Langkau ke kandungan utama

Hakikat Trend Tudung Semasa

Mungkin tak semua pembaca tahu tapi sekarang ni aku dah berada di Malaysia, for good. Sebab tu blog pun bersawang habis dan hanya ditulis kalau ada masa. Hanya perkara penting yang perlu diblogkan dan masa pun sekarang menunjukkan 4.03 am sebab baru siap tulis assignment. Tapi takpe lah, bagi aku peluang berblog kejap seba tadi aku dah telan Nescafe warna merah. Merah maksudnya berhenti. So, aku berhenti tidur lah malam ni

Sekembalinya ke Malaysia, benda pertama yang aku perasan berbanding New Zealand ialah ramainya rakyat yang bertudung. Pandang kiri nampak gadis yang nampaknya seperti penuntut UIA. Toleh kanan pulak nampak gadis yang pakai beg USIM. Tengok orang lain, eh ada pattern tudung yang aku jarang-jarang nampak. 


Agaknya ini la tuudng Fareeda yang keluarkan iklan kebudak-budakan yang orang share kat Fesbuk aritu. Senang je nak kenal natang ni, dia ropol-ropol macam langsir kat tengkuk, wajib 3 kaler,

dan singkat gila.

Biasanya singkat ni orang suka tengok, sebab ada benda yang nak ditengok. Tapi aku ni pseudolelaki agaknya sebab tu la bila aku nampak gegadis pakai camni, terus aku jatuhkan ranking dia ke tempat yang bawah-bawah sampai nak terima hadiah saguhati gegula Sugus pun tak dapat. 

Pendapat daripada seorang lelaki yang bernafsu normal:
  • Tudung ni buruk
  • Tudung ni mahal
  • Tudung ni punya part kat leher tu tak ubah macam langsir rumah lama aku dulu. Alas meja telefon pun guna jenis sama jugak
  • Tudung sampai 3 kaler buat apa? Semak mata memandang tau
  • Tudung ni singkat sangat sampai kekadang terbukak nampak leher. Part dada tu tak payah cerita. Defeat the purpose of wearing a hijab. Ini bukan judging la. Tu la dulu masa sekolah, kau tidur. Kan dah tak ingat etika pemakaian Islam. 
  • Warna banyak sangat. Cukupla baju kaler terang-terang. Tak semua tempat di Malaysia ni funfair tau.
  • Tudung ni mengingatkan aku pada persamaan...

Dulu trend Yuna tu orang kata macam bonggol unta, sekarang ni, ramai yang nak jadi biawak pulak. 

Gadis-gadis di luar sana, ada beberapa hakikat yang anda perlu terima
  • Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa
  • Jangan tertipu dengan model tudung. Dia pakai nampak cantik sebab muka dia memng cantik. Pakai tudung dia takkan membuatkan muka korang jadi cantik secara magic
  • Pemakaian hijab, mesti menutup dada. Aku ni lelaki pun aku tau. Janganla korang buat tak tau.
Dah la, aku nak tidur dengan harapan berkurangla hendaknya orang yang pakai camni. Bukan gadis je yang pakai, Makcik pun ada. Penyeksaan mata sungguh. Tapi takpe, maybe ramai yng tak tahu cara menutp aurat tu. Jadi, bila dah tahu sekarang ni, bolehlah berubah

Daripada beli tudung tak cukup kain ayng mahal, baik makan natang ni . >>MAKAN<<

Ulasan

  1. Aku ni lelaki pun aku tau. Janganla korang buat tak tau.<----hahahhaa, stuju yg ni... betul2...

    BalasPadam
  2. This reminds me of my officemate's statement :
    Kau pakai tudung bawal je? Alia, kalau kau pakai tudung kaler-kaler ni, kau nampak lagi *ahem* cantik.

    Errr...takpelah.

    BalasPadam
  3. Banyak typo dalam entry ni.. Takpe la, dimaafkan sebab mata dah penat + mengantuk... :)

    Gambar natang tu biawak ke..? Bukan cicak kobing ke..?

