Langkau ke kandungan utama

Pelajar Malaysia Ditelan Jerung Gergasi NZ

AUCKLAND, 22 OKT - Perwakilan Pelajar Malaysia (MSD New Zealand) hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar Wellington New Zealand ditemui di dalam mulut seekor ikan jerung gergasi berukuran sehingga 16 meter.

Jerung yang disabit kesalahan membunuh dengan niat tahap 1 itu dipercayai berasal daripada spesies Megalodon yang dipercayai telah pupus sejak 1.5 juta tahun yang dahulu. Namun begitu, masih terdapat saintis dunia yang masih mempercayai akan kewujudan haiwan raksasa ini berdasarkan kajian yang mereka lakukan. 

mangsa jerung gergasi

Mangsa yang ditemui telah dikenal pasti oleh pihak forensik New Zealand sebagai Abam Panda, seorang pelajar jurusan BSc Psychology dan BA Educational Psychology di Victoria University of Wellington ditemui di Kelly Tarlton's: Antarctic Encounter Underwater World yang taerletak kira-kira 15 minit perjalanan daripada pusat bandar Auckland.

Beliau dipercayai telah disumpah menjadi penguin terlebih dahulu sebelum beliau diserang oleh Megalodon terbabit. Turut sama disumpah menjadi penguin ialah housemate beliau, Ahmad F.


Sewaktu ditemui, beginilah keadaan pelajar terbabit yang dipercayai separuh daripada badannya telah pun dikokak oleh Megalodon berkenaan


Turut ditemui di dalam mulut Megalodon terbabit ialah beberapa keping gambar yang sempat ditangkap oleh mangsa dan rakannya di tempat tersebut. Pihak kami difahamkan bahawa mangsa telah membayar NZD26.40 untuk masuk ke kawasan tersebut. Itupun selepas diskaun untuk pelajar yang dibeli daripada I-Site


Namun tiada nyawa yang terkorban dalam proses di atas. Semua pihak menyampaikan rasa syukur kerana semua orang selamat walaupun berada sangat hampir - dalam mulut - ikan jerung yang dipercayai telah pupus sejuta tahun yang lepas - Reuterz

P/S: Lepas ni jangan tanya lagi aku study apa. Tak penting pun untuk orang tau..

Ulasan

  1. ngeri betul entry ini...hampir berhenti dengupan jantung ku :)

    BalasPadam
  2. err oke xlawak.

    ingatkan kesah benar ceh ceh ceh menganga aku bce laju2 ;D

    BalasPadam
  3. baju penguin tu macam kostume hari 'baju peragaan' tadika kemas Kampung Sungai Tua Baru...

    kepala ikan megalodon tu sedap buat asam pedas..sebab rupa dah nak macam ikan mayong...

    bukan makyong....mayong...

    BalasPadam
  4. ape ke comei sgt si peguin ni..nk mrah pun tak jadi..haha

    BalasPadam
  5. haha~ ingatkan betul, rerupanya cobaan. hehe~

    BalasPadam
  6. ko study ape?? eh lupe tak boleh tanya nnt kene kokak jerung..hahahha

    BalasPadam
  7. hampeh betul la

    BalasPadam
  8. mangsa kachak wohhh! nasib ah arwah.

    BalasPadam
  9. tragedi yang mengerikan. RIP

    BalasPadam
  10. adoyai nyer pun... bagaimanenye pun mahu bertanya nye pun???

    BalasPadam
  11. terkedu jap baca tajuk entri, mcm nk terkuar nasi sahur..

    BalasPadam
  12. hishh sabor jelah membacenye. suspen je.

    BalasPadam
  13. sentap bc entry ni..haha
    comey giler pingu tu..haha..pingu ok..nop mr pingu..kekeke

    BalasPadam
  14. ehehehhe...call me lame but i think it's a cute entry...kahkahkahkah.

    BalasPadam
  15. ko ni mmg terer bab2 menarik viewer.haha aku tertipu.....

    BalasPadam
  16. Siot je! hahaha..
    apepun mulut megalodon kejaddah nama menatang tuw
    agak scary! hahha..

