Langkau ke kandungan utama

Victoria University of Wellington New Zealand Graduation Day 2013 - Hari Graduasi Aku

Alhamdulillah, praise to Allah. After 3 years of tears, sweat, and blood-shedding, we finallyreached the end of our time undergraduate students in Vic uni. Life surely wasn't easy for us, but we had each other through thick and thin. I, Asfan Ash (not real name) is now officially a graduate in BSc Psychology and BA Educational Psychology, alongside my 3 friends on my left shown in photo

Photo is actually from Victoria University Facebook page , but I edited it.
Okay berbalik ke bahasa ibunda. Tadi tu intro untuk explain kat international readers. 3 tahun aku duduk sini dan 2 kali jadi amateur photographer untuk seniors setiap hujung tahun, akhirnya tahun ni aku dapat merasa jadi orang yang diraikan. Dan...kitorang ada perarakan!! Sedikit old-fashioned disitu tapi bila lalu di depan orang ramai dengan berjubah semua tu, rasa sangat-sangat diraikan dan terasa ada pencapaian yang disempurnakan.


Again, thanks to Woolf Photography, via Victoria University
So, aku kena pegang sepanduk Science Faculty tu dan berjalan tepi Professor. The perks of doing this is, dapat masuk banyak gambar tapi sebenarnya downside dia lagi banyak sebab tak semua gambar dia upload. Better jalan dengan kawan dan menumpang gambar famili diorang.

Semalam pulak memang panas gila (sekarang dah masuk summer) so berbuih jugak lah ketiak berjalan jauh daripada Government Building melalui Lambton Quay ke Willis Street dan seterusnya ke Civic Square. Bila sampai, kitorang kena dengar ucapan sikit dan lepastu mulalah aktiviti bergambar - Malaysians' favourite activity.


Koleksi gambar ada dekat album MY GRADUATION DAY - 2013 (boleh klik) untuk lebih banyak gambar. dah tak muat letak sini. Gambar atas pentas pun kat situ

ILLUMINATI! LOL
Seriously, rasa sayang sangat nak tinggalkan New Zealand, dan kawan-kawan yang boleh kata tiap malam sama-sama study sama-sama, sampaikan ke Subuh kekadang. Tahniah sebab kita grad sama-sama dan lepas ni mesti rindu nak study, ngupngapngupngap dan gelak-gelak dengan korang.


Masa untuk berbakti pada negara.

Ulasan

  1. sangat kagum n mesti sedey kn nk tglkn sane..tahniah tahniah tahniah..slamat kembali ke Malaysia :)

    p/s: mungkin sb blaja same course tu yg rse kagum n bangga tu tlebih sket..

    BalasPadam
  2. Tahniah sekali lagi.. Lepas ni akan jadi pekerja pulak.. Struggled dengan kerja yang menimbun.. Semuanya pengalaman..

    *Balik nanti bawak panda hidup sekor.. hehehe..

    BalasPadam
  3. Tahniah. Berbaktilah kepada negara. Malaysia mmg perlukan ramai org yg mcm kau ni.

    BalasPadam
  4. tahniah asfan dan selamat kembali ke Malaysia..
    dan selamat datang ke dunia pekerjaan..=)

    BalasPadam
  5. tahniah papanda!!!
    mesti ko akan rinu NZ sangat sangat kan
    selamat menempuh alam pekerjaan dan moga bertambah murah rezeki ko!!!AMIN....

    BalasPadam
  6. tahniah adik panda...

    mmg puas sgt klu tgk gmbr grade..aku ni jns plk xhingin bt master ke phd so konvo degree tulah satu2nye gmbr grade yg aku ade..

    plg sedih mesti nk tgglkan nz kan?

    BalasPadam
  7. tahiahhhh abam panda! rindu ah, lame tade bce tweet meriah abam panda :)

    BalasPadam
  8. tahniah..semoga terus sukses dalam bidnag kerjaya pula lepas nie & sentiasa murah rezeki...dan semoga segala impian2 akan menjadi kenyataan ..(^___^)

    bestnya dapat study kat oversea...mesti seronok kan amsa konvo tue...tahniah sekali lagi..=)

    BalasPadam
  9. Congratulation ! all da best bro! Ayuh persiapkan diri memberi bakti kepada Malaysia ! *patriotik betul*

    BalasPadam
  10. Rasa macam baru semalam kenal blogger nama ARC yang pergi gathering blogger kat TS dengan YnaaOhYnaa, MelRomeo dll. Macam baru semalam tweet tanya bila nak fly.

    Pejam, celik, pejam, celik.. dah balik.

    BalasPadam
  11. even dah lambat,tapi harap ucapan tahniah aku valid lagi. tahniah pepanda woit. moga terus sukses!

    BalasPadam
  12. wah! tahniah papanda...bestnye convo :D -ain

    BalasPadam
  13. Wah, untungnya dapat gi sana. Congrats sebab graduate dengan berjayanya. Bangga rakyat Malaysia :)

    -> ❤ TechKini.com

    BalasPadam
  14. waaaaaa dah graduate dah arc??? cepat je masa berlalu :D tahniah2......!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...