    Sebagai pompuan, akakpun tak suka tengok pompuan pakai tudung macam ni.. Akak lebih suka pakai tudung bawal.. Biar la orang nak kata kuno pun..

    BalasPadam
  4. kenapa aku perempuan tapi aku rasa benda yg sama mcm kau rasa? haah macam langsir. bagi aku bawal dgn tudung sarung syria kaler hitam dgn anak tudung kaler pepel pun dah cantik , tak suka pakai tudung makcik-makcik wkakakaa

    BalasPadam
  5. aku pun pelik...makin kecik makin mahal? watdehel?

    BalasPadam
  6. hi...
    setuju dengan cik azz, lebih suka pakai tudung bawal dari tudung tingkat2 macam ni.

    Kadang2 nampak kesian pada orang yang memakai tudung tingkat2 ni. bergaya je lebih tapi still terdedah aurat, bila angin tiup, mudah nampak leher..

    Rasa pengeluar tudung ni patut kene pergi kursus fesyen muslimah la. dorang ni lebih mementingkan untung jer.. Tapi paling tak paham juga, walaupun makin singkat makin mahal, still juga tudung type macam ni dapat sambutan kat pasaran...

    tak paham tak paham...

    BalasPadam
  7. jangan kata aku, adik aku yang darjah 6 pun tak mau pakai tudung tu. pendek katanya. memang betul pun pendek.

    BalasPadam
  8. aku lagi tak gemor sejak awal kemunculannya..akak aku ada bagi satu, aku simpan je dalam gerobok.
    pendapat kita seiring sejalanlah abam panda..
    Mudahmudahan mereka jumpa hidayah yang Allah beri

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Hahaha... Ter delete plak komen tu... Hurmm... Membe2 aku yg pakai tudung ni kebanyakkan yg dah kawen je... Atau yang rasa diri tahap makcik2 je... Kikiki... Aku tak minat kot camni... Hehehe

    BalasPadam
  11. yg dr segi aurat tuh sy stuju.patut dilabuhkan.tp kene pikir positif skit la.jgn la kuno sgt.jgn luper tudung berfesyen fesyen nih la yg menggalakan rmai org brtudung.terutama artis yg kebanyakannyer bertudung skrg.cuber byngkan smuer org malaysia brtudung bawal.bosan kottt.terima la aper2 yg mengarah ke kebaikan.pelbagaikanlah warna.kalu sy jadi lelaki,sy bosan tgk teman wanita,or isteri sy pkai bawal jer.kampung sgt.lelaki kalau dh bosan,mula cari yg lain.btul x?so kepelbagaian dan variety tu penting.jgn pandang negatif jer.terima la yg positif.kalu sy pun xsuke lelaki yg x pndai bergaya.sgt MEMBOSANKAN. pndapat sy je.

    BalasPadam
  12. hahaha..entri anda bes! seketoi kena >_<

    BalasPadam
  13. @sakuraspicelife

    1- positif tak dapat melawan hukum agama rasanya. Entahlah saya ni bukan ustaz2 nak taruk hukum gitu

    2- Kalau AWAK lelaki, awak taknak pempuan tudung bawal? Saya LELAKI tulen, saya nak awek tudung bawal. Serius ni, serius

    3 - Tudung bawal mana ada kampung. Yang rajin berpesen tu kot kampung sebab nak naikkan self-esteem dia. lol.

    4- Bodohlah lelaki tu kalau berubah ahti kerana tudung hahahahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. encikk,kan sy ckp psal aurat tuh sy stuju.saper ckp nk lawan hukum agama.
      2.kalu mcm tuh awk dlm kategori lelaki mmbosankan.pndapat sy jer.hehe
      3.fesyen utk mnjadi role model utk yg x brtudung.x slh bkn?tmbah pahala lg.tgk mase era kuno tudung bawal,maner ader artis artis yg brtudung.smuer masih era seksi meksi.

      4.mmg bodh sgt.tp itu lah hakikatnyer.

      Padam
  14. @sakuraspicelife

    Biarlah pakaian nampak kuno dan kekampungan asalkan pemikiran jauh ke depan..

    huhuhu...

    BalasPadam
  15. hahaha, pendapat kau tu kan. tak boleh blah. btw, nice entry. i LOIKEEEE ~!

    BalasPadam
  16. ini aku setuju 1juta peratus..hahaha..

    aku pernah tulis status pasal tudung ni kat pesbuk..sampai terasa kawan2 aku..sob2..naseb baik la nak kawan lagi..kalau tak sadis je la hai..

    BalasPadam
  17. Well ini mengecewakan. Sbb aku ingatkan ada jenis tudung yg kedua dan ketiga utk dibincangkan. Tp cuma satu.. kecewa..

    BalasPadam
  18. Perempuan dan fesyen tak dapat dipisahkan. Seperti biasa aspek aurah diketepikan.

    Mudah . Pilih saiz L ke atas , tudung biar berlining tidak jarang dan berhias sederhana ,tak tarik perhatian orang. Kot ? Bye

    BalasPadam
  19. @nazihahisa kau siapkan esaimen aku dan aku akan tulis pasal 5 tudung. haa silakan sialakan

    BalasPadam
  20. tak salah pun nk berompol2 atau berkaler2 asalkan aurat bertutup huhu...kadang2 bertudung bwl pun ada jgk yg belit2 smp nmpak dada..

    BalasPadam
  21. stuju!! pelik sgt2, tak sampai ati tgok. sedih pun ada gak. semoga diberi hidayah utk mnjadi lebih baik :)

    BalasPadam
  22. aku memang sangat menjauhi tudung ini kerana pemilihan warna dan ropol2 tu serius macam alas meja hari raya zaman 90-an.

    BalasPadam
  23. @~ Cik Azz ~ ooo natang tu dipanggil cicak kobing eh. baru tahu. Tapi dia jenis2 lizard so biawak pun bolehlahhh :P

    BalasPadam
  24. pndang dr positif.jgn kondem jer.Aurat wajib jaga.sy x ckp tudung bawal salah.cumer lakukan sikit perubahan.mcm lelaki la.ader ke org laki pkai songkok and kain pelekat peegi keje.melainkan hari jumaat.ahahaaha.nk tudung bawal go on.

    Point sy ialah x slah berfesyen.think positif:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju jgk dgn pandangan kakak..ni biar positif,menutup aurat kn lebih bagus dr tidak...yg xbtl kita tegor secare berilmiah...bkn mcm ni kondem sesajerrr...fyi..fareeda nyata jelita ade ukuran selabuh 14" ... So tepuk dada tye selera....thanks a lot....

      Padam
  25. @sakuraspicelife

    2. point ni sebenarnya membincangkan tudung bawal adalah tudung membosankan. Tetiba pulak bertukar jadi "lelaki yang suka tudung bawal ialah lelaki membosankan"

    your argument is invalid

    3. ini exposure bias. zaman dulu mmgla xde artis bertudung bawal. Sebabnya gadis muslimah sejati yang memahami konsep sebenar hijab tu takkan mau jadi artis punn. haiya nye pun...

    4. lelaki baik mash wujud dalam dunia ni. Penulis blog adalah salah satu daripadanya

    5. Takde sapa kata awak cakap tudung bawal salah pun? Perumpamaan awak tu tak sesuai langsung. kalau nak compare dengan lelaki, gunakan songkok. Contohnya, nak ke lelaki pakai songkok yang ade hiasan lebih2 mcm Aznil Nawawi pakai tu sebab nak nampak menarik? The answer is still no. Sebab seperti sesetengah 'tudung moden' ni, ianya kelihatan amat bangang. Ops

    Berfesyen tu takpayah dipenti
    ngkan dalam hidup. Buat perabis duit je. Muka tak cun takkan jadi cun punya. kan dah cakap tadi

    Eh panjangnya aku reply. sambung baca komik lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2.encik..like what i said.pendapat sy je.pndapat bk pndapatan .haha.aper pulak timbul valid ke x valid.kekeke.
      3.aper bias nih,tempias kot.there is nothing to do with konsep muslimah sejati so wat ever.sy ckp fesyen bg good influence utk artis supaya brtudung.role model.dats a good thing not bad thing.right?ader ke blogger yg berangan jd femes or artis?sentap makk

      4 BAIK and BOSAN is 2 different story. hehehe

      5itu namanyee perubahan y not.kalu suke kan perubahan pkai la.xslh pun.Dgn ader stail and fesyen la pak nil menang anugerah lg hokehh.kau mampuu.tuh namanyer rezeki!

      fesyen is fesyen.dont look in negatif perspective.x slh brbelanja utk ,cantik/segak di mata bakal isteri /suami.even x encem but kiter usaha.dunia bkn hanya ader 1 warna.Allah ciptakan bnyk warna,variety,different people ,different skin tone.smuer ader sebab.jgn pandang dunia tuh only black or only white.Allah Maha Mengetahui.yg penting. berfesyen dgn nawaitu yg ikhlas and again think positif alweys!

      my last komen.truskan la hidup awk yg agak mmbosankan tuh.sy agak la.G.luck!peace yo:)))

      Padam
  26. Hidup bawal! Eh. Hahahhaha! Serious tegelak tersengih baca comments orang orang ni.

    BalasPadam
  27. walaupun aku setuju dgn poin utama entri ni tapi aku tak gemar dgn condescending tone penulis dan juga sesetengah pengkomen. apepun aku lagi tertarik pada pernyataan ni: "Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa" kajian? kajian ape?

    BalasPadam
  28. lecturer aku duta tudung fareeda.. memang cun kat kelas fokus tengok muka dia je. haha

    BalasPadam
  29. tergelak baca comment2 di atas.
    tp sy setuju dgn tuan punya blog sbbnya
    aurat itu lg penting dr fesyen.
    Allah sendiri dah berfirman dlm Al-Quran.
    x salah berfesyen, tp yg jelas fesyen x membawa kita masuk syurga.

    dan ini "ini exposure bias. zaman dulu mmgla xde artis bertudung bawal. Sebabnya gadis muslimah sejati yang memahami konsep sebenar hijab tu takkan mau jadi artis punn." adalah sangat betul dan setuju 100%.

    sbb itu, walaupun zaman sekarang 70% wanita Malaysia bertudung, tp sayangnya x mengikut syariat yg betul. sebabnya ? meraka jadikan artis sebagai role model untuk bertudung (yg mana SESETENGAHnya x mengikut syariat yg betul) sebab mereka lebih percayakan artis berbanding ustazah2 yang sedia ada.
    sayangkan ??? pahala bertudung tu dah ada dpn mata tp x masuk dlm genggaman.
    ini cuma perumpamaan. urusan dosa pahala hanya antara Allah swt dan hamba-Nya sahaja.
    Peace :)

    BalasPadam
  30. puan sakuraspicelife (aku panggil puan sebab dia dh nampak gaya macam emak2):

    aku tak faham la kenapa perlu bertudung untuk fesyen. memang niat nak pakai tudung sebab fesyen ye? ish3. mohon perbetulkan niat anda. jangan terlalu ikut pada artis2 yang bertudung sebab fesyen. tutup aurat tu yang paling penting.

    BalasPadam
  31. cik sakura,sy stuju.kepelbagaian tudung tu pnting:).bkn nk ikut gaya artis.tp dgn adernyer kepelbagai tudung la mmbuatkan rmai lg yg bertudung.alhamdulilah:).tutup aurat wajib.tp fesyen pun penting juga.yg penting niat kiter ikhlas kerana Allah ,dan menggalakkan rmai lg brtudung.brtmbah pahala. InsyaAllah.

    BalasPadam
  32. nangis peminat tudung pesen tiga lapis nie baca...ehehehe..:p
    ramai jugak yg cakap kalu nak nampak cantik kena pakai tudung yg mahai2 dan berlapis2 macam tue lah..tapi sy kurang minat..(memang tak minat pun..huhu..)

    BalasPadam
  33. satu lagi perkara pelik kenapa tudung yg singkat lagi jarang begitu mahai bebenor... dan lagi pelik ramia pulak peminatnya tu..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap org ada minat masing2..u pon mst ada benda yg u minat sdgkan org lain x minat..knp nk prtikai? Pelik la,,open minded la skit..

      Padam
  34. Apa guna berkain batik,
    Kalau tidak berbaju kasa,
    Apa guna memandang cantik,
    Kalau tidak berbudi bahasa.

    BalasPadam
  35. aku tak tertarik langsung dengan perempuan bertudung

    BalasPadam
  36. Dulu aku kutuk org pakai tudung lapis2 tp skrg aku pn pakai. Kihkihkih

    BalasPadam
  37. Jarang ke tudung fareeda..aku rasa dh 3 layer org xckp jarang..kesian xbrpeluang nk memakai fareeda...ada saiz skrg ni...nak ngn xnak je...bawal lg nipis setau aku sbb brlambak bawal dlm almari aku..sape nak bgtau aku nak lelong

    BalasPadam
  38. Jarang ke...?cakap 3 layer jarang apa ke bendanyerr..yg bawal tu mmg betul jarang...skrg ni lak dh ada saiz labuh..nak ngan xnak je...xtau jgm main ckp je...ikut mata kan xsemua org suka..mcm pasangan memasing ada org ckp xhensem..xlawa tp ko berkenan..klu xjd mcm tu xde la pulak pilihan...

    BalasPadam
  39. Jarang ke tudung fareeda..aku rasa dh 3 layer org xckp jarang..kesian xbrpeluang nk memakai fareeda...ada saiz skrg ni...nak ngn xnak je...bawal lg nipis setau aku sbb brlambak bawal dlm almari aku..sape nak bgtau aku nak lelong

    BalasPadam
  40. Tudung lapis2 tu jarang ke? Kalau dah berlapis tu x jarang la kot.. rasanya bawal lagi jarang sbb selalu nampak org pakai.. . Nampak clear batang leher. Siap nampak lubang telinga lg kalo x pakai iner.. aku xdelah pakai tudung tingkat2 atau bawal. Aku pakai tudubg sarung yg rega rm10 kat pasar malam tu je.. huhu

    BalasPadam
  41. Ukur baju di badan sendiri..klu berduit xsalah nk berbelanja lebih utk tdung mahal ke murah..salah ke? Ikut kepuasan masing2...masing2 ada hak utk pki pe pon..jgn la besarkan isu ni..benda kecik jer..fareeda ke,bawal ke,apa ke xkisah la janji tutup apa sepatutnya ditutup..tdung bawal pon bukannya labuh sgt...apa pon hak individu...trpulang pd individu itu sndri..kita manusia x sume perfect..

    BalasPadam
  42. Tudung bawal ke tudung fareeda ke janji tutup aurat .. Tu lg penting kan .. Tudung fareeda bukan semua singkat kot ! Cuba ko g butik mccm2 jenis .. Sampai lutut ade kot .. Hahahaha ..

    BalasPadam
  43. sebelum menulis yg xsepatutnye anda perlu kaji dulu tdg y anda rse nk kutuk nie... fareeda ade byk size... s m l malah hingga xl... tulh dia buat penulisan tanpa fakta dan kajian... gy bhsa awak pun sgt melampau...bwal pun ade yg jarang shawl pun ade yg jrg...silap hari bulan pemilik kedai tdg ni blh saman awak!

    BalasPadam
  44. Klau isu tutp aurat yg ditekankan dsini rmai jgk yg berbawal lilit smpai x mnutup dada pon...yg 3 lyer ni ad jgk yg labuh..sme mcm fesyen2 lain mcm syria shawl smua tu...bukan masalah tdung tp msalah pmakai...yg kata komen pkai bwal dlm post ni brape rmai yg tdk melilit tdung atau pinkan dibahu? Mksud sy x lilit sne sni dan mnutup dada?...ish2 setiap bnda ad pro n kontranya..tpulang mcm mne si pmkai yg mengaplikasiknnya..kalau pkai 3 lyr tp labuh ttp dada pon lg baik dr bawal jarang yg nmpk tengkuk...samala pkai bju longgar tp jarang,,, sekian

    BalasPadam
  45. Sebenarnye tudung fareeda ni ade saiz.org bebal je pilih saiz kecik singat mingkat.tuk pengetahuan korang..aku dulu pakai tudung bawal.tp bile aku pakai walaupun menutup dada tp ianya sangat jarang menampakkan bayang leher.esp bawal yg mahal lg nipis kainnye.so aku pikir watpe pakai menutup dada tp jarang.then tudung awning plak aku pakai jenis kain lycra yg masih lg popular skrg.ade awning thai silk n ade awning lycra gak.tp lelame pakai aku malu.sbb walaupun labuh tutup dada kain jenis tudung ni sgt melekat n melekap dada.then kene pakai keronsang plak nak kemaskan bhgian leher.dah menampakkan bentuk leher di blkg.yg paling xpuas ati klu jln dr jauh org nampak lekapan kain kat dada tu.ish nampak plak bentuk dada tp pakai labuh.hehe.then aku tukar pakai fareeda.fareeda 3 layer then kainnye chiffon.3 layer mmg xnampak byg2 leher.then yg xmemalukan aku lekapan kat dada langsung xde sbb ni kain mcm kain baju kurung.dia xmelekat mcm lycra.cume isu labuh je tudung ni.aku pilih 12" ke atas.mmg fareeda sengal buat labuh yg kurang dr 12" yg mmg menampakkan dada.tp it's our choice nak pilih labuh.fareeda ade kuarkan pattern bawal zaynab yg mmg labuh then xjarang n melekat.atau pattern sabreena yg 14".aku pakai 3 layer sbb aku saiz kecik pakai 12" mmg dah tutup dada.then yg penting tudung aku pakai tu xmelekap dada n xjarang.fareeda is still the best 4 me cume kene pastikanla labuh.4 those yg pakai bawal..aku ingat cube tgk bahgian leher tu jarang je x.n yg pakai tudung awning lycra nampak x kain tu melekat kat dada?malula wei pakai labuh2 mcm ustazah tp jarang n melekat.astaghfirullah..

    BalasPadam
  46. tdg lapis2..ropol2 tu ade je yg labuh buat sesape yg xtau la..n tdg bawal ramai je yg pakai singkat even hakikatnya bleh pakai labuh..next, isu mahal murah ni..ade revise x sblm nk mengutuk..bawal ade je smp ratus2..baik bawal mahupun ropol2 3color tu..rege die lbh krg same je..start @10rgt up to hundred+++ so friends..it is all depends on the individu..so moral of the story..jgn highlight 1 brand je klw nk bangkitkan isu aurat k...sy sndr pakai bawal n also the ropol2 1..

    BalasPadam
  47. maaf menyibuk...bgus dah awk tgur tentang pemakaian tudung singkat nie..tp xsemestinya tdg nie je yg singkat..yg pkai bawal 2 pn sme...singkat jgk klau dah mcm2 gaye tudung bwalnye...n tudung bwal pn jarang...yg pkai shwal pn sme...depend pd si pemakai la...lg 1, tudung yg mcm nie ade size nye...so slhkn org yg memakai klau tdung 2 singkat...jgn nk slhkn tdg...
    and berbudi bahasa la ble nk tgur @ nk betolkn sesuatu perkara...x elok gnekn perkataan yg boleh buat org lain xrespect dgn awk....xbaek smekn org yg bertudung dgn binatang2....ape hak awk nk buat mcm 2...

    and sape2 yg bangga sgt tudung bawal plg bgus...cek la blk tdung yg anda pkai tu da mengikut cara islam k x...
    byk je yg sy tgk tdung bwal yg jrg2...smpy nmpk sgle mnde...