    BalasPadam
  17. hahaha..ingatkn betul2 tadi..terkena sudah pagi2 nie..huhuhu..
    Btw, comel lah pakai baju penguin tue..(^___^)

    BalasPadam
  18. mula - mula berperasaan cuak lepas tengok tajuk entri. pastu bila tengok dari web mana terus jadi macam..okay, tak perlu risau. baik baca dulu.

    lepa baca, haaa..kan? tak perlu risau nyee punnnn

    p/s - Ahmad F kelihatannya sangat selesa dengan costume penguin beliau :P

    BalasPadam
  19. ya allah sabo jelaaaaaaaa....skali tgk muka dalam entry kemain sonok lagi dia dengan kostum penguinnya...aiyyooooo

    BalasPadam
  20. cantek gmbr. guna kamera apa ek? =p

    BalasPadam
  21. 2 degree dalam 1 masa? perghh..hebat2..^_^


    weh..jerung tu betul2 jerung ke repilka je?gile besarrrrr..

    BalasPadam
  22. RIP abam panda...

    memang sesuai la study benda alah itu..org cakap merasai dulu perasaan orang seblum kita mengubati org..hahahaha :P

    BalasPadam
  23. adoiii...tajukk da gempakk da.. terasa diri ini ditipu..hahahhaa

    BalasPadam
  24. Hampeh..mati-mati aku ingat betul tadi..hahaha..gud one bro..minggu depan dah beraya datang jemput raya rumah eyriqazz dia nak bagi duit raya RM50..miahaks

    BalasPadam
  25. ceh, beriya la klik tajuk nk baca entry..

    BalasPadam
  26. dikokak tu ditelan ek?
    abam lebam

    BalasPadam
  27. kahkahkah, gilaaaa. gelakgolek2 akuuu.*tipu

    tajuk kemain gempak!sekali pic kanak2 riang ria. hahaha. dlm byk2 pic,aku vote pic dlm mulut ikan tu. ngeri oiii. hahhaha

    BalasPadam
  28. haha..comel jer :)
    bestnya ambik psychology..

    BalasPadam
  29. ceh badigol betol..

    hahaha

    BalasPadam
  30. kena betui kang baru tau. hehehe

    BalasPadam
  31. daripada panda terus bertukar jadi penguin..

    BalasPadam
  32. ishk ishk..rasenya pasni blog ni x berupdate kan? hahaha

    BalasPadam
  33. panda makin ensem. XD

    masuk mulut jerung masih lagi mampu tersenyum.

    BalasPadam
  34. har3... aku nak gel;ak ke nak marah.. dah separuh percaya dah dengan tajuk terbabit.

    BalasPadam
  35. @Zulfikar Hazri

    aku baru perasan. haha lebih kurang ah

    aku suke ikan mayong. sedap weh

    BalasPadam
  36. @JAI

    kaye bebeno eyriqazz ni. menang lotto ke hape?

    BalasPadam
  37. Hahaha.. Kesian panda penguin tu.. Tapi, kesian lagi dekat jerung tu sebab makan penguin.. :p

    Belajar satu course dengan Amar Hamed kan? Hehe.. Kem salam dia ek kalau jumpa.. :)

    BalasPadam
  38. main2...kalau jadi betul2, rasakanlah.

    BalasPadam
  39. sekarang taste jerung berubah.
    panda jadian tu juadah paling nikmat bagi mereka.

    kbai

    BalasPadam
  40. nasib baik abam panda tak mati. kalau tidak, tak hiduplah blog ni haaaaa.

    BalasPadam
  41. hahaha. sengallahh.. ingat betul2 seh.mcm takde pulak keluar dekat news.

    BalasPadam
  42. siot je =="

    patut pelik bebenor ayah aku keje sane ta penah dye cite lak pasal ni .wa rase nak hentak org je =="

    hentak abam panda berkenaan bleh tak ? grr

    BalasPadam
  43. Ish.. ish.. ish... ko buat aku terperanjat beruk tahap 5 hinggakan jantung kawe tak berdengup beberapa microsecond. Setahu aku jerung jenis Megalodon ni hanya terdapat di Sungai Gombak je. Bagaimana boleh terlepas sampai ke New Zealand? Kah kah kah... hampeh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve