Rasanya sangat tak best kalau aku cuba summarize satu-satu apa yang aku buat dalam seminggu cuti dan menghabiskan duit di South Island. So, baik ambik tempat-tempat terpikih aje dan cerita elok-elok. Kali ni kita cerita pasal Bungy Jump. Sambungan alkisah berjimba di New Zealand, tempat ni letaknya dekat Queenstown, New Zealand. Alkisahnya dekat Queenstown tu ada 3 tempat bungy yang dimiliki oleh syarikat AJHackett, iaitu The Ledge (dekat sebelah city centre), Nevis Arc (dekat canyon) dan Kawarau Bridge. Tiket mendalah ni aku dapat dengan potongan harga sebanyak 50% dari GrabOne . Harga asal ialah RM180 dan dengan menggunakan matematik darjah 2 anda kira sendirilah berapa yang aku kena bayar. Disebabkan itu tiket offer maka tak bolehlah nak memilih sangat pergi ke Nevis Arc untuk lompat yang 147m punya. So terpaksalah lompat yang pendek punya di The Ledge ni (43m) Okay atas ni la gambar aku lompat dari platform The Ledge Bungy tu. Tinggi kan? Sama tahap dengan meja duduk dah tu...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa