Flashbulb memory ni sebenarnya ialah satu perkataan yang popular dalam bidang memori dan kognitif psikologi. Zaman dulu kan orang tangkap gambar dengan gunakan kamera besau gajah dan disertakan dengan flash tangan tu kan? Yang di tangan photographer tu lah yang dinamakan sebagai flashbulb.
So, kamera digunakan untuk apa? Of course lah untuk menangkap gambar. Dan gambar pula menunjukkan keadaan yang terperinci, keadaan yang berlaku pada waktu itu secara objektif. Maka dengan itu, pada tahun 1977, Roger Brown dengan James Kulik dua orang saintis mewartakan term memori flashbulb sebagai satu memori yang disertakan dengan respons emosi yang kuat lalu menyebabkan kita ingat every detail yang konkrit dan jelas, yang terjadi pada waktu tu. Yang lagi menariknya ialah memori jenis ni akan membuatkan kita ingat benda tu sampaila ke mati. Even pesakit nyanyuk pun ada yang mengingati peristiwa penting yang dikaitkan dengan flashbulb memory ni, mengikut sesetengah kajian lah.
Untuk kaitkan memori flashbulb dengan keadaan semasa, contoh terbaik ialah tentang kes MH370. Disebabkan kejadian ni sangat-sangat tragis dan melibatkan pelabagai emosi yang kuat seperti pengalaman trauma, maka ia akan menjadikannya sesuatu yang kita paling-paling ingat sekali. Trick dalam memori flashbulb ni yang menjadikan dia sebagai sejenis memori yang berlainan dengan cara kita menguruskan informasi biasa ialah dia mesti ada:
- Kejadian penting. Perkara seperti kehilangan MH370, Bangunan WTC yang dilanggar kapal terbang;
- Emosi. Biasanya emosi yang traumatik, ketakutan yang amat sangat
Bila ada dua benda ni, maka jadilah dia satu memori flashbulb dan kekallah dia dalam ingatan kita.
Tapi,
betul ke memori yang kita ingat semasa kejadian traumatik tu merupakan sesuatu yang betul, seperti gambar yang ditangkap dengan kamera? Sebenarnya tidak. Kita takkan ingat pun semua benda yang terjadi pada waktu tu seperti apa yang sebenar-benarnya terjadi, dan yang lagi bahaya ialah memori kita tentang kejadian itu sangat-sangat boleh dibentuk semula, diolah semula sama seperti apa yang saya tulis sebelum ni dalam Inception Dalam Kehidupan Normal \
Actually memori flashbulb ni juga dilupakan sama seperti memori lain yang kita lupa tu. Tapi, kadar kehilangan memori tu dari otak kita bergantung pada efek media yang mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tu. Dalam kajian Rubin & Talarico (2001), mereka mendapati cara kita menceritakan semula sesuatu perkara tu mempengaruhi memori kita tentang kejadian tersebut. Jika faktanya ialah kapal terbang tu dah berpatah balik dan tidak lagi menuju ke Beijing, macam mana pulak nelayan di Terengganu boleh terdengar bunyi kapal terbang meletup? Kemudian diceritakan pula kejadian tu pada orang lain dan perbuatan ni meyakinkan dia apa yang dia dengar tu adalah benda yang sebenar-benarnya terjadi.
Padahal tidak.
Sama juga dengan peranan media dan diri kita sendiri. Seandainya 5 tahun daripada sekarang kita ditanya tentang kejadian MH370, orang yang menerima berita daripada autoriti akan menyatakan bahawa semua ni tragedi yang tidak dapat dielakkan. Dan pemikiran ini akan kekal sampai ke tua.
Orang yang menerima dan menyebarkan berita daripada pihak yang mensandiwarakan kejadian MH370 pula sampai ke tua lah dia akan anggap bahawa kejadian ni merupakan drama terancang daripada pihak kerajaan.
Anda yang mana satu?
----------
Rujukan:
Accuracy and clarity of flashbulb memories related to World War II. Journal of Experimental Psychology: General, 134, 242–257.
Sebab tu buat spekluasi liar ttg hal macam MH370 ni sangat-sangat-sangat bahaya...
BalasPadamYang tahinya, si pembuat spekulasi tu tak sedar pun kebahayaan yg dibuat mereka...
Kononnya atas dasar nak kongsi maklumat dan ilmu telahan, padahal berapa ramai lagi org yg terkesan dek kerana traumatiknya pengalaman MH370 ni...