Scott Pilgrim VS The World *Review & Download*

Selepas berhari-hari tak update blog akhirnya harini aku nak cuba mengupdate jugak walaupun lepasni nak berkejar balik ke universiti untuk sambung buat assignment yang tak siap lagi tu. Kali ni kita akan review pasal cerita Scott Pilgrim VS The World dan seperti biasa, disertakan dengan link download untuk para lanun tanahair sekalian.


Korang kena tahu dulu yang Scott Pilgrim berasal daripada komik/video game US yang boleh dikatakan super duper hits. Cerita dia pasal sorang loser yang jugak merupakan seorang part-time ahli muzik. Bukan macam filem P Ramlee Ibu Mertuaku, cerita ni tiada berkaitan dengan mak mertua Scott...

Secara kasarnya cerita ni pasal Scott yang nak berawekkan Ramona Flowers, yang dilakonkan oleh ex aku Zooey Deschanel). Tapi untuk dating dengan minah tu, Scott kena kalahkan 7 orang ex dia yang dah membentuk persatuan yang dinamakan The 7 evil exes. Update: okay awek tu bukan zooey tapi dia still ex aku




Video youtube kat atas ni ialah 1st evil ex Ramona Flowers yang Scott kena lawan. Ini bagi aku ialah scene lawan yang paling lawak dalam cerita ni. Musuh yang Scott kena lawan tu kalau korang perasan dia berlakon sebagai Dr Raj Koothrapali dalam series The Big Bang Theory. Kalau korang taknak dengar lagu starting yang pendek tu, boleh terus lompat ke minit 2:30 untuk terus ke part dia berlawan. Tak rugi tengok.

Senang cerita, filem ni memang huge success dan lawak gila. Cuma satu je aku tak suka. Jalan cerita dia sebijik sebijik macam dalam komik. Dialog pun semua sama.


DOWNLOAD

Ulasan

  1. thanks, aku download.

    BalasPadam
  2. Michael Cera, hero citer nie mmg klise watak dia,
    smua citer mesti jadi loser..
    juno
    superbad
    paperheart
    nick & norah infinite playlist
    youth in revolt
    mmg x leh bawak watak laen ke??

    BalasPadam
  3. aku dah tgk dah cerita ni. boleh tahan wei ^^

    BalasPadam
  4. aku kesian dgn awek cine dia tuh. dem! T_T

    BalasPadam
  5. lanun tanah air.

    wouch.unik prasa kata tu...:P

    p/s ; ak tak tgk lg movie nee

    BalasPadam
  6. yeah aku dh tgk, mmg lawak citer ni...sound effect pon lawa...

    aku suker tgk micheal cera blakon, dier selamber je...cool yg partner gay dier pon lawak giler..hahaha

    citer ni terbaik la...slepas citer Kick-Ass !

    BalasPadam
  7. ahaks!! pompuan tu bukan Zooey Deschanel la..
    ade iras skit2 la...

    BalasPadam
  8. best gilaaaaaaaaaaa kan??? and memang betul pun cerita dia sebijik macam dalam komik. unlike kick-ass yang ada twist sana sini. ending kat dalam komik pun lain. tapi aku dah tengok movie baru baca komik. suka dialog2 dia -

    bread makes u fat?

    break out the l word. lesbian? the other l word. lesbians?


    and suka part dia skip baca email from matthew patel. ke-la-karrr!!!


    ++ michael cera sangat cute <3

    BalasPadam
  9. mcm best je..kene jdk lanun nih...haha

    BalasPadam
  10. kau biar betul wehhh~ takkan zooey deschanel belakon dalam ni.. hahahahaha

    BalasPadam
  11. citer ni best. penceritaan dia dlm bentuk komik bagi aku ia suatu yg unik. aku tgk citer ni dlm format HD. so mmg power a grafik dia.

    BalasPadam
  12. Bagi aku filem ni super duper yummy + COOL!! Abaikan ke'gay'an yang diselitkan dalam tu hahah.



    housemate Scott tu hero HOME ALONE kan?? (kalu tak silap la)

    BalasPadam
  13. RAMONA FLOWERS TU MARY ELISABETH WINSTEAD LA!

    BalasPadam
  14. lain kali kalo nk review... TOLONGGGG la wat research dulu... main suke hentam je letak name pelakon...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming