Langkau ke kandungan utama

Antartic Blast membawa salji ke Wellington

First sekali turun salji ialah pada malam semalam di mana waktu tu aku tengah kerja mencari nafkah menyara ank bini. So, aku hanya dapat tengok salji daripada tingkat 7 perpustakaan Victoria University sahaja, Tapi memanglah boleh nampak daripada atas yang orang excited gila masa turun salji tu


Okay gambar buruk sikit sebab guna Ipod Touch saje. Ini gambar semalam, tak lebat sangat, yang harini punya lebat gila. Macam blizzard pun ada. Kalau korang tertanya-tanya kenapa rakyat Wellington pelik sangat yang salji turun, korang kena tahu yang Wellington bukan tempat yang bersalji. Penurunan salji ni merupakan satu fenomena yang pelik.






Jangan kata orang Malaysia kat pokok tu, orang Kiwi pun pelik tengok sebab benda ni sangat luar biasa. Menurut Stuff.co.nz, fenomena yang diberi nama Antartic Blast ni dah lebih 30 tahun tak datang dekat Wellington dan penduduk kawasan sini diminta bersedia untuk mengalami musim paling sejuk, dan lebih banyak salji untuk hari-hari esok.

Antara peringatan daripada Wellington Civil Defense Minister ialah untuk penduduk Wellington bersedia untuk terperangkap dalam rumah akibat salji yang lebat. Berkemungkinan bahawa elektrik, air, dan internet bakal terputus disebabkan kesulitan ini.

Aku sangat-sangat berharap esok diisytiharkan darurat dan Vic Uni ditutup sebab aku taknak ambik test esok. Tapi janganlah sampai elektrik dengan air takde pulak. Kang nak basuh hadas besar macam mana... Salji tu sejuk kot. Dan jugak, walaupun haritu dah ada ceramah pasal persediaan menghadapi kecemasan, aku tak buat pun lagi Emergency Pack tu haha.

Aku dah kata dah semalam, salji turun mesti ada "harganya". Maybe esok kita akan nampak harga sebenar dia kot? Tapi doakanlah yang terbaik untuk kami. Taknak pun apa-apa buruk terjadi tapi bersedia secara mental dan fizikal,

P/S: Kalau aku tak update blog sampai hari Sabtu, tolong korek rumah kami daripada timbunan salji ye. Thanks. Mintak-mintak Uni tutup sampai khamis. Aku tak siap assignment lagi. Blogging boleh pulak...

Ulasan

  1. lah ye ke?aku igt salji itu dah jadi mainan kau bila musim sejuk kat sana.baru tahuuuu.hahaha.
    no wonder la keluar pic pandasesat di tengah jalan.hahahhahah

    apepun aku doakan angan2 kau tcapai la takmo test.hahahah..tapi tak lah doa sampai umah kau tertimbus.kang ni keluar 'misi mengorek rumah abampanda' pulak.hahahha.

    BalasPadam
  2. taw takpe.blogging boleh pulak.

    haha.oh salji.

    BalasPadam
  3. doakan jugak di sini mesir turun salji..panas gilooo neh...

    BalasPadam
  4. hati2 bro. nak keluar pakai boot. haha

    BalasPadam
  5. hope nothing bad happens =)

    BalasPadam
  6. baru aku nampak betul kubur yang kau dok kate dekat ngan Uni tu.woha! scary...

    BalasPadam
  7. handsome kott lelaki first dlm video tu.kekekke! semoga semuanya selamat and uni ko bukak macam biasa..lalalalala :p

    BalasPadam
  8. aku doakan salji dah stop esok biar ko ade test.hahaha

    BalasPadam
  9. salji tu kalau kepal2 pastu buh ibu sirap...boleh makan tak acik panda???

    BalasPadam
  10. @aryu

    blogging ni safe haven doh hahahha

    BalasPadam
  11. @Ujaja

    mesir turun salji aku taubat nasuha hari2 .....

    BalasPadam
  12. @dayanaazhar:)

    always wear that boots. ada kasut tu je pun hahaha

    BalasPadam
  13. @Faizal Rahman
    ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

    BalasPadam
  14. @Zulfikar Hazri

    salji tu asalnya air hujan. Kalau ko, nak tak tadah air hujan pastu minum?hahahhahaha

    BalasPadam
  15. oh..kat Wellington salji memang tak turun eh? baru la aku tahu..memang luar biasa la tu..

    err..tapi kalau bekalan air terputus, maknanye ko kena guna salji la eh nak membasuh bile ko hadas beso dgn kecik?kuikuikui..

    BalasPadam
  16. hoho... memang dah... even assignments belambak... tapi blog tetap pilihan... :D


    selamat menepuhi hidup di sana..

    BalasPadam
  17. kat malaysia bila pulak,hari2 aku tunggu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve