Lama mat aku tak menulis dalam ni. Pembaca blog pun dah takde sekarang paling-paling pun orang dok baca kat X dengan Facebook. Tapi okay je sebab aku pun dah tak kejar view macam dulu. Biarlah blog ni jadi jurnal peribadi aku je
So, aku nak tulis pasal anak aku yang sulung tu. Disebabkan dia ada history speech delay, aku dah 70% confirm dia akan ada Developmental Language Delay - DLD dan seterusnya disleksia lah. Rasa gelap dunia bertahun-tahun sebab menyesal tak ajar dia bercakap banyak-banyak dan gunakan kaedah yang betul. Benda dah jadi dah pun...apa yang penting sekarang ialah apa yang aku nak usahakan untuk dia.
Jadi umur dah 5 tahun ni memang aku ajar membaca tapi bukan dengan niat nak bagi dia pandai baca sebenarnya. Tapi untuk mantapkan elemen bahasa dalam membaca sebab aku ajar guna kaedah fonik. Dalam kemahiran fonik yang aku dok belajar sendiri ni ada kemahiran untuk mengenal bunyi dan kedudukannya
Contohlah, macam pen yang boleh dipisahkan kepada bunyi p/eh/n
Dua hari kepas anak aku dok ajuk aku cakap
"pen. Ada bunyi /n/ ke dedi?"
Rasa nak tumpah air mata bila anak yang aku sangkakan ada moderate to severe dyslexia ni dah ada phonemic awareness. Tadi baca buku Bacalah Anakku dah upgrade sampai ke buku 6 dah pun hanya dalam tempoh tak sampai 3 minggu
Tadi pun dah baca KVK dengan sangat lancar. Aku cuma tunjuk cara untuk perkataan pertama dan dia boleh baca sendiri sampai 3 muka surat. Walaupun belum lancar sangat lagi, tapi syukur alhamdulillah.
Syukur
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming