Gambar Pelajar New Zealand Berjaya

Semua gambar adalah diambil di majlis graduasi Victoria University of Wellington yang berlangsung 13 Disember 2011. Kita dah banyak sangat baca cerita pasal student hilang kat oversea la, pelajar gagal la, apa kata kita tengok pelajar-pelajar yang berjaya, yang awesome pulak? Semua ni student Victoria University of Wellington


Atas ni ialah satu-satunya gambar yang aku berjaya tangkap masa upacara penerimaan sijil disebabkan kehabisan bateri. Penerima ijazah di atas merupakan seorang student BSc (Hons) Math yang sangat awesome. Nama dia Shamimi Samsuddin dan dia ada blog di sini .



Seperti tahun sebelumnya, majlis graduasi VUW 2011 pun ada proses berarak (parade, bukan minum arak) di kawasan yang sama. Baca: Hari Graduasi Victoria University of Wellington . Semua yang ada atas jalan raya tu kena di'clear'kan dulu untuk memberi laluan kepada siswazah-siswazah yang hebat menghabiskan tahun-tahun pengajian mereka.

Untuk pengetahuan korang, sistem di sini tak sama dengan di Malaysia. Kat sini most courses adalah dihabiskan dalam masa 3 tahun kemudian untuk masuk ke tahun Kepujian (Hons.) kena pulak apply dengan pihak universiti dan akan ditempatkan dalam kursus 1 tahun. Kiranya sesiapa yang nak merasa grad 2 kali di Wellington bolehlah grad degree kemudian masuk pulak program Hons.

Sebenarnya banyak lagi gambar dalam harddisk tu cuma aku malas nak berjalan ke bilik dan import pulak gambar ke dalam komputer. Lagipun aku tengah sibuk lagi ni ini pun tetiba ada mood nak update blog sikit. 


Haa yang kiri tu dah kawin, jangan korang menggatal pulak. Akak-akak dalam gambar ni kiranya manusia yang paling rapat ah ngan aku sepanjang aku kat sini. So, lepas diorang grad ni, diorang balik lah ke Malaysia dan tinggal aku sensorang kat Wellington. Sob sob sob. Rindu Kak Long (tengah) dengan Kak Ngah (kanan)


"Moment"


Tapi takpe, seronok sebenarnya tengok orang grad. Selain boleh tangkap gambar, kita jugak boleh tanamkan azam untuk turut naik pentas untuk ambik sijil daripada pakcik tua bernama Vice-Chancellor tu. Daripada majlis graduasi 2010 lagi aku dah janji aku nak naik pentas tu.

So, tahun 2012 ni dah final year. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang lain, selamat belajar dan fokus untuk yang terbaik.

p/s: Beribu-ribu pelajar yang berjaya, hanya segelintir yang bawak nama busuk, habis semua ternoda

Ulasan

  1. owh,ingtkan dah habis btl,kre skrg study utk hons la pulak ye...all the best ^^

    BalasPadam
  2. dah lama tak nampak ko update. busy rupanya.


    jangan lupa upload gambar ko pula nanti. good luck. :)

    BalasPadam
  3. best la graduate university luar...huhu

    BalasPadam
  4. Best la tengok gambar org konvo. kat overseas plak tu. oh, camtu ye sistem kt NZ. tp best gak dpt konvo dua kali. kalo malaysia dpt konvo skali je la sebab dh mmg final year ngn hons. *still kompius* takpaham knape ada hons n takde hons. leh tak Mr Arc terangkan? ni la soalan serius ok. sbb aku uni malaysia je. so, takpaham overseas nye sistem cmne.

    BalasPadam
  5. aku teringin nk tgk org grad dkt oversea tp sygnya aku x dkt pulak dkt tmpt kjadian wkt tu.ak da blk msia.serius meremang bulu roma dpt tgk org grad naik pentas terima sijil.

    bestnya korg.kitorg tesl lain skit.kalu nk grad kt vuw kna dtg sdir pakai det sdiri.

    all the best korg.:)hrp tahu ni dpt tgk org grad dkt town.please nk sngt since tahu last kt sana.

    BalasPadam
  6. seronoknye dah habes blaja..
    xpe..
    tahun dpan grad...
    hihih..

    BalasPadam
  7. @Nazri Hanafiah blaja same je bro. maybe time blaja kami leh keje part time n then ada parade masa grad

    BalasPadam
  8. @Fatin Aliyya bulan 5 ada tesl MARA grad xsilap aku. every year

    sape suruh balik Malaysia time summer? x kental lgsung -_-

    BalasPadam
  9. tak sabarnya nak grad nak baling topi. duhh, another 4.5 years in ireland. =,=

    BalasPadam
  10. dekat monash univ pon sme! especially yg amek bachelor of science. haha.

    BalasPadam
  11. sronok tgk org dah grad..kn..sabarla dik...akak yg dah grad sume tu tingglkn ko kjp je.. konfem semua doakn kejayaan ntuk ko, blaja elok2 :)

    BalasPadam
  12. @ayahanuna mmg science je kot ade hons? dont think TESL ade.

    BalasPadam
  13. aku malas nak sambung Master! arghhh, tapi teringin! ahhh ahhh ahhh

    BalasPadam
  14. budak2 oversea yang buat hal tu biasalah nk populariti.. disebabkan diorang habis sume kena... biasalah: kerana LEMBU setitik rosak susu sebelanga... kan3? sabor je la... asalkan korang sume berjaya n iman terjaga. :)

    BalasPadam
  15. ema ima isma bitara10 April 2013 pada 9:44 PG

    i nak masuk overseas nanti.......i nak belajar kat sana.....saya suka di sana kerana sejuk...........
    kau tetap di hati......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming