Langkau ke kandungan utama

Kuih Tunjuk dan Kuih Menunjuk-nunjuk

Di Malaysia, asal bulan puasa aje, ada bazaar, asal Ramadhan je, ada bazaar. Bagi mereka yang berasal dari planet Marikh, bazaar Ramadhan tu tempat orang berjual beli makanan lah. Kalau malas memasak, bolehlah membuang duit anda disitu di samping memperbaiki tahap ekonomi makcik-makcik yang berniaga disana.

bazaar ramadhan

Juga boleh melihat anak muda berpasangan berpegangan tangan sambil memilih juadah berbuka. Tapi itu cerita lain

Di Malaysia juga ada 2 jenis kuih yakni kuih tunjuk di mana bermaksud kuih yang diperolehi hanya dengan menunjukkan jari telunjuk atau ibu jari anda dengan kata hikmat "Mak cik, saya nak kuih tu lapan biji". Maka, nescaya makcik itu akan membungkuskan kuih serentak dengan korang menghulurkan duit bayarannya.

Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya

Kuih jenis kedua ialah kuih menunjuk-nunjuk. Kuih ni hanya wujud di alam maya dan tak dapat dimakan. Cara memperolehinya ialah dengan melayari laman blog kepunyaan rakan-rakan yang terlampau rajin menangkap gambar lalu menguploadnya untuk tatapan umum. Membuatkan insan di perantauan berasa lapar. Contohnya:

kuih tepung pelita
                                                                                                                                                      Aku benci LiyanaLunia
Atas ni ialah kuih tepung pelita. Ianya merupakan salah satu kuih favourite aku. Dekat New Zealand kalau ada pun, hanyalah versi student yang buat. Walaupun sedap (kalau ada), tapi masih tak dapat celen air tangan mak cik bazaar. Entah perisa apa dia letak
"Abam Panda, ceritalah pasal puasa dekat New Zealand!Nak gak tau!
Lebih kurang macam tu lah si syazberry bertanya. Dengar sini ya adik-adik. Kami berpuasa disini hanya 11.30 jam. Subuh mula pada 6 pagi dan berbuka pada lebih kurang 5.30 petang. Awesome kan? Tapi yang tak awesome nya, kalau kau jenis yang tak mahir atau buta memasak, inilah menunya:

vuw unistop garlic naan

1 Ramadhan: Garlic Naan dengan air perisa manis manis. Bila aku cakap air, ianya sangat-sangat air. Biasanya orang yang makan garlic naan tak payah cicah kot tapi disebabkan aku kasihankan diri aku, maka aku beli jugak. Makan ini sahaja sehingga bangun sahur keesokan hari

Kesimpulannya, masa puasa ni, elakkan bermain blog dengan terlalu banyak. Nanti akan terjumpa gambar-gambar yang tak diingini. Sekian

Ulasan

  1. kui3..kirenye ko terliur la ni eh?kesian liyanalunia ko benci kat die..huahuahua..

    BalasPadam
  2. kenape aku terase ni yek ?
    errrr .

    BalasPadam
  3. cm sdp lak tepung pelita tu,nk bli la kt bazar buka t..(sje nk bg panda jeles)..:P

    BalasPadam
  4. tulah kannn.. abang panda.
    saya pun dikira sebagai perantauan sebab dok kat pulau yang takde bazar ramadhan ni.
    so kalau nampak orang uplod makanan memang terus cepat-cepat pangkah.

    BalasPadam
  5. haha.ko tak berbuka dekat masjid ke panda?abg aku ckp dia kat sana sebulan mkn free,ade org arab masak.hehehe

    BalasPadam
  6. perantau mmg suka kuih pelita eh?ekekeke....

    selamat berpuasa abg panda..!!

    BalasPadam
  7. sedapnyaaaa T__T

    aku yg dok mesia ni dah 4 hari carik tepung pelita pun x dapat2 lgi.. grrr

    Sabar2 eh org perantau!

    BalasPadam
  8. kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya - hahahaha.

