Langkau ke kandungan utama

Hantu Toyol Asrama KUSESS 2005

Okay disebabkan hari tu punya cerita Kisah Hantu Unik yang berlaku dekat KUSESS macam dapat respon baik daripada junior-junior yang aku tak kenal, kita sambung lagi cerita hantu kat sekolah yang aku sendiri alami tapi seperti yang aku cerita masa entri lepas, aku tak percaya wujudnya hantu ni. Ini lebih kepada pengalaman misteri

cerita hantu kusess 2

KISAH TOYOL MENGGANAS 2005
Pada entri lepas aku ada cerita yang setiap tahun ganjil, sekolah aku mesti ada mass hysteria pasal hantu hantuma hantum ni. 2005 ialah tahun form4 baru masuk. Budak sebelah katil aku, kita namakan Mael (nama sebenar hampir sama), ialah student baru masuk dorm Cengal 3 dan dia duduk katil bawah. Kami guna katil double-decker time tu tak taula sekarang dah guna katil kapal terbang ke apa. Katil aku sebelah dia je tapi belah atas.

Masa tu sekolah memang tengah kecoh lah ada kes toyol mencurik. Duit hilang la apa la tapi aku yakin yang mencurik tu manusia. Manusia punya susu toyol dapat nama. Kesian toyol. Maka sekolah aku telah mengambil Inisiatif dengan bantuan Ustaz Nordin (ustaz sekolah yang cool gila) untuk buat apa-apa yang patut seperti menabur kacang ke merata tempat sebab dengar khabarnya toyol kalau nampak kacang hijau, dia tak jadi mencuri sebab leka main kacang hijau. Guna ketam pun sama tapi ketam mahal kami tak mampu nak menternak ketam di setiap penjuru dorm.


Satu pagi ni Mael cakap dengan aku katil dia kena goyang. Ha ni satu lagi hantu yang suka mengacau anak-anak soleh ni. Kerjanya menggoncang katil. Mau tak lena tidur mangsa yang kena. Jadi bila Mael cerita dekat aku, aku yang jenis tak percaya wujudnya hantu ni cakap dekat dia "Malam ni balik bilik study aku tidur sebelah kau. Nanti kita tunggu dia gegar pastu kita tengok betul ke tidak hantu"

Maka malam tu lepas balik bilik study dalam pukul 12.45am camtu, tengok-tengok member dah tido dah. "Cilake betul" kataku dalam hati. Kata nak tengok hantu tapi tidur. So aku baring je la tepi dia sebab aku ingatkan dia buat-buat tidur. (NOTIS: JANGAN TIDUR 2 ORANG SATU KATIL DEKAT ASRAMA LELAKI. BAHAYA)

Makanya lepas sepuluh minit aku pun rasa boring sebab tak ada apa-apa gegaran pun. Bila aku nak bangun je lompat naik katil aku, tetiba aku dengar bunyik "suwit" ala bunyik yang senior selalu guna untuk panggil junior daripada tingkat atas blok untuk suruh buat kerja hamba abdi tu la. Tak pun macam bunyik lelaki murahan cuba mengorat di tepi jalan. Bunyi ni dibuat dengan memuncungkan bibir dan menarik nafas seperti mau mencium. Bunyi tu bergerak pantas dari pintu dorm lalu ke katil pertama di pintu, kemudian ke atas katil aku dan kemudian di belakang aku. Time tu tak pandang la ngok sebab seram haha

Aku Google gambar "toyol comel" keluar gambar anak sape tah. Gasak ah. Mungkin sebab dia pakai rantai apebende tah kt leher tu kot
Untuk menyedapkan ati aku pun bermonolog dalaman dengan mengatakan "rileks la, takde ape tu" sambil cuit-cuit member sebelah nak bagi dia bangun. Malangnya beliau tidur mampus malam tu meninggalkan aku sendirian berpeluh nak ngadap 'toyol' kat belakang kepala ni. Maka bila bunyi tu dah tak kedengaran, aku pun nak lompat lari naik katil aku lalu tidur tapi tiba-tiba..

"dubdubdubdubdudbudbdudbdubdudbudbdu" katil Mael yang aku tengah baring tu bergoncang dengan berlahan. "dubdubdubDUBDUBDUB" dan kemudian bergoncang dengan lebih laju. Time tu memang cuak tak ingat dah. Lepas tu dia berhenti sekejap. Selang beberapa saat dia bergoncang balik dan aku emmang harap sangat aku pitam masatu tapi tak terjadi. Susah betul nak pengsan.

Maka lepas agak-agak 15 minit kejadian tu berlaku, aku tak pedulik dah apa ada, aku pun pandang belakang dan tengok takde apa-apa sekaligus menidakkan tohmahan filem "Jangan Pandang Belakang" yang tak best tu. Bila tak nampak apa-apa, aku pun naik katil dan tutup muka dengan selimut walaupun malam tu panas amcam haram.

Syukur duit dalam loker aku tak hilang time tu. Mungkin kacang bawah katil tu membantu memesongkan objektif toyol gamaknye. Lantak lah. So, cikgu-cikgu yang posting kat KUSESS tu kena alert lah dengan kesihatan mental student dan kena tahu apa yang student lalui. Sekian.

Ulasan

  1. hahaha!! teringat ustaz tabur garam kat padang lepas tu kacang hijau penuh satu sekolah :)

    BalasPadam
  2. @amrh.anth

    projek tanam pokok kacang hijau tu ahha. Ada lagi ke tak eh sekarang ni

    BalasPadam
  3. kau boleh plak buat2 tdo time tu. kalau aku dah lama jerit sekuat2 hati.

    BalasPadam
  4. @Faezahasbullah

    ko kene faham, kalau aku jerit, maunye tak aku kene cop "KUPAB" sampai abis form 5? lol

    BalasPadam
  5. time abg dah keluar ada sekali lagi jd mcmtu..sekarang tak tahu la..yg pasti masa tabung kacang hijau tu la paling mengganas..tapi toyol tu xamik duit warna lain selain merah kan?

    BalasPadam
  6. *tabur idk mcmana boleh taip tabung??

    BalasPadam
  7. Aku tak percaya tapi aku tetap ada rasa takut.Dan aku pernah pikir budak2 yg kena histeria ramai2 bukan betul2 kena kacau tapi gedik nak balik rumah dan carik perhatian je.hahaha

    BalasPadam
  8. @amrh.anth

    amboih lorat gile toyol ni nak duit sploh hengget je mentang2 tu not majoriti yg student ada hahahha

    a'ah abg keluar 2006, so 2007 make sense la tahun ganjil

    BalasPadam
  9. haha!! tuan toyol pon agaknya faham yg budak2 sek xde duit banyak2.. tapi tahun 2007 banyak histeria la..

    BalasPadam
  10. kalau buat eksperimen kan. ko spray air guna sprinkler gosok baju tu atas kajang2 hijau yang bertebaran nanti dalam masa 3-4 hari maka akan tumbuh taugeh..

    dengar cerita Toyol suka makan taugeh.. "aku taktaulah, org cerita kat aku, kalau dia tipu aku maknanya aku tipu kau la"

    BalasPadam
  11. aku dulu katil atas jugak..
    elok toyol tu bertenggek kat belah kaki aku..
    aku tarik selimut buat buat cool la kan..
    tak terajang kang budak kecik..
    cilake punya toyol

    BalasPadam
  12. hah..skolah ni belakang umah je nih...berhantu? ada cousin sy skolah sini dr form 1 to form 5

    BalasPadam
  13. kalau kene kat aku, zaman hostel dulu, dengar orang mengilai jam tiga pagi aku sambung study sampai abes. errr. sebab... aku pikey apa lahhhh perempuan tu buat mengilai pepagi buta sampai ke subuh tak berenti2. The next day baru aku bleh pkey logik "oh... manusia mana bleh ketawa tak berenti".... Lepas pkey baru meremang bulu roma sekejap.

    aku syak hantu tu mesti rasa looser kacau budak terlebey blur macam aku =_=" mungkin die menangis waktu ketawa tu sebab aku x bg respond, siap boleh study dgn riangnya tak mengantok ada org temankan study. adeh =_="

    BalasPadam
  14. penakut jugek ko rupanya. hehehe.



    eh. ko sengaja tulis 'emmang' dan 'amcam' tu ea? ke tak sengaja?

    BalasPadam
  15. HAHAHAHAHAHA ~

    teknik penceritaan yg buat aku gelak bodoh sorang2 gamaknye

    BalasPadam
  16. entry ni membuatkan aku nk follow twitter kau balik, lepas bbrapa minggu aku unfollow...hahaha. siapa suruh merepek mcm nenek tua dlm twitter!

    BalasPadam
  17. hahahhaa.hoi tengkusyahpanda!takleh lagi lawak?senak perut tahan gelak pepagi buta nih.hahahahah.

    eh tapiii,aku cuak jugak baca ni.pukul 1.38pg kot!dah sorg2 dalam bilik.asyik usha tgkap je weh!hahahhaha

    BalasPadam
  18. @ben shariff

    yeah....aku xbuat twitter nama Tengku Panda Syah III tu utk kau. aku buat utk aku. So...xpayah follow pun xpe...

    BalasPadam
  19. kesimpulan di sini: jangan bawak duit rm10 tapi tukarkannya kepada note yang lebih kecik cam rm1 tapi bawak berpuloh2 keping then quaranty x jadi di curik. wakaka

    BalasPadam
  20. hahhahaha. tak boleh blah, bedspread/blanket kuning :P

    BalasPadam
  21. err..mujur aku tak pernah merasa tingal kat hostel..

    kalau mnda ni jadi kat aku, mahu koma terus kot..takot..hoho..

    BalasPadam
  22. @APi

    apesal ko anggap natang tu manusia?lol

    BalasPadam
  23. @IRAH HAJERAH AZMAN

    kitorg ade gak sbb jaraj aspura ngan aspuri xsampai pon 100m so mmg jelas dengar kalau org mengilai atau histeria

    BalasPadam
  24. kALAU DUDUK ASRAMA MACAM2 CERITA MISTERI DPT DIALAMI. lain tahun lain versi.haha. apapun, slalu lah baca ayat2 al-quran n ayat qursi untuk selamat.

    takleh tahan bila part buat2 tdur.. pehal tak jd hero halau je hantu tu? mcm dlm filem khurafat tu!

    BalasPadam
  25. teringat waktu tabur garam kat skala taon lepas..
    nmpak bende melompat atas loker..

    BalasPadam
  26. huhu..kusess skrg still gune double decker lol...tp still byk kess histeria..especially last year..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...