Langkau ke kandungan utama

Borang Penilaian Pensyarah

Korang tahu tak apa tu borang penilaian? Aku start isi benda ni kalau tak silap dulu masa kat UNITEN. Pendek kata lah kan, borang ni mengandungi beberapa soalan yang diletakkan penskoran dia dalam Likert Scale (beri markah 1 untuk sangat tidak setuju dan markah 5 untuk sangat setuju) dalam pelbagai aspek untuk menilai sejauh mana keberkesanan seseorang pensyarah tu dalam kelas.


Nak dijadikan cerita, haritu kami diminta oleh pensyarah kelas komputer (TMK) di salah sebuah Institut Pengajian X. Sebelum dia bagi kami kertas tu, dia baca setiap item dan bagi hint untuk kami bagi rating tinggi-tinggi untuk dia

"Kalau awak bagi markah rendah, terganggu la periuk nasi saya"

Disebabkan aku ni seorang yang jujur lagi baik hati, semua aku tanda markah rendah iaitu 1 (SANGAT TIDAK SETUJU) pada borang tu. Markah yang paling tinggi pun 2 la sebab 1 tu macam kejam sangat. Nak dijadikan cerita, lepas hantar kertas tu satu kelas, dia baca penilaian kami. Nasib baik dia tak tahu yang bagi rating paling teruk tu ialah aku, ketua kelas tu sendiri.

Apapun, kami terkejut

Sebab apa? Benda tu ialah sepatutnya sesuatu yang private dan confidential. Sesuatu antara penilai dan badan yang menguruskan penilaian tu untuk memberi penambahbaikan atau amaran kepada pensyarah yang tidak menepati piawaian demi menjamin mutu pendidikan di sesuatu institusi pendidikan.

At least, itulah situasinya di New Zealand dulu.
Pensyarah diharamkan berada dalam kuliah semasa pelajar menanda untuk mengelakkan bias.
Pensyarah diharamkan menyentuh kertas-kertas tu
Aku pernah lukis dinosaur lepas bagi markah dan tiada siapa yang mengungkit. Penilaian itu masih sah
Pensyarah haram memaksa pelajar bagi rating tinggi

Tapi benda-benda ni haram, tak berlaku di Institusi X. Malah ada kawan di Institusi Y nun jauh di utara sana memberitahu, mereka pernah berlaku jujur dan dipanggil oleh ketua jabatan lalu dimarahi. Pensyarah kami kalau dinisbahkan "actually mengajar" dengan "marah student sebab bertanya dan berbincang" ialah 1:34. Dia bagi kami CD, dan suruh kami belajar daripada CD yang mengandungi slideshow pelajar tahun lepas. Apa guna dia duduk di depan? 

Kenapa agaknya perlukan borang penilaian kalau nak paksa kami bagi markah tinggi? Isi je lah sendiri. memanglah periuk nasi sesetengah orang yang tak paham bahasa, tinggi ego, dan berlagak sombong akan terganggu tapi dalam usaha mencapai mutu pendidikan yang tinggi dan melahirkan generasi baru yang berintelek serta tak berperangai cacing hutan, maka pengorbanan ini adalah perlu.

Sampai bila kita nak bagi manusia-manusia macam ni kekal dalam sistem dan mengajar pelajar agar meniru perangai buruk mereka ni? Sampai bila mereka ni taknak belajar daripada kelemahan diri dan sentiasa nak bajet diri mereka sahaja yang betul? 

Tapi, tak semua institusi pengajian tinggi camtu. Ada orang beritahu yang UUM tak macam tu dan sesetengah U yang lain pulak guna sistem rating online. Alhamdulillah, bagus. Mungkin sebab tu lah pendidikan di sesetengah institusi lebih bagus berbanding tempat yang lain. Sebab inilah juga jabatan M lebih bagus daripada jabatan N dalam sesuatu institusi.

Sebab penyakit dalam institusi berjaya disembuhkan. The bad apples got thrown away.

Saya menyeru pensyarah di luar sana dan rakan-rakan yang akan jadi warga pendidik satu hari nanti, terimalah kelemahan anda dan berusahalah memperbaikinya. Buatlah yang terbaik dalam mendidik anak bangsa dan bukannya makan gaji buta daripada periuk nasi yang tak pasti status halalnya.

Sekian, klik link ni untuk memastikan domain blog ni kekal hidup http://bit.ly/X4Pfhu

Ulasan

  1. Sekarang evaluation buat online je. No fuss. Takyah ngadap sape2.

    BalasPadam
  2. @Anonymous certain places, maybe. This story Im telling you, is a true recent one

    BalasPadam
  3. Samela gk kat U nie jugak...ade stgh Lect siap ckp sblum pngajaran, buat rating rendah2..pas pengajaran letak rating tinggi2 supaya nmpk effect pngajaranny..in the end student xdpt ape sgt pn..skdr memuaskn aty lect je..

    BalasPadam
  4. blog di update. yeay.

    mmg link tu directed ke motorsport petronas eh?hehe

    BalasPadam
  5. UM menggunakan sistem online. So far, xde lg yg kena panggil sbb markah penilaian lecturer rendah. HAHAHAHA

    BalasPadam
  6. @PLKStudent mak aih teruknya gitu. diorg rasa berkat ke camtu eh?

    BalasPadam
  7. ad skali tu kat univ kte dlu, satu lecturer dpt evaluation yg agak rendah, and kena keluar. lecturer tu baik sgt dan pandai dlm research tapi mungkin pengajaran bukan bidang dia, jdi kurg dpt good evaluation dri students. pengajarannya, lecturer kne pndai grab attention student and student kena hormat lecturer :)

    BalasPadam
  8. @Nawwal Bukhari tapi aku tertanya2 yg guna sistem online ni mesti korg kena login. bila login mesti guna ID dan password.

    dan boleh trace. woha

    BalasPadam
  9. Betul-betul luah perasaan masa entry ni ye. huh ipg kan. Kesian. Sistem lama. Macam mana nak buat penilaian.lol

    BalasPadam
  10. budaya ni dah berakar umbi kan. tu yg susah nak ubah

    BalasPadam
  11. kadang online bagi gred rendah pun tak boleh nak save. lagi-lagi penilaian bagi khidmat universiti macam SKR.

    BalasPadam
  12. Masa kt nz aku komen betapa cutenye lecturer tu. Penilaian aku camtu so err takpe kan?

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, dari dekat kolej dulu sampai dekat universiti sekarang guna sistem rating online :)

    Jadi, tak merasalah benda macam ni.

    BalasPadam
  14. dekat uni saya guna sistem online.

    lecturer ajar satu subject per sem/sesi and satu batch je, so, walaupun dia tak tau siapa yang rate dia tapi for sure dia tau batch mana yang rate dia. pernah sekali tu lecturer up status perli students pasal rate dia rendah. nasib baik diorang tau rating diorang lepas dah mark exam papers.

    BalasPadam
  15. Haha. Mcm tau je ip apa tu. Kmi sekelas dulu pernah dapat gred nyawa2 ikan dlm ujian akhir gara2 benda yg sma.. siap heboh satu ip lg kena cop lecturer kelas yg kuat melawan.. :D

    BalasPadam
  16. pernah terjadi masa sy blaja dulu ada kes lecturer kena stop mengajar next semester nye sbb student kasi evaluation rendah. so, samada bnda ni P&C sebab buat online tu tak dpt la dipastikan. sbb bila student persoalkan dekat VC pasal pensyarah bole tau ke tak result tu, VC kata tak. admin je tau. pensyarah taktau.

    BalasPadam
  17. wau first time pulak dengar pensyarah paksa student bagi rating sendiri. kat kolej aku nasib baik la takdak. maybe sebab student pun biasanya tick je memane nombor.

    BalasPadam
  18. dulu mase zaman study pun penah kena jugaklah situasi mcm nie...
    tapi kan, biarlah students tue isi borang tu dgn telus,
    jadik jika ada kekurangan etc dlm sesi pembelajaran dptlah dibaiki..
    kalau dah tak telus, wat per ade borang penilain itu semua...membazir kertas aje...:p

    BalasPadam
  19. @Asfan Ash

    Entahla..ade lak yg sbb xdpt byrn maka die leh plih bulu sesuke hati, tp still suh wat rating cmtu klu x, feel free to see the Dean..sbb in the end, the Dean listen to the lect especially WOMEN..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...