Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13 , pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13. As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below:

Saya Haramkan Ilmu Awak!

Semasa saya scroll Facebook tempoh hari ternampak pula pada status seorang kenalan Facebook yang mungkin kerjanya pada waktu sekarng ialah sebagai guru. Mungkin sesuatu yang berkaitan dengan perguruan lah agaknya tapi intipati daripada status tersebut ialah niat beliau yang tak menghalalkan ilmu yang dia ajar kepada murid-murid beliau. Bila terbaca sahaja status tu, tiba-tiba saya terasa seperti berada dalam mesin masa, kembali ke zaman 2002-2006 yakni zaman persekolahan di Kuala Selangor dulu. Pertengahan tahun 2005, ketika tu saya masih di tingkatan 4. Para pelajar dan guru sedang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang sebenarnya boleh diringkaskan tapi sengaja dipanjangkan. Entah apa sebabnya, saya tak ingat, cikgu yang berada di atas pentas tiba-tiba mengeluarkan kata-kata hikmat: "SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA KEPADA AWAK!" ...dengan harapan bahawa kami pada ketika itu sebagai anak murid akan berasa takut dan lebih hormat lagi kepada mereka. Benar, pelajar...