Iphone 5 dan Confirmation Bias (Psikologi)

Malam ni aku tinggal seorang diri dalam rumah. Nak main Xbox, dah menang story mode. Nak buat assignment, takde mood. Nak masak, tak lapar. Nak mengumpat, taknak buat dosa. Jadi aku bukak Facebook dan tengok ada sorang kawan ni share something pasal Iphone 5.

Source: Engadget
Video yang kawan aku share tu adalah daripada talk show Jimmy Kimmel. Yang menariknya pasal video ni, dia bukan bagi review pasal Iphone 5, tapi sebenarnya dia tanya orang awam tentang Iphone 5. Yang lagi menariknya, Iphone dalam tangan diorang tu bukannya Iphone 5 pun!



Untuk pembaca yang ada slow internet connection, sebenarnya dalam video ni dia tanya orang awam apa pendapat diorang tentang Iphone 5 yang diorang bagi pegang sedangkan sebenarnya diorang sedang pegang Iphone4S. Kata mereka, selepas di-BM-kan:

"Phone ni lagi bagus lah"
"Phone ni lagi ringan daripada yang lama"
"Phone ni lagi berat daripada yang lama"
"Mak oi lajunya processor dia. Saya punya lembab gila"

..sedangkan yang diorang pegang tu sebenarnya telefon versi lama juga. Lalu, teringat dengan benda yang pernah dipelajari dalam kelas; semuanya kena tipu dengan diri sendiri melalui satu efek psikologi yang diberi nama CONFIRMATION BIAS (istilah dalam Bahasa Malaysia tak diketahui sebab lecturer aku bukan Orang Melayu)

Apa benda tu conformation bias?
Dari segi bahasanya ialah suatu kesan, di mana kita dah set satu hipotesis dan selepas benda tu cari benda atau ciri yang menyokong pendapat kita tadi

Dari segi bahasa harian kita "Eh aahlah Mat, Iphone 5 ni memang macam aku agak dah, lagi power!"

Entah mana datangnya power sedangkan benda dalam tangan dia tu pun bukannya Iphone 5. Tiba-tiba aku teringat dekat kawan yang mintak pendapat untuk beli smartphone; samada Iphone 4s atau tunggu Iphone 5. Dalam situasi ni soalan favourite yang aku tanya orang yang dalam dilema macam tu ialah:

"Kenapa kau nak beli Iphone?"

Daripada 4 orang yang bertanya soalan tu, semuanya menjawab "Sebab dia Iphone kotttt. Just because". Nampak tak situasinya disini? Dia tak tahu apa sebab dia nak memiliki, tapi dia dah ada kecenderungan untuk beli Iphone. Mengikut penjelasan confirmation bias dan video tadi, beginilah urutan situasi tu:

Step 1 : Brader A tau benda tu Iphone 5 ( yang dia tak tau ialah benda tu Iphone 4S sebenarnya), yang secara logiknya haruslah lebih bagus serba-serbi dari versi yang lebih lama di pasaran. Ini ialah 'hipotesis', Iphone baru lebih bagus dari yang lama
Step 2: Dia belek-belek telefon tu dan cuba guna
Step 3: Mengiyakan yang Iphone dalam tangan dia tu lebih bagus. Hipotesis 'disahkan'.

Bukan nak kata semua pengguna Iphone tak tahu apa beza setiap versi dan kenapa diorang beli telefon yang mahal gila tu. Tapi inilah realiti dia. Orang beli kerana jenama walaupun dia tak tahu ke arah mana dia salurkan duit tu. Untuk retina display yang lebih bagus secara subjektif? Untuk kamera depan (versi 4 dengan 4s pun dah ada) yang tak guna pun kecuali masa camwhore? Untuk bermegah-megah dengan orang lain? :P

Kalau aku, lebih suka salurkan duit aku ke arah makanan.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati.

Bye.

Ulasan

  1. ayat last paling best..baik salur kat makanan..
    memang betul pun..
    baik beli makan je dengan harga Iphone5 tu.kenyang,hati senang..makanlah apa yang diidamkan.Asalkan halalan tayyiban

    Sebenarnya nak tunjuk gah je..bukan keperluan pun

    aku ada Iphone5..kau ada?

    BalasPadam
  2. Pakai iPod touch pun dah ok. hehe
    Simpan duit untuk kahwin/melancong much2 better.

    BalasPadam
  3. itulah dia,ye lah,,jenama kan,, smpi skang pn masih guna henpon biasa2 pasal bukan reti pn aplikasi dalam tuh~~~

    BalasPadam
  4. Betul tu.. Orang lebih suka bergaya dgn jenama walhal bukannya tau sangat apa fungsi yg ada kat dalam tu..

    Ada yg beli enpon canggih ni semata2 sbb banyak game kat dalam tu.. adehh..

    Akak still guna nokia je.. Dapat buat/terima call dgn amek gambar dah cukup dah.. Boleh je kalau nak beli iphone tu tapi kalau beli sekadar untuk bergaya, itu kerja orang bodoh...!

    BalasPadam
  5. yup! btul 2.. i ada kwn pakai htc, tp ckit pnya pyh ku tgk dia gna.. bla tanya apsl bli htc dia jwb sb dia canggih n npak gah! yuks!

    BalasPadam
  6. nice entry :)
    lect kami ckp dlm BM..
    confirmation bias tu gak dkenali sbg bias pengesahan..
    len situasi yg byk tjadinye bias ne ble bab2 bcinta..klu da die mmg da fkir negatif kt bf/gf die, mmg sume mende pown die akan akan tgk sbg ksalahan sb nk mengiyakan / mngesahkan ap yg die rase tu betul even bf/gf die wt kebaikan..x ke gitu? sekadar cuba mberi pndangan..jika khilaf, maaf :)

    BalasPadam
  7. nice entry :)
    lect kami ckp dlm BM..
    confirmation bias tu gak dkenali sbg bias pengesahan..
    len situasi yg byk tjadinye bias ne ble bab2 bcinta..klu da die mmg da fkir negatif kt bf/gf die, mmg sume mende pown die akan akan tgk sbg ksalahan sb nk mengiyakan / mngesahkan ap yg die rase tu betul even bf/gf die wt kebaikan..x ke gitu? sekadar cuba mberi pndangan..jika khilaf, maaf :)

    BalasPadam
  8. part mne tu yg betulnye? :)mohon jelaskan..

    BalasPadam
  9. kdg2 kita bajet komen hendak meneutral balikkkan apa yg di tulis didalam blog di atas..dont be hypocrite..

    BalasPadam
  10. @Anonymous
    sesekali...kurasa teringin...melewati..hati yang sepi..~

    BalasPadam
  11. hahahaha.. aku teringat aku pernah buat cara nie kepada makcik aku masa sekolah dulu. Makcik aku peminat megi tapi satu hari tue aku saje kabo ke dia aku dah jumpa satu lagi mee segera yang lagi sedap. Dia teruja nak tahu.

    So aku masakan laa megi biasa tak tunjukkan packaging ke dia dan hidangkan.. Beriya dia kabo mee segera tue lagi sedap dari Megi walhal itu sememangnya Megi.

    Aku panggil itu Pengesahan Keterujaan. Dia teruja, dia iyakan.

    BalasPadam
  12. @Aujinz
    good anecdote, tp term dia sama je confirmation bias jugak.

    BalasPadam
  13. yakin je masing2 jwb, lebih ringan lebih nipis, more brighter la.. walhal tgok sisi phone pun dah thu bukan iphone5..kah3

    BalasPadam
  14. Video ni sebenarnya 'sarcasm' bagi kemunculan iphone 5. Haha skali tgok pun dah tau memang dia perli abiss Apple.

    BalasPadam
  15. minat gak nak beli satu iPHone 5...tapi budget tak kesampaian lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming