Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Inception Dalam Kehidupan Normal - Fakta Psikologi

Dalam filem Inception yang Leonardo D'Caperiuk berlakon tu, inception ni biasanya orang faham sebagai mimpi dalam mimpi dalam mimpi lepas tu pusing gasing nak tahu itu mimpi ataupun alam nyata. Betul tak? Kalau dari segi bahasa, Inception dalam konteks ni sebenarnya bermaksud proses meletakkan idea baru atau pemikiran orang lain ke dalam minda separa sedar ( subconscious mind ) seseorang yang lain. **** Tapi eloklah kalau saya terangkan dulu apa tu subconscious mind. Benda ni dalam Bahasa Malaysia dipanggil sebagai minda separa sedar di mana proses minda ni tidak dikawal sepenuhnya oleh kita. Bukanlah maknanya automatik tapi maksudnya ialah kita tak tumpukan perhatian pun pada benda tu. Sebagai contoh, masa korang baca blog ni, korang sedang menggunakan minda sedar ( conscious mind ). Kalau saya tanya: Baris pertama artikel ni cerita pasal apa? Apa huruf pertama yang digunakan dalam ayat pertama artikel ni? Kalau korang mampu jawab soalan 1, itu maknanya korang menggu...

[Psikologi] Adakah Anda Mengigau?

Okay persoalan kali ni diutarakan di Twitter @psikoologi sebenarnya di mana topik dibuka sekiranya ada yang bertanyakan sesuatu, dan secara kebetulan saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam tu. Biasanya kalau tak reply tu maknanya saya tak tahu lah ataupun malas haha. Anyway, kali ni ada orang yang bertanyakan tentang kejadian bercakap-cakap semasa tidur. Tentu korang pun pernah mengalami benda ni kan? Mungkin pernah terdengar kawan atau saudara mara bersembang dalam tidur? Adakah bercakap semasa tidur ni bermakna orang tu sedang bermimpi? Haa teruskan membaca, please. Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy Walaupun...