Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Bab Baru

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah aku masih bernafas di muka bumi dengan rezeki yang mencukupi untuk anak dan isteri. Untuk pengikut blog ni dari 2006 lagi, aku tak pasti kalau kamu masih ada yang membaca tulisan aku sebab penulisan pun berhenti pada tahun 2018 atas sebab-sebab tertentu. Selepas 5 tahun aku bertugas sebagai guru pendidikan khas, akhirnya jawatan itu telah dilepaskan dan aku beralih ke bidang yang masih relevan tetapi sedikit berlainan. Rasanya tak perlulah aku kongsikan di sini jawatan aku sebab aku rasa itu adalah satu maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan. Tapi apa yang kau orang perlu tahu ialah dalam bab baru blog ni, aku akan berkongsi maklumat dan pengalaman yang melibatkan psikologi secara santai sahaja dan akan ditulis dalam Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Jadi, fakta psikologi dan pengalaman semasa bertugas akan menjadi tema utama dalam penulisan santai aku. Untuk pembaca lama, selamat kembali. Untuk pembaca baru di zaman yang orang dah...