Walaupun tajuk entri kali ini adalah kelihatan amat menjurus kepada konsep ketuhanan dan agama tapi tidak. Kali ni kita akan mengupas isu (chewah) tentang kognitif manusia dalam tajuk kepercayaan, ataupun mempercayai manusia. Di akhir entri ni korang mungkin dapat mengaitkan topik ni dengan:
Manusia ni melakukan sesuatu biasanya apabila dia dah merangkakan aktiviti tu dalam otak dia. Perbuatan yang memerlukan kita untuk berfikir sebelum bertindak adalah dipanggil sebagai executive functioning dan bahagian pada otak yang sangat-sangat digunakan apabila kita berfikir ialah frontal cortex.
Tapi kita bukan nak cakap pasal neuroanatomy sekarang ni. Bukan. Dan bukannya senang nak faham pun benda tu. Karangan darjah 6 kali ni adalah berkisar tentang pemikiran manusia yang dipengaruhi oleh sesuatu yang dipanggil sebagai kepercayaan.
"You see what you believe in" adalah sesuatu yang dipetik daripada kata-kata pensyarah semasa di New Zealand. Secara konsepnya, pemikiran manusia adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor yang membentuk pemikiran seseorang itu sejak dari kecil lagi. Pengalaman-pengalaman awal akan membentuk tanggapan seseorang terhadap dunia ni, yang dipanggil sebagai schema .
Ini bermakna apa yang kita lihat di sekeliling kita, benda yang kita tanggap (perceive) adalah dipandu oleh pemikiran asal yang memang dah kita bina sejak sekian lama dalam otak kita. Ada pengkaji yang sampai mengatakan tak ada satu pun tindakan manusia biasa yang tidak dipengaruhi oleh schema ni. Walaupun kalau orang tu mempunyai pemikiran di luar kotak, elemen "kotak" tersebut masih ada dalam penilaian dia. Logik, kan? Sejauh mana kreatif pun sesuatu idea tu, dia takkan jadi sesuatu yang sangat baru. Hanya sesetengah idea yang diubahsuai, dan dicedok daripada tempat lain.
Sebagai contoh, pasal hantu. Topik faveret aku. Pada pendapat aku, hanya orang yang percaya pada wujudnya hantu (and I said: hantu, bukan jin dan syaitan) sahaja yang akan nampak hantu. Sesetengah orang yang lain pula yang jenis tak percaya hantu, takkan nampak benda yang dipanggil hantu tu. Mungkin sebab tu lah dekat New Zealand tak ada hantu, manakala kat Malaysia pula....
berlambak!
Sebab apa? Malaysia ni sebahagian daripada bahagian nusantara yang mementingkan kepercayaan karut yang melibatkan benda-benda mistik ni. Negara-negara lain yang bersekongkol kepercayaan dengan kita ialah Indonesia, Filipina, Thailand, sampailah nun jauh ke Jepun sana. Mungkin kefungsian Ju-On dan Maya Karin berbeza tapi mereka berdua adalah perempuan berambut panjang, dan bertujuan membalas dendam.
Kepercayaan berpunca daripada salah satunya ialah pemikiran deskriptif. Dalam bahasa senangnya, pemikiran kita dibentuk melalui pemikiran sepunya yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat - apa yang orang lain buat. Disebabkan masyarakat kita ni dah berpuluh tahun, filemnya asyik tunjuk cerita hantu yang macam- macam; ada seram,ada yang kelakar, ada yang bajet kelakar maka pemikiran hantu tu dah bersebati dengan norma deskriptif masyarakat Malaysia. Tu belum kira 'kisah benar' hantu asrama daripada sahabat taulan lagi tu. Pendek kata, kita akan mengikut pemikiran orang ramai. Sebab tu lah Perdana Menteri buat konsep 1 Malaysia - untuk wujudkan kefahaman supaya idea dia diterima lah kan. Dan sebab itu juga lah rakyat negeri X paling banyak menentang kerajaan pusat, sebab mak bapak jiran ketua kampung dia semua tak sealiran dengan kerajaan.
Ini senario nyata di Malaysia yang boleh dikaitkan. Aku tak suruh korang pangkah mana-mana pun. Yang mana paling baik dan sesuai dengan perjuangan masing-masing, undilah.
Makanya, kepercayaan yang banyaknya sumber tu, akan membuatkan sesetengah benda nampak macam betul. Kalau dah taksub dengan hantu, mop tepi pintu jamban pun nampak macam langsuir nak terkam kita. Tapi kalau orang yang tak taksub, malah tak pernah tahu apa yang digambarkan dengan perkataan 'hantu', nampak perempuan hodoh dalam semak tengah malam buta pun dia takkan sangka apa-apa.
Soalannya, ramai tak orang yang otaknya tak berfungsi normal kena 'kacau' dengan hantu? Jawapannya kalau mengikut hipotesis you see what you believe tadi adalah mungkin sekali tidak. Sebab otak dia nak menafsir maklumat ringkas pun tak mampu, inikan pula nak membezakan hantu dengan mak sendiri. Pendek kata, kalau kita kata benda tu tak wujud, maka benda tu adalah tak wujud. Senang.
Pendek kata, kita tak perlu nak menjadi terlalu obses dengan sesuatu perkara tu sehinggakan mempercayai bulat-bulat segalanya pasal tu. Kadang-kadang kita dah menganggap jiran kita tu jahat dan terlampau taksub sampaikan jiran kita tu buat baik pun kita masih katakan yang dia buat jahat.
So, macam mana nak hilangkan benda ni? Secara jujurnya, aku tak tahu sebab tak pernah pulak duduk berbincang cerita pasal hantu dengan pensyarah. Mengikut pendapat peribadi, pembacaan yang meluas, penambahan ilmu dalam pelbagai bidang, dan juga berfikiran yang tak bias adalah amat penting.
Orang yang bijak tu, dia tak terburu-buru dalam menilai sesuatu perkara. :)
- Kewujudan hantu
- Keadaan politik di Malaysia (atau di mana-mana sahaja)

Antara argument lain yg kita boleh guna is kenapa hantu kat lain tempat lain daripada hantu kat negara/region kita? Like, kenapa orang Barat tend to be afraid of benda2 yang berunsur ke-monster-an dan orang Asia takut pada hantu yang jenis2 perempuan hodoh rambut panjang yg balas dendam (as you said earlier)? It's all in our head sebenarnya. That's my two cents worth la.
BalasPadamwow! byk sgt istilah2 psikologi di sini. sikit2 je paham sbb blaja basic psychology shj dulu :D
BalasPadamhaha kau ni dari dulu lagi suka cerita topik sal hantu kan..movie hantu smua kau tgk.
BalasPadambtw hri tu aku ade dgr sharing dr org yg mngamalkn perubatan islam.tp nk caya ker tak wallahuallam la.
dia cakap kenapa ade variety hantu dkt dunia ni?cam kt msia is pontianak, omputih is dracula
dia ckp cmni,sbnrnye basic bnda tu smua adalah jin.
sluruh dunia ade mngamalkn black magic dan puja jin for their certain hajatla.jin tu makanannye darah. as for variety of hantu kt dunia ni, ok,kalau kt msia ade pontianak,knapa? sbb malay puja org mati bersalin. kt uk knapa ade dracula? sbb dia puja omputih mati yg dlm keranda tu. tp at the end smua makanan dorang darah kn? kiranye bnda ni sama jer la,basic dia adelah jin dan syaitan yg ingin menyesat dan melemahkan iman manusia.
wallahuallam