    maaf atas keterlanjuran tangan ini komen kt sini..maaf juge klau ade yg trase...just jgn hina sesuatu perkara just sbb anda xsuke...jgn butakn mate utk sesuatu bnde yg mmg dah sah2 x elok just sbb anda sukekn nye...
    mohon maaf atas segala khilaf...:)

    BalasPadam
  48. kikikiki..hakikatnya menutup aurat..kata2..n hati kene bersih...aku semua jenis pkai...but i prefer the fareeda..my hubby powwwnn sukee..siap sponsor..by the way..fareeda ad pelbagai saiz..n wording tuh x yah showing sgt..jeles or me.... yg pnting nawaitu n x salah if menggembirakan hati si pemakai...da ad fan club..siap boleh juai beli..tukar2..preloved n dijaga baik..x rugi lgsong beli...tudung bawal ke aper ker..yg pnting aurat n nawaitu..for me..bawal jarang..nmpk bayang2 tengkuk n skaf...x leh juai balik..x lakuu..by the way
    ..x yah skeptikal sgt...anda ada hak menentukn citarasa anda..semua manusia x sama..rmbot sama hitam hati lain2..aperpon tepuk dada tanya iman..bersihkan hati n lidah dulu..ingat sikit..dosa lidah itu..kdg2 lebih besorrrrnya dr dosa aurat bagai..jgn disebabkn itu..menghalang kita dr cium bau syurga
    ...nmpk remeh..tp pnjang kesannyaa..jgn delete plak entr..sy..bior kita open heart n open mind..peace in islamm

    BalasPadam
  49. aurat itu wajib sempurna..x yah citer minat bawal..ker ariani ker..masing2 pndaila...x yah kondem ayat cam jeles n ada unsur2....tut...suami ku suka berfareeda siap sponsor....tp kn ada saiz2...ada labuh2 sampai ke lutut..cam fareeda zaynab..tudung bawal sy pkai gak..tp pon jarang sbb nmpk tengkok n bayang2...so kalo molot cam longkang. ..hati busuk bak bangkai...berbungkus cam pocong pon tarakkk guna...yg pnting..nawaitu...jaga aurat
    .dan paling wajib jaga hubungan dgn Allah n manusia...jgn luper disebbkn lidah x terjaga..dosa besarnya berat melebihi segala2nya..jgn sbb hal yg kita anggap remeh..mghalang kita ciom bau syurga... islam is the way of life...peace;-)
    .
    ...

    BalasPadam
  50. komen yg bias...anda sbg blogger leh delete komen yg x suka
    .unfair..tq

    BalasPadam
  51. kikikiki..hakikatnya menutup aurat..kata2..n hati kene bersih...aku semua jenis pkai...but i prefer the fareeda..my hubby powwwnn sukee..siap sponsor..by the way..fareeda ad pelbagai saiz..n wording tuh x yah showing sgt..jeles or me.... yg pnting nawaitu n x salah if menggembirakan hati si pemakai...da ad fan club..siap boleh juai beli..tukar2..preloved n dijaga baik..x rugi lgsong beli...tudung bawal ke aper ker..yg pnting aurat n nawaitu..for me..bawal jarang..nmpk bayang2 tengkuk n skaf...x leh juai balik..x lakuu..by the way
    ..x yah skeptikal sgt...anda ada hak menentukn citarasa anda..semua manusia x sama..rmbot sama hitam hati lain2..aperpon tepuk dada tanya iman..bersihkan hati n lidah dulu..ingat sikit..dosa lidah itu..kdg2 lebih besorrrrnya dr dosa aurat bagai..jgn disebabkn itu..menghalang kita dr cium bau syurga
    ...nmpk remeh..tp pnjang kesannyaa..jgn delete plak entr..sy..bior kita open heart n open mind..peace in islamm

    BalasPadam
  52. Honestly Sy slh sorang pengguna fareeda..bg sy cra blogger Memberi pandangan x salah..tp kalau terlalu terbuka susah jgk..x perlu mention jenama fareeda saje sedangkan kt pasar malam pn berlambak tudung 3 lapis mcm ni..rezeki masing2 Allah dh tentukan..x mustahil entri ini dpt menutup salah satu pintu rezeki pengeluar fareeda ataupun pekerja2 kilang fareeda..dan x mustahil ats entri awk ini Allah bleh mnutup mner2 pintu rezeki awak juga..Bila org melayu mula nk bangun,akn ader org melayu akn jatuhkn sesama melayu..itulah kita MELAYU..ONE more thing, keluaran fareeda mempunyai bnyk saiz..dari s ke xl..tudung2 labuh utk dibawa ke umrah pn ader..sy dah belikan utk mak sy..alhmdulillah, tudung tersebut boleh dijadikan telekung kerana saiznya yg sama dengan saiz telekung..intead of Ur KAJIAN, maybe u kene buat Literature Review about this issue sebelum menulis entri ni..Hak memilih d tangan pembeli..if they chose the short one, its their fault!

    BalasPadam
  53. takminat pun..setia dgn ariani yg kainnya berkualiti, pakai size panjang, and kaler plain jer..asben ckp lg cantik...dr beropol ropol mcm sepanyol tu...hehehhe...beli setahun sekali...pakai bertahun tahun...

    BalasPadam
  54. Hidup tudung bawal!
    Biar kuno dimta manusia,tapi High Class dimata Allah, tak salah kalau nak berfsyen tp ingat,jgn sampai sang jejaka pandg tak lepas, pilihlah yg menutp aurat dahulu sblm yg comel2... Hehe.
    _pesanan utk diri aku juga_

    BalasPadam
  55. :) tersenyum baca blog ni... tapi nak share takut plak opismate terasa... but indeed tudung is just too short and too colorful.

    BalasPadam
  56. Pada pandangan aku, tak salah untuk memakai tudung 3layer ke ape.Jangan salahkan pada tudung.Lihat pada si pemakai juga.byk option boleh didapati dari kategori size M,L,XL.Sekali sekala pakai tudung 3tingkat ni lagi bagus ape.tudung 3tingkat ni xde istilah mcm langsir kat umah pon..apepon masih mengikut syariat.lihat Datuk Ustazah Siti Norbahyah pon mengenakan tudung 3tingkat.adakah ini juga dikatakan bertujuan menunjuk-nunjuk.Kalau dah tak suka tu mcm2 lah andaian untuk mengkontroversikan tudung 3 tingkat nie..

    BalasPadam
  57. hmm pada pendapat aku..tudung jenis camni punyalah x elok.. ntah hapa yang di tutup.. perkataan asalkn dorng bertudung.. ceh cam haper je komen..rosak2. dah dlm islam suruh tutup aurat.. wajib!!. aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. seperti biasa, akn ada suara sumbang berkata...kalo macam tu mcm mana nak berfesyen?ceh! fesyen.. padahal, ini adalah wajib..punyalah nak berfesyen sampai sanggup menentang larangan Allah. Astargfirullah...

    BalasPadam
  58. My 2 cents comments:
    1. Nak galakkan bertudung x perlu kot tudung mahal beratus2, x kisah la jenama apa pun. Yg penting tutup aurat, bukan tutup rambut dan leher je. Kalo byk duit boleh la beli tudung beratus2, kalo x byk duit nak pinjam kat org ke sbb nak jd hamba fesyen? byk je tudung murah2, cantik dan lebih sopan utk galakkan org bertudung. Kesian saya tgk org pompuan ni, selalu jd mangsa eksploitasi peniaga.
    2. Kalo nak angkat personaliti sbg idola kenapa mesti artis? Ramai lg personaliti yg lebih baik utk dijadikan idola cthnya pakar motivasi ke, professional muda yg berjaya ke. Of all ppl kenapa mesti artis? Bukan le I dengki kat artis tp rasanya memandang artis sbg idola tu lebih kepada propaganda yahudi. ceteknya fikiran org yg meniru apa sahaja yg artis buat, come on, be yourself! artis will not give you any benefit pun.
    Sorry, kalo ada yg terguris. It's my sincere opinion. Betapa barat berjaya membaratkan ideologi kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve