan korang yg dpt komen2 anon ne...sob3x...
    aku slalu komen guna identiti sendri..hehee


    BLOG AKU : ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

    BalasPadam
  18. salamun alaikum >_0

    hurmm.....kite muslims kn?
    motif utama islam ialah menjaga harmoni hidup seiring dlm menghambakan diri kpd Allah....

    so, do the math guys...ke xperiment...o taranum...whtever suits yer...
    mb this will help

    firman Allah dalam surah Al-Isra (17) : 36 ,

    وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

    "Janganlah kalian mengikuti apa yang kalian tidak ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dimintai pertanggungjawabannya."

    keyword die....pertanggungjawab

    BalasPadam
  19. @Zulfikar Hazri
    AKO PON SAMAAA BENCI GILA ORANG MODERATE KOMEN> KENAPE PERLU MODERATE?KENAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    BalasPadam
  20. 2 type of anonymity: true anonymity - anonymous yg mmg xdpt d'ksn, pseudo anonymity - anonymous yg b'kemungkinan kt knal...

    org bg komen sbgai anonymous myb sbb dia mahu kbebasan dia utk bg komen. apalagi skrg ni, tuan pnya blog ok je trma komen ngatif... tp readers lain yg jg bg komen tu plak yg p marah org yg komen ngatif tu...

    or, myb jg.. ada org ni yg kwn tp nak komen sbg anonymous spya tuan pnya blog x trasa aty.

    so, there are lots of good reason why people want to be anonymous.

    as blogger, kt jg kna hormat mrk ni yg nk komen sbg anonymous... they are better than the other people yg ska komen just nk share link dia tnpa komen apa2 pun psal entri yg kt buat...

    kdg2, jd anonymous lbi baik drpd jd bukan anonymous.

    dan... kdg2 ada je org yg nk jd bukan anonymous ni smata2 sbb nk cari publisiti. hahaha... stuju or tak?

    BalasPadam
  21. dj x faham apa2 yang berlaku kat sini..apa2 hal pun wa tetap rock..yeahhhhhhh

    BalasPadam
  22. @Cik Pija
    wau dasat ah cik pija! wa salute sama lu! contoh yg cik pija cakap tu macam insan kat atas ni.

    BalasPadam
  23. sama-sama abang. :)

    Ada dua sebab orang bagi komen puji :
    1) Memang ikhlas habis nak puji.
    2) Mengharapkan sesuatu sebagai balasan (cth: trafik, kasih sayang blogger tersebut *haha* )

    Bagi mas kritikan tak salah, berpada ke tak berpada ke, tapi cara kritikan yang kena jaga.
    Kalau betul pada caranya, orang takkan mengamuk. Tapi dia akan terima. Lainlah dia jenis makan puji je selama ini. Memang payah lah.

    Kalau lah ada orang kritik tentang sesuatu yang buat mas nampak bodoh sebenarnya selama ini dengan penuh kasih sayang, mas terima dengan hati yang terbuka walau ada sedikit sakit hati. hehe.

    Lagi satu, mas sayang anon yang kadang2 datang belog dan bagi komen yang tak berapa sodap sebab anon ini lah yang selalu bukak mata mas atas kesalahan yang mas buat.

    Just be anonymous if that will make people change in the positive way. (tatabahasa yang tak tahu betul atau tidak.

    Take care abang!

    BalasPadam
  24. ohooo begitu la sepatutnya. tak suke org komen jgn letak kotak komen kan kannn. hehee. komen tu umum sama ada baik atau buruk. den sokong lah !

    BalasPadam
  25. kelakar dengan dunia blogging sekarang kan ? hilangnya suara dan kebebasan untuk bersuara . hanya terluah yang bukan dari hati kite . hipokrit . maybe . itu lebih terbaik . T_________T

    btw itu status di my wall .
    hahaha . gile pemalas nak taip balik
    wek :P

    BalasPadam
  26. jujurkan lagi bgs . aku pun x suka komen mgampu . perghhhh buat blogger kembang kempis ( bukan aku ) har har har !

    BalasPadam
  27. di kotak komen ini sya nak komen bahawa sya sangat setuju dengan pendapat anda. ceh, kalau tak nak orang komen baik xpayah letak kotak komen kan? wat semak blog je. tpi bila dah kena komen tu, paham2 la.. orang dah bagi pendpat, trima je la seadanya. komen tu macam nak tegur menegur jugak la kan. kalau tak ditegur, mna nak taw kesilapan kita kan. ye dop? hehe..

    BalasPadam
  28. tak salah. janji komen atau kritik yang dilakukan dengan kewarasan akal fikiran bukan sebab terlebih emo.

    BalasPadam
  29. topik ni teruk!!
    aku jujur ni...
    haha

    BalasPadam
  30. aku baca entry ko kali ni, terasa tapak tangan ko tolak muka aku ni. damn! terasa siot. ok, tak terasa banyak la. tapi sikit je kot. hehehe. ok ok. cukup komen merapu. sebenarnya aku rindu nak jenjalan dekat belog ko ni. dah banyak entry ko aku ketinggalan. sedih betul *ok, ni betul2 komen macam tak kena dengan entry ko yg ni* hahaha.



    sebenarnya aku tak tahu nak komen apa. bukan dekat entry2 ko jep, tapi blogger2 lain. that why sekarang aku jadi silent reader jep. *lagi sekali komen macam tak ada kena mengena dgn entry ko kali ni* hikhikhik. okbai :P

    BalasPadam
  31. suke hati korang la nak komen apa.. asal puas hati korang...& yg kena kritik tu kena jd rock la...don't give a damn whatever org nk kata... erk, boleh ke gitu?..:p

    BalasPadam
  32. btul tu *kalu tak mau sgt dapat komen gitukan orng tu patut tak buat ruang untuk komen..hahha

    BalasPadam
  33. huhu... aku jarang kene tegur ngan anonymous. tapi entah mana2 manusia berunsurkan spam datang menerjah blog aku tinggalkan komen.

    punya la panjang sampai aku tatau apa hujung pangkal dia...

    aku pun jujur gak komen2 ni. tak puas hati aku komplen je lurus2 tepat ke sasaran :D

    BalasPadam
  34. @Zulfikar Hazri
    aku pon SAMA BENCI GILA ORANG MODERATE COMMENT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  35. hahahaha baru tau ada orang tak suka moderate comment T__T.terima kasih.hehe.

    BalasPadam
  36. @Aslina
    jujur is the ebst kan....tp kalo yg masuk takat letak link tu mmg saket ati gak haha

    BalasPadam
  37. Kalau memang niat jujur xpe. Macam cikgu2 cakap, belajar dari kritikan.
    Tapi kalau kritikan melampau, rasa2nya xpayah komen kot..simpan je dalam hati =P

    BalasPadam
  38. aku rasa kalau dia approve dulu komen pon takpe.atlis dia sorang je taw.tapi kalau nak komen gak, kena fikir hati dan perasaan orang gak, incik apan.(bagi aku la)tapi takpe.dah tuh cara ko kan nak bagi pendapat. susah tuh nak ubah.hahah.orang suka baca post ko pon sebab style ko camtuh kan. =)

    BalasPadam
  39. Ohoi!
    Takpe Arc.
    Nak jadi ANON ke apa, kamu tetap gadis cantik kesayanganku~

    XD

    BalasPadam
  40. ni aku nak kutuk plak. header tu sangat lah tak sesuai. aku rasa panda yang lepas lagi comel la bro. hodoh sangat la header tu.... kesian kat wajah yang pernah hensem tu. (puji plak.) hehe.. :D

    BalasPadam
  41. hahaha!selambe jela comment.kate gentle =P

    BalasPadam
  42. bagi aku, org yg komen selamat sebab dia hormat blog owner mungkin sebab baru je kenal. berbeza kalau dah lama kenal secara virtual maupun realiti, mesti rasa tak kisah je nak kritik atau kutuk2

    tapi ada jugak sebilangan org yg agak extrovert yg bleh sound kaw2 org yg dia baru kenal. aku alu2kan kritik, tapi kutuk dgn niat menjatuhkan memang aku tak accept sbg sesuatu yg jujur

    BalasPadam
  43. sangat2 suke ko punye tajuk dan isi ceritanya...
    dalam blog aku, ada orang menggelupur walhal tak menceritakan tentang diri dia...kesian2...tapi aku tak kisah...~

    BalasPadam
  44. kita tak boleh nak expect orang as what we expect them to be.

    BalasPadam
  45. @LiSaSuKe's
    saba je la. kita biarkan diorg puas. lama2 senyap la tu

    BalasPadam
  46. komen dan hinaan itu dua perkara berbeza. komen yg membina biasanya disertakan dgn cdgn yg membina jugak :)

    BalasPadam
  47. @TiMmiE
    oh well, if it is make up thingy then whats the suggestion there is to give? dont teach people/make yr make-up tidier

    BalasPadam
  48. AKU RS TGOK ORG GAK KOT..
    kalau mcm perempuan ke..if ko nak komen ikhlas yg ko rs boleh buat die terguris aku prefer ko komen secara PM dgn die je.cth anta emel ke msg ke..so xmenjatuhkan air muka plus ko leh luah dr hati ke hati.ok x pendapat aku ni?
    kui3

    BalasPadam
  49. @Nurain Hasan
    btol gak tu tp since follower dia dah ribannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn so aku bajet dia dah open minded la kan

    asek dok dlm kotak x guna gak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...