1 Syawal - Aidilfitri di Wellington New Zealand

Sehari tak update blog memang tak sah walhal assignment due Selasa ni, siap dengan combo 2 tests. Takpe la kali ni tayang gambar je sebab aku malas nak siapkan semua draf yang dah taip berminggu-minggu lepas. Walaupun kami duduk di New Zealand, tapi kami juga ada semangat raya! Ye, kami raya lambat sehari. So?


Kalau dekat Malaysia ada aktiviti menukar langsir sempena Raya, semalam aku ada jugak buat aktiviti tu..cumanya aku tukar shower curtain bilik air je sebab dah bertaik lalat. Kalau tengok betul-betul entah-entah taik tenuk pun boleh dijumpai agaknya.

Anyway, back to photos. Gambar-gambar adalah dicuri daripada album sendiri dan juga album kawa-kawan yang dihost-kan terus dari Facebook untuk menjimatkan ruangan Picasa Google aku. Disebabkan gambar adalah dicuri daripada Facebook, maka ianya akan kelihatan pecah-pecah sikit. Dan, gambar sebelum solat sunat Aidilfitri tiada sebab sibuk bertakbir... dan solat. Duh.


Sebenarnya ramai lagi daripada ni. Tahun depan dah berkurang dah. Tahun lusa lagi lah berkurang




Aku tak kenal abam ni tapi sebab gambar ni comel aku bubuh je la gambar dia dengan Kak Long (kiri) dan Kak Ngah (kanan) . Sesiapa kenal beliau boleh tolong mintak izin eh. Thanks


Barisan belakang tu semua otai Hons Years Math. Si Kak Ngah tu BSc Hons Physics - dasat tak dasat la. Gambar diorang grad tahun lepas ada kat link merah ni. (Hari Graduasi Victoria University of Wellington). Yang depan tu budak 2nd year celah mana entah wujud tetiba dalam gambar. Dengar khabarnya buat double degree.

1 Syawal dah tamat. Tahun depan tak dapat beraya di Malaysia lagi sebab aku takkan balik lagi. Kalau dipanjangkan rezeki, tahun lusa pun aku takkan beraya di Malaysia juga untuk Hons. Year. Gambar 3-6 dicuri daripada Fidry Aizam yang kacak tapi dah berkahwin . Model satay tidak ditemui blog beliau. Juga student Hons. Math.

Ok, stop disini, back to my book. Bye. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.

Ulasan

  1. poyo.

    harap2 korg xde le sedih sgt raya kat perantauan.. pengalaman tuh.. selamat ari raya arc.

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri abam panda sopan...=)

    BalasPadam
  3. bestnye beraya di perantauan! teringin nk beraya di perantauan suatu hari nnt.. moga2 SPM succes! amin~

    BalasPadam
  4. gambar yang bersama kak long ngan kak ngah tu...sambung la sendiri..hehe

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya yaa ! Wahh pngalaman laa raya kat prantauan .

    BalasPadam
  6. selamat hari raya panda garang! hehe :p

    BalasPadam
  7. best gak sebenarnya raya kat perantauan ni..
    hp eid mubarak^^

    BalasPadam
  8. sedap woo lemang ketupat dan bau duet2 raya kat malaysia..rugi la hang tak balek..

    BalasPadam
  9. semua makan duduk bersimpuh kat bawah eh? sweet ok!

    btw, selamat hari raya encik panda!

    BalasPadam
  10. selamat hari rayaaa!!!! nak duit raya weyh!!! haha

    BalasPadam
  11. utngla ambasddr smbt raya skali..sni dorng tgu student malay ramai br nk smbt skali.*kecewa*

    BalasPadam
  12. selamat hari raya and gudluck exam :)

    BalasPadam
  13. selamat hari raya kedua. betul la kan? hehe

    BalasPadam
  14. meriah btol ye korang beraya diperantauan ngan membe2...

    dari aku beraya dalam malaysia tapi sorang2. sila doakan aku cepat2 kawen. bleh merasa beraya beramai2 dan meriah. huehueheuehe...

    BalasPadam
  15. @syazu

    hmmm kalau balik pun bukan dpt duit raye hahaha

    BalasPadam
  16. @Yong Sofea

    tq Yong. aku emmang perlukan ucapan tu :)

    BalasPadam
  17. eyh? kau buat double degree ea?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming