Langkau ke kandungan utama

Tips Untuk Pelajar Psikologi

Kadang-kadang orang yang berada dalam bidang psikologi tu sendiri ada masalah untuk memahami tentang minda manusia, apatah lagi jika anda masih seorang pelajar di menara gading. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang psikologi terutamanya disebabkan umur bidang ini yang masih baru dalam Malaysia. Tambahan pula, bidang ini bukanlah satu bidang yang menjadi pilihan ibu bapa dan guru-guru di sekolah pun ramai yang masih tidak tahu tentang psikologi ini, menjadikan para pelajar seolah-olah tidak tahu apa-apa tentang apa yang mereka pelajari.

Jika anda ingin mengetahui apa keputusan yang melayakkan sijil anda untuk psikologi di menara gading, klik lah di sini

1. PSIKOLOGI BUKANLAH COMMON SENSE SEMATA-MATA

Sebenarnya banyak aspek psikologi yang kita pelajari adalah apa yang orang panggil sebagai "common sense" yang berlandaskan statistik, nombor, dan perbandingan umur yang mengambil kira kajian dan kerja kuat pengkaji yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Walaupun ia adalah sejenis common sense, tetapi melalui psikologi kita boleh tahu yang mana ialah common sense yang logik dan mempunyai dasar yang kuat untuk dipercayai. 

Sebagai contoh, orang yang ada common sense takkan percaya bahawa sehelai tuala wanita yang ditampal pada dahi bayi yang mengalami kekuningan (jaundice),akan menyebabkan kekuningan itu berkurangan. Kadang-kadang, kajian dibuat untuk menentukan jika sesuatu common sense itu adalah betul ataupun tidak

"Peningkatan penjualan ais krim menyebabkan kes pembunuhan meningkat di US". Data ini memang wujud dan selalu diceritakan dalam buku statistik dan dalam buku psikologi terutamanya dalam buku metodologi kajian.  Boleh jadi ia adalah satu common sense- orang US terlampau suka kan ais krim sehingga sanggup berbunuhan. Mungkin ais krim tak cukup, atau kes rompakan yang terjadi sebab nak beli ais krim? 

Tetapi tidak, jika kita belajar psikologi, kita akan tahu tentang korelasi (correlation) dan juga causation di mana jika kita ada dua data yang nampaknya macam berkaitan, mungkin ianya tidak berkaitan waima sekelumit tah gigi pun.

So, masih rasa common sense dalam psikologi perlu diambil ringan? Baca setiap perenggan dalam buku atau nota dengan teliti dan jangan rasa kita boleh teka semua benda tu dan goreng sesedap rasa.

2. BERHATI-HATI DENGAN APA YANG ANDA BACA

Antara sebab saya mula berhenti tweet di akaun @psikoologi dan hanya berkongsi pautan internet di sana akhir-akhir ini ialah terlampau ramai pengguna internet yang mula percaya bahawa apa yang disampaikan itu adalah tentang diri mereka. Cuba lah tanya dengan rakan-rakan anda dan bacakan beberapa ciri OCD (baca di sini) dan tanya jika mereka rasa diri mereka OCD? Saya rasa lebih 60% akan mengiyakannya. Untuk mengelakkan Ramalan Kebenaran Sendiri (Self-fulfilling Prophecy) berlaku, maka lebih elok jika kita percaya bahawa diri kita adalah normal dan kita berusaha untuk menjadi manusia yang positif. Konsep dualisme tentang diri kita dan perkara negatif yang kita baca perlu diwujudkan.

Sebelum psikologi sosial dan psikologi positif mula popular, bidang ni didominasi oleh kajian dan penulisan yang berkait rapat dengan bidang perubatan. Sejak dulu lagi, psikologi adalah berkait rapat dengan isu seperti sakit mental, ketidakseimbangan pemikiran, dan sebagainya. jadi tidak hairanlah jika banyak kandungan psikologi adalah berkait rapat dengan otak pembunuh bersiri, halusinasi, delusi, ataupun skizofrenia. Info seperti ini boleh dikategorikan sebagai maklumat yang mempunyai konotasi negatif.

Manusia ada sejenis kesalahan pemikiran yang dinamakan sebagai negativity bias. Otak, ataupun pemikiran kita mempunyai tindakbalas yang lebih kuat kepada maklumat negatif berbanding yang positif. Dalam kajian Cacioppo dalam Journal of Personality and Psychology, beliau mendapati bahawa otak kita memproses maklumat dengan lebih kuat pada gambar yang negatif (kucing mati), berbanding gambar neutral (pinggan) dan gambar positif (pizza).

Saya tahu, antara tips untuk belajar ialah dengan mengaitkan perkara tersebut dengan diri sendiri tetapi untuk psikologi, kita berikan pengecualian. Jangan kaitkan diri anda dengan simptom gangguan mental yang ada dalam manual diagnostik. Anda cantik, anda hensem, anda pandai, anda friendly, dan mental anda sihat.

3. BUAT WATAK KHAYALAN

Antara teknik yang digunakan untuk menghafal ialah palace of memory/ method of loci. Bayangkan satu tempat yang anda cukup biasa. Contohnya rumah sendiri. Dalam rumah ada 3 bilik dan dalam setiap bilik ada seorang pesakit mental. 

Bilik 1 - Ada pesakit skizofrenia. Selain selalu kata ada kawan lain di sisi dia (halusinasi), dia juga mengatakan pelawat yang datang ke biliknya ialah (delusi). Bayangkan simptom dan semua yang berkaitan tentang pesakit ni. Kita akan bina perwatakan yang kuat lengkap dengan cirinya. Alah ibarat mengingat semula cerita Suamiku Encik Arrogant ke apa benda entah. 

So, bila kita nak mengingat kembali fakta tersebut, pejamkan mata dan bukalah pintu-pintu yang ada pesakit tu. Nescaya boleh menjawab tanpa ada masalah

Alternatifnya, jika anda ingin mengingat fakta yang lain, bayangkan anda masuk ke dalam rumah dan seorang ahli keluarga atau orang yang anda kenali dalam rumah tu ceritakan satu fakta psikologi yang anda ingin hafal.

4. TIMBA PENGETAHUAN DENGAN NIAT UNTUK MENGAPLIKASIKAN

Tips ini datang khas dari graduan Unversity of Canterbury, NZ, Cik Diyana Halim. Ya betul, antara teknik yang paling berguna untuk mahir dengan fakta psikologi ialah dengan mencari sebab di mana kita akan menggunakan maklumat tu terutamanya untuk maklumat yang susah dihadam. Dulu masa kecil pun kita rasa yang matematik duit tu susah sebab ada sen sen tapi bila dah amalkan semasa beli aiskrim, wah jadi mudah pula matematik ringkas tu. 

Sebagai contoh, Applied Behaviour Analysis (ABA) punya langkah yang cukup renyah kalau nak dihafal tanpa menjiwainya. Tapi bila kita nampak di mana nak gunakan pengetahuan tersebut, dengan izin Tuhan tidak ada masalah pun 


Gambar di atas ialah graf ABA untuk autisme yang saya buat semasa menjalankan projek intervensi tingkahlaku. Apa yang saya nak sampaikan ialah setiap kali jumpa graf atau langkah-langkah untuk menjalankan sesuatu terapi atau intervensi, cuba aplikasikan.

Action speaks louder than words kan?

----------
Mungkin ini sahajalah tips spesifik untuk belajar psikologi yang saya boleh berikan. Selain tips-tips di atas, tak tinggal solat, betulkan niat, dan "tips" yang selalu kita dengar tu bolehlah juga diamalkan. 

SUMBER:

Negative Information Weighs More Heavily on the Brain: The Negativity Bias in Evaluative Categorizations (free PDF).

Announcement; Blog Maklumat Psikologi ini akan dipadam dalam masa 1 minggu kerana belum menjelaskan yuran tahunan RM50.00. kalau anda mahu mengekalkan blog ini, bolehlah hubungi saya di 0197039495 untuk menyumbang. Jumlah terkumpul setakat ini ialah RM10

Ulasan

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...