    BalasPadam
  9. part puasa 11.30jm tu besttt.kejap jee lah korg.tapi bila masuk part juadah berbuka tu,aku nak cakap,kesian kat kau abampanda!adoiii.takpe lah,kau list je ape kau nak,aku tolong p bazar ptg ni beli bagi pihak kau.hikhikhik..

    BalasPadam
  10. wow kejapnya ko puasa >,<
    kuih tepung pelita tu memang fav aku gak.tiap2 petang wajib ada! :D ala,raya nanti pun banyak kek tunjuk je kat rumah..

    BalasPadam
  11. "Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya"

    apsal aku tak paham wo panda? hehe

    BalasPadam
  12. suka kuih tunjuk dan kuih menunjuk2..best...

    BalasPadam
  13. @norinaomar

    lebih kurang senasib le ni...

    BalasPadam
  14. @MyzaAli

    alaa at least ko tau benda tu mesti ada punyaaa

    BalasPadam
  15. hahahhaa..
    kesian beb.. janji makan makanan halal.. dan kenyang.. orang kita ramai kat NZ tuhh

    BalasPadam
  16. alah cian panda... hahaha mengidam kuih kat M'sia ke weh. :P

    BalasPadam
  17. tepong pelita best. abam oanda buat le kuih tu. haha

    BalasPadam
  18. haha.puasa first aku dah telan kuih pelita tu 5 bijik :p

    BalasPadam
  19. Hahaha...hujan mas dinegeri org hujan batu negeri sendri...tu ja aku nk ckp kat hg...Haha..kueh tu macam kueh tako ja...tol ke?

    BalasPadam
  20. KENAPA AKU TAK TAHU ADA ORANG BENCI KUIH MENUNJUK AKU ITUWWW. sangat tak adil ko tak tayang sekali kuih onde-onde LASSIE tahuu? haha

    aku sarankan ko masuk blog rihannaidzmi.blogspot.com , dia student medic kat rusia, pheww ko tgk masakan dia confirm nangisssss !

    BalasPadam
  21. oh btw kuih pelita yg versi pandan mmg sedap gilaaa, yg versi tapawer tu ko boleh campak lelaju, rugi beli T_T

    BalasPadam
  22. aku tak penah makan pon makanan yg hang makan tu...bak sikit weh..

    BalasPadam
  23. 5.30 dah bukak. perghh. best gila. cuma yg xbest bila xde makanan feveret kita bila merantau. nasib kau lah panda ooi.

    yang paling xtahan bila bukak twitter, fb n blog. semua tayang gambar makanan. xlapar, trus jadi lapar. grr

    BalasPadam
  24. sian arc...nk aku post tepung pelita x? hehehe...XD

    BalasPadam
  25. awesome sngat ke abang panda nie ?

    BalasPadam
  26. sian betei inchik perantau nih heheh

    pehh, tepung pelita 2 mmg feveret gua dr kecik. xpsal2 gua terliur.eh? *shut down lappy*

    BalasPadam
  27. @ENCIK TIKUS

    berbanding encik tikus, tentulah abang panda lg awesome

    okay takde kena mengena dengan entry

    BalasPadam
  28. @afeb pilah

    ko post sini, dah jadik serbuk tepung la gamaknye...

    BalasPadam
  29. @AyuE SurihanyOt

    garlic naan ni g mana2 kedai mamak ada kot hehe. Lebih kurang roti canai jeee

    BalasPadam
  30. ko nak dengar lawak bodoh, yang buatkan ko bengang dan rasa meluat? kau nak tengok contoh lawak lame di alaf baru??? meh sini

    " ko nak makan tepung pelita ke kat Nz?"

    " nak nak nak"

    " ko gi kedai runcit, beli tepung gandum, pastu ko beli pelita, pastu ko tabur tepung tu atas pelita"

    wakakakaa, larik.. panda bakal mengganas!!!

    BalasPadam
  31. @Zulfikar Hazri

    SUMPAH LAME GILA! haha sini mana ada pelita...boooo

    BalasPadam
  32. cian ko.. nak menitis air mata aku baca entry nih..

    BalasPadam
  33. ahahahaha, apsal aku gelak keras perut...

    aku memang tau NZ takde pelita.. dah nama LAME joke.. hahaha aku tahan gelak.. hgahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...