Langkau ke kandungan utama

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau.

Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ


Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda air panas


Ini pulak bahagian dapur yang menempatkan air panas untuk buat kopi ke teh ke, siap ada microwave dengan peti sejuk baru tuu. Sapa sedekah situ memang gila baik hatilah. Allah membalas jasa kamu! Tapi kopi tu kosong tadi aku tengok. Saja ngada-ngada usha padahal bukannya aku gemar minum pun.

Nak dijadikan cerita kononnya tadi olok-olok nak stay dekat surau habiskan reading Cognitive yang tinggal 5 mukasurat tapi tiba-tiba perut ni dia dengki dengan tuan dia nak study. Maka dia buat perangai kuranghajar dia menyanyi lagu keroncong. Biasanya surau ni banyak orang wakafkan makanan free maka aku pun meluru ke peti sejuk untuk cari makanan kalau ada.


Buka je pintu ais, Ya Allah baiknya hati orang yang letak Kek Oren ni dalam peti ais. Kalau ada dalam surau yang tengah takde orang masa Maghrib tadi, nak saja aku ngorat dia dengan ayat "boleh saya makan kek oren awak hari-hari?

Okay nampak je nota tu aku pun cubalah "Help myself out with the cake orange"; tapi..


*Bunyi cengkerik* Dah habis rupanya. Time ni terbayang muka mak dah. Terpaksalah balik ke rumah masak, main Facebook sampai 2 jam, trolling sana sini, dan akhirnya tulis entry ni sebagai pengubat rindu korang kat blog kurang ajar ni kan. Study comes first, aku tak nak waktu blogging aku lebih banyak dari belajar

Kalaulah dekat Victoria University ni ada servis macam the7thmuffins kan ke best. Muffin tu kalau buat makan time belajar memang tahan kenyang 3-4 jam rasanya. Nampak pun macam sedap je. Dahla warna pink. 3-4 jam tu boleh buat reading 80 page woo..


Tapi untunglah korang orang Malaysia sebab the7thmuffins ni ada buat servis penghantaran muffin melalui pos! Selain warna pink tu ade je perisa lain. Nak tahu korang pergi la order sikit lepastu hantar dekat aku di New Zealand ni, boleh?
ORDER MUFFIN DI THE7thMUFFINS

Ulasan

  1. HAHA kesian takda rezeki, esok lusa dapat lah merasa. insyaALLAH :) study rajin rajin!

    BalasPadam
  2. haha..
    langkah kiri sikit...
    i tot u gonna write 'cake dah expired'..nampak tarikh dh jauh kot...
    apepon, 7thmuffin tu ape?

    BalasPadam
  3. @myhadA
    tarikh letakla bukan tarikh expired. 7thmuffin tu ape?OMG follow la link tuuuuuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. kesian ko bro, tape2 balik msia aku belanja 7th muffin..hohoho *yeye aje..

    BalasPadam
  6. kalo da namanye tarikh letak tu 18/2... takyah susah2 la nak berharap kek tu wujud lagi dalam container lebih2 lagi kat tempat public macam surau tu...

    lain la umah aku nih, kek coklat bulan 11 tahun lepas pun ada lagi. baru last week aku abeskan. hahah... akibatnye segala makanan yang dalam perut aku ni kuar dengan begitu cepat sekali.*kisah benar ni*

    best la surau korang... siap ada fridge :D

    BalasPadam
  7. haloh siannya sampai macam tu sekali tahan perut lapar dgn main fb trolling semua tu :(

    BalasPadam
  8. bestnya duk oversea..tingin nk g new zealand..huhuhu..

    BalasPadam
  9. terliur plak aku tengok muffin tu...sedapnya..

    BalasPadam
  10. @AZ : here we come the 7th,
    have a visit to out page as stated above or simply our facebook :

    www.facebook.com/the7thmuffins

    Happy muffins all!
    :)

    BalasPadam
  11. mcm tak sedap ja muffin..oke aku lidah kampung kot..

    BalasPadam
  12. wooo member aku dah try muffin dia. kata best. tapi aku tak pernah try lagi, kurang minat laa. aku cyap masuk contest dia wehhh sebab nak for freeeeeeeeeee. haha tapi kalah T___T

    BalasPadam
  13. sajeeeeeee jep kan ?
    tawu lassie ni kuat makan .
    sedapnyeee sedapnyeeeee .
    nk orderrr lahhh .

    boleh ker pos ke NZ ?
    tskkk . bula 4 kamu balik kan ?

    BalasPadam
  14. ololo..kesian..takde rezeki ko la tu..kui3..yg tukang perabih pun satu..tolong le basuh ke hape pastu tulis le dah habes..kesian org tertipu..mesti ramai yg dah kena cam ko kena tu kot..hek3..

    BalasPadam
  15. kesian2.. nak menitik air mata ni bc cite ko.. haha..

    BalasPadam
  16. alolooO~ cian dia.. nak wat camne.. sabo je leerr

    BalasPadam
  17. Adeyh.. sedis.. Sian plak kat budak obersea ni, kempunan dia..
    Nnt hang balik mesia aku belanja 7th Muffin tuh! HAHA

    BalasPadam
  18. huh lagu keroncong ?? layan2.. hehe..
    xpe laa.. xde rezeki tu.. t beli muffin byk2 ea.. tgk pn dh menarik..

    BalasPadam
  19. kahkahkah..bukan rezeki ko la tu..kekee :p

    BalasPadam
  20. aduh,asfan kelaparan

    sabar sabar,ampa try la masak sendrik pulak

    BalasPadam
  21. kalo dok oversea, mcm2 bnda mngidam yek.. hehe... ^^

    BalasPadam
  22. taun lepas aku nak bukak pose kat surau. carik makanan dalam fridge tu kot2 ade orang wakaf. lepas lab 4 jam plak tu plus kelas straight dari pagi. memang kebulur toksah cite.

    jumpa la kurma. isk3 terharu ade orang letak kurma.

    pastu bukak pose kurma keras gile. macam batu. tengok2 dah expired tapi aku makan jugak sebab lapar sangat.

    *kebuluran di universiti version aku haha*

    ~HANA~

    BalasPadam
  23. takpe la,, semangat belajar tu ada,,

    BalasPadam
  24. asal tak penah tahu pon kewujudan the7thmufins tuh??hahaha

    BalasPadam
  25. aku nk gelak jer. HAHAHA!

    bulan 4 balik, jgn kan kek oren. pokok oren pun aku bagi. HAHA :P

    study elok2 yer abg dedek :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...