Langkau ke kandungan utama

Merindui Sup Ekor Malaysia

Entri Personal

Salah satu makanan Malaysia yang menajdi kegilaan aku sejak kecik ialah sup ekor lembu. Ternyata sekali bukan sup ekor ayam sebab kau tak boleh makan ekor ayam. Berbanding dengan sup gearbox, sup tulang dan sup daging, aku lagi suka bahagian ekor sebab ada part yang kau boleh telan semuanya dan ada part yang kau kena kunyah elok-elok untuk mengelakkan tercekik tulang lalu mati di tempat kejadian


Masa aku taip entri ni aku tengah kebuluran di universiti pada jam 3 pagi demi menyiapkan assignment. Dan baru teringat yang aku masih tak makan apa-apa melainkan secawan kentang goreng tanpa sos

Sebab diorang jual kentang goreng dalam cawan dan sos pula dijual pada harga tambahan 50c
Berbalik pada alkisah sup ekor tadi, aku teringat satu adegan ni dengan bapak aku yang agak kelakar. Sebelum tu korang kena tahu yang bapak aku ialah seorang yang serius dan jarang berkelakar.Alkisah sebelum aku fly ke New Zealand haritu mak aku tanya aku nak makan apa untuk dinner terakhir

"Makan sup ekor! Jom la, Bila nak pergi?" jawab aku sebab sup ekor kat satu restoran ni sedap gila. Okay aku tipu. Kau masak sup ekor shitty macam mana pun aku tetap suka sebab sup ekor FTW.

Tiba-tiba bapak aku mencelah
" Elok sangatlah tu makan sup ekor. Korang tak tahu yang ekor-ekor ni semua diorang import dari Australia sana tu guna ekor kanggaru"


Aku pun "Yelah" dengan senyum sinis sambil memandang mak aku yang dah terkekeh-kekeh gelak sebab tak sangka bapa aku pandai buat lawak. Rupanya dia tak buat lawak. Maka kami diam je lah.

Sesampai saja kami dekat kedai makan tu, aku terus order " Bang, sup ekor satu, korang guna ekor apa eh?" sambil menjeling kat bapak aku yang pandang bengkek. Dan malam itu aku disajikan dengan sup ekor faveret dan bapak aku buat dono dengan gelakan kitorang sampai ke pagi esok disebabkan teori konspirasinya.

Sabtu ni aku balik Malaysia untuk 2 minggu. Benda pertama aku nak gigit ialah KFC dekat KLSentral, kemudian McFlurry dan malamnya bantai Satay Haji Samuri kalau dapat. Lepastu nak pau Liyana Lunia ayam penyet sampai dia miskin. 
Gambar dari Google Photos

Ulasan

  1. oke dah terliur tengok gambar sup tu.. btw,aku dah try read yang kotak tu ha.aku pun tak hingat name.terbaik la.aku suke! ^_^

    BalasPadam
  2. wuuu. sedapnya wei sup ekor. sllrpp. bikin aku terliur nie wei. grrr

    balik mesia ekh? kirim keychain dr nz satu. keh3

    BalasPadam
  3. wahhh! nak balik mesia. bercuti. best2. smp KLCentral pukul bape? kot2 la terserempak.muahaha

    BalasPadam
  4. nanti pukul 9 pagi sabtu tu aku nak pegi breakfast dekat kfc kl sentral ah. hahahahahah

    BalasPadam
  5. pergh sedap...
    kau nak balik meh jemput2 datang melaka..
    hahah pejadah nak pi melaka tak pasai...

    BalasPadam
  6. @ARC™

    insyaallah aku lepak kat KFC KLCentral gak pagi sabtu tu.hihi

    p/s: nak postcard sane satu weyh =)

    BalasPadam
  7. sup.sedapnyaa..

    haha.tak ley blah nk mcflurry.LOL


    semoga selamat smpi dan gigit kfc tu

    BalasPadam
  8. Welcome home! moga selamat sampai dan pergi

    BalasPadam
  9. aku tak pernah rasa sup ekor. sekian~

    BalasPadam
  10. KFC dulu ;D
    hOPE selamat sampai (^_^)

    BalasPadam
  11. lps baca entry ni terus lapaaaaaaaaaaa T___T
    balek Malaysia 2 minggu je? ishh baru ingat nak belanje sate haji samuri. dah dekat dgn rumah daa tu. tp disbbkan ade final exam, x dpt laa nak belanje. haha

    BalasPadam
  12. sup ekor dan tomyam paling sedap dalam dunia ada di segambut.. warung tepi jalan sebelah bengkel, kat area apartment.. kedai tu buruk sangat, dan tidak mengadap jalan,sebaliknya dapur yg membelakangkan jalan.....

    tak tipu.. masak situ sedap sangat, warung buruk, tapi makanan 5star...

    p/s adakah aku over reacted?

    BalasPadam
  13. Bang sup ekor kanggaroo semangkuk!

    Hahah..kadang2 bapak kita ni, yg nampak serius..
    tibe2 melawak.. kemain la plak kan...

    BalasPadam
  14. Wah, bestnya balik, bila balik wajib la ada list makanan dalam kepala kan...'ve a nice journey!

    BalasPadam
  15. ok la kanggaro punye ekor sedap gak la kan sbb die comel, ce apak awk ckp sup ekor gorilla acane? gorilla bukan ada ekor pun erk kbai

    aikkkkk? asal akku lak kene jangg oii T___________T

    BalasPadam
  16. wwaaaahhhh~~~ suka gila makan sup. tak kisah sup apa2 pun. asalkan bukan sup air tambah garam. huhu

    BalasPadam
  17. erk?ekor kanggaru?kanggaru ade ekor meh?ok!

    hahaha..lawak oh bapak ko..


    selamat kembali ke Malaysia untuk tempoh 2 minggu..hoho...

    BalasPadam
  18. mcm tak percaye en.arc buat entry pasal makanan .
    wahhhhhhhhhhhhh !
    nak join gak uolls datingggg !
    grrrrrrrr ~

    BalasPadam
  19. wah nak balik malaysia la dia..urgh..tolong makankan satay tuh banyak2 sikit eh..haha

    BalasPadam
  20. walaupun aku kat m'sia tapi kau jarang makan sup ekor..esok nak g beli la

    BalasPadam
  21. salam singgah, wah terliur dah ni...

    BalasPadam
  22. lame tak bace entri awk..hehe..kelakar...^_~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...