Langkau ke kandungan utama

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni


Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni

Secara ringkas,

1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru
2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang
3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introvert?
4. Agreeableness - Susah nak cari perkataan sesuai. Lebih kurang perangai memberontak atau tak
5. Neuroticism - Domain ukuran sifat mazmumah buruk sangka pada orang

So, dengan asas ni bolehlah korang buat ujian sahsiah sendiri. Yay! Tapi jaga-jaga tak semua personality test tu betul. Seeloknya cari daripada website yang diiktiraf dan/atau ada link dengan badan-badan kajian psikologi yang tertentu. Soalan ujian personaliti yang bagus juga mengandungi banyak soalan dan bukan hanya 10. Logik lah kan, nak uji personaliti dalam 5 domain, takkanlah guna 10 soalan je.

Kalau nak satu website yang sangat bagus pasal personality test, tengok lepas gambar ni. Lepas siap pun dia ada bagi analisis semua dan siap buatkan infografik dengan percuma!


(KLIK SINI) Berita ini sdg disebar secara meluas di kaca TV. Rokok tak sah - John, adalah sbhg drpd sindiket jenayah terancang! 
Abam Panda Gosling, anyone?
Seriously ujian sahsiah adalah sesuatu yang membantu korang mengenali diri sendiri. Mungkin daripada keputusan tu kita tahu kalau dalam satu organisasi tu mungkin kitalah sebenarnya punca masalah, lalu ini membolehkan kita untuk mengubah diri sendiri. Kalau dapat markah tinggi, maka kita tau itu kekuatan diri kita dan bolehlah kita gunakan dengan baik dalam kehidupan seharian. Sometimes kita tak gunakan kemahiran sebab kita tak sedar pun kita ada keupayaan tersebut.

Baiklah, kalau korang nak buat ujian sahsiah percuma, klik link bawah ni

--------------------------------------------------------------------------
UJIAN SAHSIAH PERCUMA Ã¨
--------------------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. ok, aku dah buat dah.

    *mengulor* kakakaka

    BalasPadam
  2. Kalau macam mesin pengimbas otak yang nak tau orang cakap bohong atau tak tu, boleh percaya tak ehh..

    *Soalan lari dari tajuk entri.. Jangan marah aaaa.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Excellent question actually

      Mesin tu dipanggil sebagai polygraph dan dia tak sambung ke otak, Dia sambung ke bahagian nadi. Basically apa yang dia detect ialah perubahan dalam kadar denyutan nadi. Katalah biasanya kita berdegup dalam kiraan 5 degupan dalam 10 saat

      Tapi bila kita menipu, dalam 10 saat mesin tu kata jantung kita berdegup 20 kali. So besar kemungkinan kita menipu

      Tapi masalahnya kita kena faham apa yang mesin ni ukur. Dia detect perubahan denyutan nadi dan bukannya "penipuan". Maka, mengikut course yang saya belajar Crime, PSychology, and Law, penggunaan poligraf sebagai bukti adalah tidak sah

      Sebagai precursor yes, sebagai definitive evidence, nope.

      Padam
    2. Bukan apa, selalu tengok benda ni dalam siri penyiasatan orang putih.. Tu yang tanya tu.. Tapi dalam siri penyiasatan Melayu tak pernah pulak nampak dorang gunakan mesin ni..

      Btw, terima kasih atas penerangan.. :)

      Padam
  3. Hai Abam Panda,
    dari link ke personality test tu, ada sekali IQ test.
    Abam Panda ada buat?
    Berapa dapat?
    Berapa banyak boleh terima reliability IQ test online macam tu?
    Kalau nak buat yg betul2, mana boleh dapat dekat Malaysia ni yg betul2 boleh percaya?

    Sorry banyak soalan.

    BalasPadam
  4. aku macam simon cowell....

    BalasPadam
  5. menarik test nie, sat lagi nak buat. syiok!

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/10-cara-berhenti-merokok-selamba-tapi.html

    BalasPadam
  6. menarik link yg dikongsi..
    n mmg hampir dgn standardized personality test mcm neo-pi-r..
    huraian yg terperinci,
    mudah utk layman person interpret result tu..

    urm conscientiousness tu diistilahkan sbg kehematan dlm BM, dan agreeableness plak kpersetujuan..sekadar berkongsi ap yg diketahui..

    trimas :)

    BalasPadam
  7. aku mcm david beckham,princess diana,ryan gosling,prince,enya,justin timberlake,rihanna...haha

    BalasPadam
  8. salam abam panda..nape saya xdpt result? nak tengok kat ne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm saya pun tak pastilah orang lain ok je. Cuba buat lg (kalau sanggup) lol

      Padam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...