Satu lagi soalan yang bertangguh sekian lama dan ditanya oleh ramai orang ialah berkenaan kebolehpasaran bidang psikologi ni. Nanti bila dah habis belajar ada ke kerja yang menanti? Kalau tak macam mana nak bayar PTPTN kalau pointer rendah kan? Anyway, soalan ni kerap ditanya kerana pelajar tu sendiri berminat dengan psikologi tetapi masalah timbul bila ibu bapa bertanya nanti nak kerja apa? Kita pun kena faham yang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Dalam keadaan dunia yang memerlukan duit, perkerjaan selepas zaman universiti tu satu kewajipan lah. Takkan nak mak ayah bela biawak terdampar di rumah pulak? Nanti nak kahwin lagi, nak membiak lagi.. Psikologi ialah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat dalam budaya pop sekarang. Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan psikologi pun dah bertambah banyak terutamanya di negara-negara membangun seperti New Zealand, UK, dan sebagainya. Antara profesion-profesion yang memerlukan psikologi termasuklah: Kaunselor - untu...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa